Memaparkan catatan dengan label Hikmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hikmah. Papar semua catatan

Ahad, 17 April 2011

Hina sangat ke aku ni??

Astaghfirullah.... Hina sangat ke aku ni sehinggakan penerangan aku tak diendahkan... Ye aku tahu mungkin aku tak sebaik insan yang lain... Ye.. Kata-kata kesat kau menguji kesabaran aku.. Walaupun aku baru sahaja kehilanggan orang yang aku sayang pada minggu lepas...

Aku hanya nak bagi tahu bahawa ayah aku telah tiada lagi... Bukan aku yang telah tiada... Aku hanya nak mintak ko tolong sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ayah aku... Bukan aku berfoye-foye...

Kepada orang yang berbuat demikian.. Aku sedih sangat dengan sikap korang... One day, insya Allah aku akan lenyapkan hinaan korang tu... Dalam catatan ini juga aku mohon kemaafan dari korang yang aku telah banyak melakukan dosa..

Kau tahu... Menggigil tangan aku apabila keterangan ko pada wall Facebook kau aku baca... Sejuk tiba-tiba tangan ni... Terasa macam ingin membeku.... FuH!!


Kepada kau yang berkenaan aku doakan kesejahteraan kau... Terima kasih jika kau sudi sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ayah aku....

Ahad, 10 April 2011

Sejarah Perit Dalam Hidup Aku ( Part 1 )

Hari ni adalah hari yang paling menyedihkan buat aku... Samalam pada tanggal 9 April 2011... Ayah telah melelapkan mata buat selama-lamanya pada pukul 8.20 malam... Dengan perasaan sabar aku dan ahli keluarga menerima dugaan ini... Kami terpaksa redha.. Aku menangis teresak-esak apabila melihat bibir ayah pucat.. Ayah telah dibawa ke unit kecemasan (Kawasan Merah) pada jam 4 petang kerana nafas ayah pendek-pendek dan tekanan darah ayah terlalu rendah...



Kemudian ayah dibawa ke wad 3-2 pada jam 7.30malam.. Setelah ayah tiba.. Jururawat mula tergesa-gesa menyediakan peralatan... Ketika itu, tiba-tiba nafas ayah mula panjang dan terus berhenti buat selama-lamanya.. Kemudian doktor dan jururawat cuba berikan bantuan pernafasan... Tetapi gagal... Sewaktu doktor mengesahkan bahawa ayah aku telah meninggal dunia.. Aku seakan-akan tidak percaya.. Air mata aku dan along mula mengalir...

Aku dan along mencium pipi ayah buat kali terakhirnya... Muka ayah sejuk.. Pucat... Aku rasa macam mimpi... Pada mulanya aku tak boleh menerima semua ini... Tetapi setelah aku fikirkan semula.. Ini semua adalah takdir yang telah tertulis....

***
Malam itu setelah jenazah ayah tiba.. Kelihatan mak menangis teresak-esak di ruang tamu... Along mendapatkan mak, dan along cuba menenangkan mak.. Ketika itu aku seperti tidak percaya bahawa ini semua sedang berlaku...

Dalam 30minit kemudian, ahli dari tahfiz datang dibawa oleh Busu Jafar.. Malam itu jenazah ayah dijaga bergilir-gilir oleh mereka... Jenazah ayah tidak henti-henti dibacakan dengan ayat suci al-quran.. Adakah ini semua balasan kerana ayah banyak melakukan kebaikan...

***

To Be Continue...

Isnin, 4 April 2011

Sabar ea Kawan...

Assalammualaikum w.b.k... Hari ni perasaan sedih meliputi diriku, mana taknya... Bila aku on Facebook je... "1 Mesej Receive" [ Mak ai... Dah macam HP da ]... Hm... Potong2... Aku sedih, ada la sorang membe aku bagi tahu yang membe kelas lama aku telah kehilangan ayah beliau... Beliau seorang pelajar yang cemerlang dalam kelas aku masa aku form 3....

