Jumaat, 29 April 2011

Tenang Kawan

Aku ada sorang member ni.. Dia citer dekat aku yang dia tak jumpa ketenangan... Tak susah nak cari ketenangan kawan... Hanya perlu relax dan baca la al-Quran [ Bagi beragama Islam]... Dia cerita yang dia telah kehilangan orang yang paling dia sayang.. Kerana orang yang dia sayang tu sakit.. Dan meninggal dunia...

Teman... 
Ingat la, kita sebagai hamba Allah perlu hadapi semua...
Tak perlu ingat sangat perkara yang sudah lepas....
Hanya perlu berdoa di atas kesejahteraannya...
Itu sahaja yang kita mempu sebagai hamba Allah...
Dia sudah pergi.... Dan Kita hanya perlu redha dan tabah menghadapi dugaan..

Tak perlulah berasa bersalah sangat kawan... Kerana semua telah tertulis... Jangan pernah menyalahkan sesuatu yang tidak disengajakan....

p/s : kepada korang yang suka menyalahkan orang lain kerana sedikit sahaja kesalahan, aku harap korang dapat memaafkan mereka yang bersalah... Sesungguhnya Rasulullah sayang kepada hambanya yang suka memaafkan....

Jumaat, 22 April 2011

Penghargaan Kepada K.K.S.R

Assalammualaikum... Wah! Nampaknya "KeHiDuPaN Ku SeoRaNG ReMaJa" mendapat pujian dari seorang hamba Allah... Hehe... Aku mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca artikel dari blog ni... TeRiMa KaSiH yaa.... Tak sangka ada orang yang sudi memuji "KeHiDuPaN Ku SeoRaNG ReMaJa"...  Aku harap ada lagi orang yang mendapat pengajaran dan serba sedikit pengajaran dari "KeHiDuPaN Ku SeoRaNG ReMaJa"...

Rabu, 20 April 2011

Sebab Perempuan Cantik Bila Memakai Tudung

1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIACANTIK. DAN DIA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK


"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

Ahad, 17 April 2011

Hina sangat ke aku ni??

Astaghfirullah.... Hina sangat ke aku ni sehinggakan penerangan aku tak diendahkan... Ye aku tahu mungkin aku tak sebaik insan yang lain... Ye.. Kata-kata kesat kau menguji kesabaran aku.. Walaupun aku baru sahaja kehilanggan orang yang aku sayang pada minggu lepas...

Aku hanya nak bagi tahu bahawa ayah aku telah tiada lagi... Bukan aku yang telah tiada... Aku hanya nak mintak ko tolong sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ayah aku... Bukan aku berfoye-foye...

Kepada orang yang berbuat demikian.. Aku sedih sangat dengan sikap korang... One day, insya Allah aku akan lenyapkan hinaan korang tu... Dalam catatan ini juga aku mohon kemaafan dari korang yang aku telah banyak melakukan dosa..

Kau tahu... Menggigil tangan aku apabila keterangan ko pada wall Facebook kau aku baca... Sejuk tiba-tiba tangan ni... Terasa macam ingin membeku.... FuH!!


Kepada kau yang berkenaan aku doakan kesejahteraan kau... Terima kasih jika kau sudi sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ayah aku....

Sejarah Perit Dalam Hidup Aku ( Part 2 )

Seterusnya... Pada keesokkan harinya, ayah dimandikan oleh  along, angah, abang ajol, aku, imam dan beberapa orang lagi... Pada mula jenazah ayah diletakkan kedalam tempat memandikan jenazah... Air mata ku seolah-olah ingin mengalir.. Aku terkedu.

"Benarkah yang dihadapan ini ayah aku yang dulu adalah orang yang paling rapat dengan aku sebelum ayah jatuh sakit dan diam seribu bahasa", Teriak aku didalam hati..

Kemudian air dilalukan di atas jenazah ayah bertujuan untuk memandikan. Aku usap lembut tubuh jenazah ayah.. Perlahan-lahan aku menyental segala kotoran yang ada pada tubuh ayah.. Aku dan yang lain belai dan menyental lembut pada jenazah ayh.. Terasa lembut sangat kulit ayah.. Dari situ aku dapat berlajar memandikan jenazah..

