Khamis, 11 Jun 2015

Multi relay

Alhamdulillah. Aku baru balik dari.hutan. Setelah 4 hari 3 malam aku bersama skot yang lain bermalam di hutan simpan slim river di tanjung malim perak. Tapi citer pasal dihutan aku bincang dilain post.

Kali ni aku nak habaq mai pengalaman aku masa multi relay. Terbahagi kepada 6 kumpulan dan 4 orang angota bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan aku bawak stracher@pikul orang atas katil medik tu. Diangotai aku, amin, aziwan@dagu dan fatin.

Nak dipendekkan cerita. Lepas turn kiteorang, aku gelabah gak mula mula. First way je kiteorang dah kena daki bukit cerun. Tegang beb urat betis aku. At last aku ambil keputusan berjalan dengan langkah besar masa daki bukit tu. Tu pun aku dah tercungap2. Alhamdulillah jurulatih follow kami. Bagi kami sokongan. Mula mula aku nak mental da. Tapi dengan kata kata semangat dari koperal Lan Bird dan Koperal Mokhtar disebelah kami. Berjaya meningkatkan semangat dan mental aku. Sumpah sakit weyh bahu aku.

Aku cuba pecut, tapi tak mampu. Aku mampu slow jog je masa tu dan aku stabilkan tenaga aku. Bila turn aku sorang2 pikul di depan. Fuhh. Mencungap weyh. Fatin yang atas tu dah terhantuk2 kepala. Si dagu dah mental. Amin lak masih layan. Aku push diri aku. Dan aku dapat potong politeknik ibrahim sultan.

Tak jauh dari garisan penamat aku mula pancit. Amin ambil alih kedudukan aku didepan dan terus menuju garisan penamat. Lepas je turn aku. Pening beb kepala. Darah aku naik ke kepala. Alhamdulillah aku tak tumbang dan aku mampu bertahan berdiri sendirian tanpa sokongan kawan lain.



posted from Bloggeroid

Kami Bersukan Dengan Omputih

Sebelum kami mulakan misi kami untuk berjaya pada malptaac siri ke 10 ni. Kami sempat uji stamina kami dengan bersukan dengan askar komando US Army pada setiap petang. Last day kami di camp. Kami main bola padang bersama. Memang syok. Langkah mereka tak sama dengan langkah kami. Tetapi.mereka menjadikan kami berani sepertimana langkah mereka.

Aku respect mereka kerana mereka tak sombong dan berlagak hebat. Sebelum ni pun aku sendiri pernah beraksi bersukan bola tampar bersama mereka. Tapi masa tu aku masih belum bijak main bola tampar.

Tapi alhamdulillah baru baru ni, aku semakin berani dan bijak bersukan. Berkat usaha dan fitnes setiap petang. Aku menjadi semakin yakin untuk berjaya di masa hadapan.





posted from Bloggeroid

Isnin, 1 Jun 2015

Terima Kasih Wish

Assalammualaikum. Hari ni masuk hari yang kedua aku kat kem. Semalam tarikh kelahiran aku. Alhamdulillah kerana Allah masih pinjamkan nyawa untuk hari ini. BTW thanks kepada yang wish ke aku tu. Terkejut gak mula sampai kem, jumpa adik junior wish bday aku. Thx adil adik. Ingat gak kat brader korang ni.

posted from Bloggeroid

Sepanjang Di Kem Force 136

Masuk ni dah 3 minggu aku kat camp. Minggu pertama aku kenal dengan 4 orang penuntut yang mohon kerahan. Tapi tak lama. 3 orang dari mereka pergi tinggalkan kami sebab dah dapat kuasa untuk melapor unit.

Minggu kedua aku berkenalan pulak dengan geng musuh. Koperal rasol, lans koperal shah, along dan lalat. Dalam hutan tu. Banyak halangan dan kenangan kami bersama. Paling tak lupa, bila lalat(syafiq) kena starlight sampai jadi ikan flowerhorn kat kepala dia. Kesian beb.

Minggu ketiga. Alhamdulillah, adik adik askar wataniah politeknik muadzam shah selamat menamatkan latihan kursus asas prajurit muda. Tahniah adik adik.





Tahniah jugak pada faz sebab terpilih sebagai penuntut terbaik.

posted from Bloggeroid