Okeyh!! Sekarang aku tak nak harapkan benda yang berharga dari korang untuk derma kepada dia... Tetapi aku just mahu korang bagi kerjasama sedekahkan AL-Fatihah untuk Allayarham bapa beliau... Bole?? Al-Fatihah!!! 

 

Aku macam tak percaya yang dia telah kehilangan ayah dia... Sebab setahu aku ayah dia tu seorang tentera.. Hurmm... Ikot info dari membe aku yang sorang ni... Ayah dia diserang stroke buat kali yang kedua... [Macam ayah aku jugak... Kena stroke kali yang ke dua... Tapi ayah aku masih ada... Aku harap ayah aku dapat sembuh seperti biasa]...

"Terima Kasih Kepada Korang Yang Mulia Hatinya Telah Sedekahkan Al-Fatihah... TQ Very Much!!"

p/s kepada Suzieanis : Guwa harap ko dapat terima semua ini dengan seadanya... Ini semua dugaan dan ujian dari Allah S.W.T... Ko banyok2kan la bersabo ea... Berdoa untuk orang tua yang telah meninggal dunia adalah ciri-ciri anak yang soleh/solehah. Jangan la ekau tangisinya... Sebab seakan-akan ekau tak boleh terima Qada dan Qadar dan boleh mendatangkan dosa..

Ahad, 20 Mac 2011

Oh Tidakk!!! HaRi PaLiNG MaLaNG!!!


Wargh!!!! Menyirap je aku hari ni... 
Masa tu aku dah la penat n ngantuk sebab jaga ayah aku di hospital... 
Tambahan pulak... 
Dengan abang aku mengungkit yang dia jaga ayah aku.. 
Padahal dia jaga pun datang dalam pukul 12 or 1 pgi... 
Baik tak yah datang macam tuh...
Macam - macam masalah yang aku alami... 
Masa aku upload video dengan selumber deQ je... 
Abang aku ni boleh cabut kabel internet... Sabor je la... 
Dah la % upload tu naik main lembap lagi... 
Tinggal lagi 12% jer... 
Tibe-tibe fail sebab dia cabut kabel internet tuh..... 
Sape yang tak menyirap an.... 
Perh!!!

Sabtu, 19 Mac 2011

Apa maknanya?? Tak de maknenye.....

Jangan ucap "Sayang",

Jika benar-benar tiada.

Jangan ucap "Rindu",

Jika benar-benar tidak peduli.

Jangan "Sentuh" hidup seseorang,

Jika berniat mempermainkan.

Jangan ucap aku "Cinta" padamu,

Jika itu satu pembohongan.

Perkara paling "Kejam" kita lakukan,

Membuatkan seseorang jatuh cinta pada kita,

Sedangkan kita tidak menerimanya disaat dia benar-benar JATUH CINTA.

Rabu, 16 Mac 2011

Sendirian... Dalam Dilema!

Assalammualaikum... 
Hari ni aku nak jiwang sikit rr.... 
Perh!! Sunyi giler hidup aku, sebab tak ada teman. 
Dah la sunyi, lepas tu tambah sedih pulak.. 
Dengan aku teringat pada ex aku yang first dulu.. Sedih der...
Niat hati tak nak berpisah.. Tapi dah takdir nak buat macam mana.
Tambah pulak dengan budak sekolah rendah yang aku minat ni still kapel..
Sedih bro.. 
Dulu aku penah kapel dengan dia.. 
Tapi dia memang tak bagi respon pape sejak kiteorang kapel..
Mesej aku pun jarang.. Sedih aku mase tu..
Rupe-rupenye aku je yang syok sendiri.. Dia kata aku paksa dia...
Redha je la... 
Sekarang dia bahagia dengan kapel baru dia..
Happy sangat-sangat dia... 
Walaupun hati aku sedih sangat-sangat..
Sudah 7 tahun aku harapkan cinta sejati dia..
Tapi nasib aku selalu aje malang..
Dan tak pernah berkesempatan..
Aku harap dia bahagia bersama pasangan baru dia....

MooD : Sedih!! : (

Rabu, 9 Mac 2011

"Bangsat deyh!!!" [ Dalam Hati Aku Berkata

Perh!! Banyak betol tugas aku hari ni.... Masa koku dijalankan aku terpaksa konduk budak-budak pusat sumber ni... Dah la aku sorang je yang jaga... Menyirap jer.. Nasib baik la aku ni dilantik sebagai pungerusi.. Kalau tak, tak nak aku jaga budak-budak degil ni....

"Okeyh!! Sekarang korang kena potong surat khabar ni dan tampal dalam kertas A4 ni..."

Dengan perasaan malu aku bagi arahan kepada budak-budak perempuan form 4.... Form 5 semua macam cilake... Bukan nak dengar arahan.... Tahu la same baye... Ikut kan hati mau je aku tendang sorang-sorang...Menyirap jerk.... Lepas tu, belum waktu tiba waktu balik lagi.. Dia orang dah balik... Bengang seyh!! Apa aku nak jawab nanti...

Then ada la sorang mamat ni dari kelas aku n bukan kelab PSS... Dengan perasaan tak malu dia sedap je usha Fatini.. Budak PSS n budak yang aku minat sangat-sangat... Sebab mata dia bulat, nampak comel.. Tapi si bangsat ni sebuk kacau line aku... Tahu la muka hensem... Dia tu tamak giler... Wahal dia dah kenal dengan member aku nye sepupu... Selalu balik, budak tu siap tunggu dia lagi...

"Cilake punye budak!! Syit!!"

Aku maki dalam hati... Panas derr.. Hati siapa yang tak panas.....Terpaksa la aku batalkan hasrat aku untuk berkenalan dengan budak tu... Dia la budak Form 4 yang terakhir yang aku nak kenal.... Kalau macam ni la pengakhiran harapan aku tu.... Noktah da!! Aku malas nak cari budak lain....

Aku nak sangat kenal dengan budak tu... Dia baik jer... Tapi dah takdir aku macam ni... Baik aku lepaskan je la... and aku lupekan je la segala-galanya......

Mood : SaD..... [ Cilake... puih!! ]
***

Rabu, 23 Februari 2011

Apa?? Toyol dalam Peperiksaan ! ! ! ??

Gambar Hiasan
Pagi gelap subuh mata aku tersedar sendiri dari mimpi.. Bermulalah hari-hari aku seperti hari-hari yang lain. Kalau difikir balik apa kena mengena dengan tajuk aku ni eak.. haha...

Okeyh... Setibanya aku  dekat sekolah aku sudah risau sebab bala akan menanti tak lama lagi iaitu satu peperiksaan tropikal yang pertama diadakan pada tahun ini.. Perh... [ Malas betol la ] Tapi dengan lafaz basmalah aku melangkah ke sekolah untuk berjuang untuk mase depan.[ Cewah... Ayat tak boleh blaH!!]

Toyol oh Toyol.....

Mesti fikiran attack toyol yang suka curi duit tu kan? Haha.... Toyol tu tak sama dengan toyol dalam artikel nie... Tu toyol jahat...  Tapi ada yang dah tahu tu mesti la faham maksud tajuk aku ni.
[ Ini kerja toyol nakal punyer ].

Toyol dalam peperiksaan?? Biar betul. Huhu.. [Tak kan la toyol ceroboh sekolah..]. Okeh. Ni semua ayat dari rekaan remaja zaman sekarang la.. Toyol tu kod rahsia. [ Ye tah tidak la aku ni ]cewah... Toyol dalam peperiksaan tu maksud dia meniru dalam peperiksaan da.. Pada mulanya aku pun tertanya-tanya. Maklum la sekolah lama aku tak ada ayat-ayat macam ni..