Kemudian jenazah ayah diwudukan oleh bapa saudara ku.. Iaitu pak cik Usop.. Beliau seorang imam di tempatnya dan beliau bekas seorang polis.. Setelah selesai jenazah ayah diwudukan, aku bersama yang lain-lain mengangkat jenazah ayah dan diletakkan diatas kain kafan yang telah dibentang...

Kemudian aku lihat sendiri sikit demi sedikit arwah ayah dibalut dengan kapas sebelum dikafankan.. Tiba-tiba...

"EH!! Macam mana boleh banyak terlebih kapas ni.... Selalunya kalau macam ni tak cukup....", imam Hassan berkata...

Kemudian kapas yang lebih habiskan juga dibalut di bahagian kaki jenazah ayah... Kemudian kain kafan ditarik regang dan dibalut ke tubuh ayah... Perlahan-lahan aku melihat jenazah ayah dibalut...

"Inikah saat terakhir aku melihat ayah??", berbisik di sudut hatiku yang semakin sayu..

Akhirnya ayah sudah sedia dikafankan.. Hanya muka sahaja dibiarkan dahulu agar kami adik beradik dapat melihat wajah ayah buat kali terakhirnya.. Kalihatan mak sambil dipimpin kak eka dan mak cik melangkah menuju dan duduk di sebelah kiri kepada ayah.. Kemudian mak mengucup kedua-dua belah pipi ayah dan dahi ayah... Di ikuti kami adik beradik... Kamudian kak cik yang baru sahaja melahirkan anak pada hari ayah meninggal melangkah melihat jenazah ayah dari jauh...

Dan ayah dibalut sepenuhnya..

To Be Continuee.....

Jumaat, 15 April 2011

Begaduh Lagi

Assalammualaikum... Salam sejahtera.. Kali ni ada cerita yang aku nak kongsi dengan korang... Okeyh! Semalam ketika aku tunggu dekat pondok jaga sekolah untuk menantikan kehadiran abang aku untuk membawa aku pulang.. Sedang aku menunggu.. Kelihatan 8-10 biji motor yang ditunggan oleh pelajar lelaki dan masing-masing memiliki pembonceng lelaki...

Aku sangkakan mereka menunggu rakan dari sekolah aku.. Rupa-rupanya tidak.. Aku terperanjat apabila melihat penunggang dan pemboncen motor itu mengejar lalu memukul seorang rakan dari sekolah ku... Aku terkaku, niat hati mahu ku tolong... Tetapi aku hanya seorang, masakan aku boleh tewaskan mereka semua...

Jadi aku hanya mampu melihat sahaja :'(.. Dalam 1 - 2 minit.. Salah seorang pekerja dari TNB turun dari lori dan mengejar pelajar-pelajar sekolah tadi... Kemudian dengan pantas pelajar-pelajar tadi menaiki motor masing-masing dan melarikan diri.... [ Kalau la aku seorang yang gagah perkasa, pasti aku akan menolong ]

The End

p/s : kepada korang yang suka memukul orang... Insaf la... Tolong la jangan buat lagii

Ahad, 10 April 2011

Sejarah Perit Dalam Hidup Aku ( Part 1 )

Hari ni adalah hari yang paling menyedihkan buat aku... Samalam pada tanggal 9 April 2011... Ayah telah melelapkan mata buat selama-lamanya pada pukul 8.20 malam... Dengan perasaan sabar aku dan ahli keluarga menerima dugaan ini... Kami terpaksa redha.. Aku menangis teresak-esak apabila melihat bibir ayah pucat.. Ayah telah dibawa ke unit kecemasan (Kawasan Merah) pada jam 4 petang kerana nafas ayah pendek-pendek dan tekanan darah ayah terlalu rendah...



Kemudian ayah dibawa ke wad 3-2 pada jam 7.30malam.. Setelah ayah tiba.. Jururawat mula tergesa-gesa menyediakan peralatan... Ketika itu, tiba-tiba nafas ayah mula panjang dan terus berhenti buat selama-lamanya.. Kemudian doktor dan jururawat cuba berikan bantuan pernafasan... Tetapi gagal... Sewaktu doktor mengesahkan bahawa ayah aku telah meninggal dunia.. Aku seakan-akan tidak percaya.. Air mata aku dan along mula mengalir...

Aku dan along mencium pipi ayah buat kali terakhirnya... Muka ayah sejuk.. Pucat... Aku rasa macam mimpi... Pada mulanya aku tak boleh menerima semua ini... Tetapi setelah aku fikirkan semula.. Ini semua adalah takdir yang telah tertulis....

***
Malam itu setelah jenazah ayah tiba.. Kelihatan mak menangis teresak-esak di ruang tamu... Along mendapatkan mak, dan along cuba menenangkan mak.. Ketika itu aku seperti tidak percaya bahawa ini semua sedang berlaku...

Dalam 30minit kemudian, ahli dari tahfiz datang dibawa oleh Busu Jafar.. Malam itu jenazah ayah dijaga bergilir-gilir oleh mereka... Jenazah ayah tidak henti-henti dibacakan dengan ayat suci al-quran.. Adakah ini semua balasan kerana ayah banyak melakukan kebaikan...

***

To Be Continue...

Isnin, 4 April 2011

Sabar ea Kawan...

Assalammualaikum w.b.k... Hari ni perasaan sedih meliputi diriku, mana taknya... Bila aku on Facebook je... "1 Mesej Receive" [ Mak ai... Dah macam HP da ]... Hm... Potong2... Aku sedih, ada la sorang membe aku bagi tahu yang membe kelas lama aku telah kehilangan ayah beliau... Beliau seorang pelajar yang cemerlang dalam kelas aku masa aku form 3....

Okeyh!! Sekarang aku tak nak harapkan benda yang berharga dari korang untuk derma kepada dia... Tetapi aku just mahu korang bagi kerjasama sedekahkan AL-Fatihah untuk Allayarham bapa beliau... Bole?? Al-Fatihah!!! 

 

Aku macam tak percaya yang dia telah kehilangan ayah dia... Sebab setahu aku ayah dia tu seorang tentera.. Hurmm... Ikot info dari membe aku yang sorang ni... Ayah dia diserang stroke buat kali yang kedua... [Macam ayah aku jugak... Kena stroke kali yang ke dua... Tapi ayah aku masih ada... Aku harap ayah aku dapat sembuh seperti biasa]...

"Terima Kasih Kepada Korang Yang Mulia Hatinya Telah Sedekahkan Al-Fatihah... TQ Very Much!!"

p/s kepada Suzieanis : Guwa harap ko dapat terima semua ini dengan seadanya... Ini semua dugaan dan ujian dari Allah S.W.T... Ko banyok2kan la bersabo ea... Berdoa untuk orang tua yang telah meninggal dunia adalah ciri-ciri anak yang soleh/solehah. Jangan la ekau tangisinya... Sebab seakan-akan ekau tak boleh terima Qada dan Qadar dan boleh mendatangkan dosa..

Terima Kasih!

First sekali aku nak mintak maaf kepada pembaca belog aku ni.... Sebab entry yang bawah ni ayat dia kesat belaka... Tapi kan, aku memang tak puas hati mase tu... Kalau dia ada dekat depan aku dah ku rejam dengan batu tela.... Bengang seyh...

Hermm.... Cut... Cut... Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada korang yang telah sudi menjadi pembaca setia belog aku.... Guwa sayang lu orang... Terima kasih juga kepada membe-membe aku yang telah banyak memberi sokongan... n beri aku semangat untuk sambung menulis catatan yang TAK Top ni... Aku akan cuba bagi maklumat n cerita yang terbaik tok korang okeyh...

See U!!!

Jumaat, 1 April 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR aYaH YaNG Ke 63

Semalam, pada tanggal 31 Mac 2011 genap la sudah umur ayah aku 63..
Tahniah ayah... Walaupun ayah tak macam orang lain lagi... 
Saya yakin ayah boleh sembuh... 
Moga-moga Allah S.W.T makbulkan doa-doa yang baik yang ayah mohon dari-Nya...
Teringin nak peluk ayah n ucapkan selamat hari lahir yang ke 63.....
: (



SeLaMaT HaRi LaHiR aYaH!!!