Sabtu, 14 Ogos 2010

Memasang Semula Windows Tanpa Kehilangan Data

Sebagaina yang telah kita bincangkan sebelum ini, Windows akan menjadi kurang stabil selepas sekian lama berfungsi dengan elok. Lazimnya selepas dua tahun anda akan perlu install semula Windows. Ini mungkin berlaku kerana kegagalan peralatan elektronik di dalam komputer atau komputer anda dijangkiti virus atau perisian perosak yang lain.

Walau apapun, anda tidak perlu format semula hard disk. Ya, memang ada masanya kita perlu format hard disk, tetapi hanya dalam keadaan tertentu sahaja.

Sebelum mula memasang semula Windows cari semula CD pemasang Windows. Salin sandar data anda. Mengapa perlu salin sandar data? Dalam mengendali komputer banyak perkara boleh berlaku. Ambil langkah keselamatan – salin sandar. Jika anda kehilangan data, anda boleh dapatkannya semula dari CD salin sandar.

Jika anda bekerja, pastikan anda memilih hari yang tidak bekerja. Anda perlukan masa sekurang-kurangnya dua hari. Proses memasang semula tidak mengambil masa yang lama, Cuma anda disarankan ambil langkah berjaga-jaga.

Sekiranya anda menghadapi masalah selepas memasang semula, anda mungkin perlukan lebih masa dari yang dijangkakan.

Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan di antara reinstall untuk membaiki masalah komputer dan reinstall secara sepenuhnya. Jika anda reinstall untuk membaiki komputer, anda akan kekalkan setting dan tatarajah yang sedia ada. Jika anda ingin reinstall sepenuhnya, anda akan masukkan setting serta tatarajah yang baru.

Hingga kini, anda tentu perasan bahawa memasang semula Windows untuk membaiki kerosakan adalah mudah. Bagaimanapun, ia tidak akan membaiki kesemua kerosakan perisian yang ada. Ia hanya membaiki komponen Windows yang anda pilih. Dalam langkah seterusnya, kita akan membincangkan tentang reinstall sepenuhnya.

Kebanyakkan komputer berjenama dibekalkan dengan CD restore. CD ini sebenarnya adalah CD pemasangan Windows yang telah disetkan tatarajah mengikut system komputer anda. Ini memudahkan anda membuat pemasangan semula. Ada juga pembekal yang membekalkan CD pemasangan Windows.

Jika anda mempunyai CD restore yang mempunyai opsyen yang telah disetkan mengikut keperluan sistem anda, kerja memasang semula mudah. Jika tidak, anda akan terpaksa format semula hard disk dan memasang semula semua pemacu peranti yang diperlukan untuk system komputer anda.

Jika CD restore anda memerlukan anda memformat hard disk, pastikan anda membuat salin sandar semua data di dalam lokasi yang lain dari hard disk anda. Apa saja yang ada dalam hard disk anda akan dipadam ketika memformat.

Jika anda menggunakan Windows versi 98 atau Me, salin sandar folder C:\My Documents, dan semua folder dalam lokasi C:\Windows. Jika anda gunakan Windows 2000 atau XP, salin sandar folder C:\Documents and Settings. Anda juga perlu salin sandar semua fail data dari perisian aplikasi anda.

Tiada ulasan: