Jika anda masih gunakan monitor CRT, iaitu monitor dari jenis lama, anda mungkin akan terdengar bunyi dihasilkan oleh monitor teresebut. Ini adalah perkara biasa. Syukurlah sekarang monitor menggunakan LCD. Monitor LCD tidak mengeluarkan bunyi ini.
Pencetak juga mungkin mengeluarkan bunyi apabila anda memulakan komputer atau mula memasang pencetak. Ini juga adalah perkara biasa.
Jika anda gunakan pencetak matriks bintik, ia mengeluarkan bunyi bising ketika mencetak. Jangan cemas. Ini kerana pencetak jenis ini menggunakan teknik “ketuk” untuk menghasilkan tulisan. Ia memang bising.
Pemacu Zip atau mana-mana pemacu yang mengandungi bahagian mekanik juga berbunyi kerana terdapat bahagian di dalamnya yang bergerak atau berputar. Pemacu kilat (thumb drive) tidak mengeluarkan bunyi kerana berfungsi secara elektronik sepenuhnya.
Jika anda memasang pengimbas (scanner), ia juga mempunyai bahagian yang bergwerak. Pengimbas juga mengeluarkan bunyi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan