Isnin, 20 Januari 2014

Wataniah ke??



"Wehh! Kita askor la weh...." 
"Hek eleyh, ini semua poyo belaka", lalu si pembaca berkata...

 Betul la... Kita askor... Ni yang nak bangga sedikit... Tapi askor wataniah la. Hehe.. Nak masuk gerak khas tak ada brand lagi buat masa ni.. Jadi, masuklah askor wataniah.. Ataupun askor sukarelawan.. Kiranya aku ni berguna jugak la bila darurat nanti.. Tengok je hingus meleleh, tapi ilmu penuh di dada.. Jangan pandang aku tak ada gigi...

Alhamdulillah selepas aku join ni.. Banyak benda aku belajar.. Belajar berdikari, belajar tidak putus asa dalam apa jua keadaan... Dan duit pun dapat.. Tapi dengan syarat la... Tak ada syarat, macam mana nak dapat duitkan.. Aku join wataniah ni pun bukan dasar minat sejak kecil, tetapi saja suka-suka dan ingin belajar sesuatu yang baru.. Dan bukan kerana nak bajet kuat sebab jadi askar... 

Jujur aku cakap, masuk wataniah ni seronok.. Kita boleh rasa dekat tempat seorang askar betul apabila berada di dalam perbarisan.. Memang seronok.. Paling terbaru pernah aku join ialah khemah tahunan antara Politeknik.. Suasananya memang seronok, masa perbarisan tamat tu, ada tambuh... Ala.. Tambuh tu yang muzik tu.. Memang rasa semangat la bila kawad dengan tambuh.. Rasa macam nak join askar betul pun ada.. Tapi mak tak bagi.. Sebab mak kata mak tak nak berjauhan lama-lama dengan aku.... Sayangnya mak pada aku...


Membadak

Langit dah mula cerah ni.. Nak pergi jogging atau pun tak ni... Benda macam ni pun boleh jadi masalah.. Nak kurus atau nak gemok.. Cehh... Sedar-sedarkan diri yang bahawasanya aku sudah mengalami dunia dewasa yang semakin membadak... Macam hancus je ayat.. Pagi ni kelas aku mula pukul 10.. Lambat lagi.. 

Malas la nak turun jogging... Hehe.... Dan ready la dengan dunia aku yang semakin membadak.. Berat aku pun entah berapa la agaknya sekarang... Silap hari bulan berat aku dah sama dengan anak badak... EHHH!! Harap tak la macam tu... Ok kot dengan bentuk badan yang sekarang ni.. Masih sexy... Auww... Sexy la sangat.. Perut pun dah macam gunung, membukit tinggi... Cehh...

Aku gemok ke?? Apa boleh buat, dah nak gemok, gemok la jugak.. HAHA... Cehh! mana boleh gemok.. Nanti susah nak kerja.. Kalau angkat barang je.. Mesti jarak dia jauh sikit, gara-gara bukit yang tinggi pada perut aku... Payah... 

p/s : Penulisan dah kurang, aku pun macam dah kurang kesah ;'(