Masa peperiksaan dijalankan, member-member bagus la semua berkongsi jawapan. Asal cikgu leka sikit jer, mesti kertas dah terbang-terbang. [Main pas-pas la beb, apa lagi]. Baru la boleh jadi pelajar "TEMELANG". Haha... Tapi kalau cikgu nampak habis la kertas pekse tu jadi sampah. Kene renyuk n dikoyah-koyak kan macam surat kabar lama. FuH!! Rugi tak rugi la.. Bersusah payah menulis, senang-senang jer cikgu koyakkan..Dalam hati aku cakap "Kenapa ler cikgu ni tak rebus buat teh jer!! Then bagi member aku minum, cepat siket pandai.. haha ".. Betol tak cadangan aku??





p/s : Jauhi diri dari meniru orang lain. Cuba usaha menjawab dalam peperiksaan.

Sabtu, 19 Februari 2011

Baru Aku Sedar Hikmah ini Semua!


Pagi itu aku terpaksa bangun awal untuk mandi dan ke sekolah. Walaupun hari itu hari sabtu. Jam di HandPhone menunjukkan tepat 6.00am. Mak aku dari bilik memanggil aku, agar aku tidak terus terlena dari mimpi. Aku pun pergi la, mandi, gosok baju, solat.. Aku pun tak tahu kenapa hari itu awal aku bersiap untuk ke sekolah. Selalu dalam pukul 6.50am baru aku siap. Tapi hari itu aku siap dalam pukul 6.35am. Tak percaya aku. Huhu... Niat hati nak gerak awal. Tapi tiba-tiba naluri memaksa untuk menukarkan pampers ayah dahulu.

Walaupun aku sedar, yang abang dan kakak ku penah berkata yang aku "hanya cakap je sedih... Tapi hakikatnya aku bukan nya tolong..."

Sabar je aku masa tu, dia cakap ikut sedap mulut je.. Dia tak tahu siapa yang bagi ayah aku minum susu, sedut lendir ayah aku n tukar pampers tengah malam.. Huh!.. Okay... Sambung balik cerita tadi. Seperti biasa aku mintak tolong abang Zul untuk bantu aku tukar pempers ayah. Tiba-tiba fikiran aku rancak berfikir.. (Maklum la, orang kata pagi-pagi otak ni aktif)..

Pagi itu baru lah aku sedar bahawa Allah SWT telah memberi peluang untuk aku dan yang lain berlajar cara menjaga ayah. Jujur aku cakap, rugi sangat-sangat siapa yang tak berlajar. Peluang macam ni susah untuk kita dapat. Aku sedar, walaupun ayah tak mampu bergerak. Tetapi ayah aku masih tetap setia memberi kami ilmu.

Dari peristiwa ini, aku dapat berlajar bagaimana untuk menukar pampers ayah, berlajar menyedut lendir dari mulut walaupun ada diantara manusia yang tak sanggup untuk berlajar ini semua. Dari peristiwa ini aku dapat berlajar bagaimana erti sabar. Berlajar bagaimana cara seorang ayah menjaga anak mereka. Setiap hari aku berlajar sedikit demi sedikit. Aku berlajar dari nurse yang menjaga ayah aku ketika ayah aku di hospital.

Tak lupa juga, Along ku sebagai seorang abang sering memberi nasihat dan selalu menanamkan sifat sabar dan Along mengajar aku pahit getir yang ayah dan mak lalui ketika kami masih kecil. Kami sanjung ayah kerana ayah tabah mencari nafkah untuk membesarkan kami lapan beradik.

Ini lah cara yang dapat kami balas semua yang telah ayah curahkan kasih sayang kepada kami. Aku bersyukur semua ini berlaku. Kerana menjadikan kami lapan beradik lebih rapat. Ini semua hikmah, yang puas selama ini aku cuba mencari jawapannya dalam hidup aku...