Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan

Khamis, 4 Ogos 2016

Kisah Aku Bas Dan GF Orang.

Assalammualaikum..

Pagi tu aku bergerak dari Melaka ke Politeknik Muadzam Shah. Sementara aku tunggu bas Mara Liner parking dekat kotak die. Aku lepak dulu dengan member perempuan sekelas dengan aku. Sampai je aku dekat dengan mereka. Baru aku perasan. Ada bapa salah seorang member aku ni. Aku pun keraskan hati. Pergi salam bapa dia tanda hormat. Al maklum lah bapa dia baik. Banyak tolong aku dan geng masa praktikal dekat maktab perguruan dulu.

*
Aku pun masukkan beg dalam perut bas tu. Aku sumbat-sumbat je. Lantak lah. Dulik ape aku. Yang penting beg aku lepas masuk. Haha.. Aku pun lepas tu menonong je masuk bas. Sebab tiket bas aku. Member aku dah hulurkan ke driver bas. So aku berlenggang je. Macam seorang bos nak masuk dalam bas milik sendiri. Haha. Besar cita-cita beb.

Aku pun jalan nak ke tempat duduk betul aku. Ade pulak makwe dekat depan ni. Nak suwit nampak nau kurang ajar. Apekan daya. Aku hanya mampu buat tak reti je. Dan anggap bahawa mereka tak pernah hadir dalam hidup aku. :D . Aku sampai je tempat duduk aku. Nah kau. Sebelah member perempuan aku pulak. Macam hawau. Dah la gf orang. Parah. Kemain kepit lagi kaki aku. Sebab tak nak bersentuh bagai. Al maklum la. Dosa weh kalau sentuh. Tapi bukan tu yang aku kuatkan. Tetapi aku kuatkan bahawasanya dia gf orang. HAHA

**
Baik punya aku layan wsap fon. Tibe-tibe member sebelah buat emosi terkejut dan mengeluarkan perkataan ni "Alamak, Dia mintak gambar dengan orang sebelah pulak". Aku pun dengan selambe dah dapat tangkap da maknanya tu. Bila pasangan mintak bende macam ni. Boleh jadi point untuk putus. HAHA.. Maknanya, pakwa dia tu nak tahu la sebelah dia siapa. Lelaki ke perempuan. Sebab bende ni biasa da aku buat. Zaman cinta monyet. Perkara paling merepek beb. Aku pun hasut la member sebelah. 

"Kau cakap je , sebelah kau kosong."

Then dia bagitahu la pakwe die. Lepas tu pakwe die tak puas hati. Mintak gambar. Hambekk kau hasbullah. Malang la nasib kau. Orang belakang dengan depan dah berdengkor. Aku pulak kena berlakon pulak dah. Macam hawau. Aku kena bangun dari tempat duduk dan berdiri masa bas tengah jalan. Sebab nak member nak snap gambar dengan sit kosong. Sumpah merah beb muka. Orang belakang dah pandang pelik. Nak atau tak. Aku gagahkan juga. Macam nak menangis rasa. 

Aku dah rasa macam orang bodoh time tu. Sebab diri tak tentu pasal. Nak acah acah masukkan beg kat dashboard atas tak boleh. Sebab dashboard atas tu memang tak boleh letak beg. Aku buat tak tau je la. Lebih kurang 1 minit terus aku duduk. Sebab dah tak leh diri lama. Boleh pulak bas amek lajak kat corner. Nasib la aku tak terpeluk makwe kat depan aku ni. Nauzubillahminzalik. 

**
Sejak dari tu. Aku rasa dah trauma kot nak duduk sebelah makwe orang. HAHAHA.. Pengalaman beb. 

------- End ------

Ahad, 31 Januari 2016

Temuduga dan Bahasa Inggeris Tidak Akan Terpisah

Assalammualaikum.. Lama sudah aku tak update blog ni.. Makan tahun jugak la.. Blog aku ni pun dah lama dahagakan penulisan cikai aku ni.. Apa-apa pun aku tak nak la sembang panjang.

Bende ni dah lama lepas, tapi aku nak jugak cerita hari ni. Sebab aku rasa benda ni menarik bagi aku, untuk aku kongsikan dengan pembaca. Okay. Cerita dia macam ni. Masa tu aku join kursus membangunkan apps android. Aku memang dah lama nak bangunkan android guna java programming. Btw alhamdulillah aku dapat belajar dengan jayanya. 

Lagi beberapa hari nak tamat kursus tu. Ada beberapa buah syarikat buat temuduga kepada fresh graduate kepada kami semua. Perghh.. Punya la gabra. Aku tanya kawan kawan aku. Ramai gak la tak nak pergi temuduga. Mula-mula partner aku Hasan tak nak jugak pergi temuduga tu. Aku cuba pujuk dia. At last die pergi juga temuduga tu. Great. Aku tak sorang-sorang masa tu. 

Aku and the geng pun siapkan Curiculum Vitea. Kononnya bajet profesional la guna curiculum vitea tu. Dah siap curiculum vitea tu. Aku mintak tolong member Politeknik Seberang Perai. Dia ada printer. Aku mintak die printkan Curiculum Vitea tu. Malam tu aku emailkan fail pdf pada die. 

Keesokkan harinya aku tengok. Nah kauu.. Selekeh giler alignment text tu. Rongak tepi la. Aku pun datang kat budak tu. Pangg!! aku bagi sebijik.. haha.. tak ade la gurau je.. Aku buat tak reti je. Aku mintak tolong member tu printkan balik. Alhamdulillah la die nak tolong. Senang hati aku dengar.

***

Selesai je solat jumaat. Aku dengan yang lain. Stand by kelengkapan semua. Macam macam ragam semua. Ada yang tengah busy susun dokumen diri la. Ada yang tengah berzikir. Ada yang buat tak reti la. hahaha. Adat la tu. Darah gemuruh memang wujud pada setiap orang. 

Tiba turn aku, syarikat tu bagi masuk 5 orang sekali gus.  Sebab nak habiskan temuduga. Katanya nak jimatkan masa. Sebab masa tak cukup da. Aku pun macam nak sujud syukur da time tu. Senang sikit hati aku. Selesai duduk semua. Ada sorang tu kutip la resume bagai. Die tengok2.. 

Okay, dia bukak mulut je. Pergh.. Punya la suwit bahasa. Nah kau. Bahasa Inggeris. Senyum je aku mampu bagi. Member sebelah aku start dulu ceritakan pasal die belajar kat mana bagai. Lebat beb die cakap inggeris. Terngagah aku nak fahamkan. Aku dengar huruf "S" je hujung2. Memang mengeletar la aku. Dah la bahasa inggeris aku E. Haha. Dia orang KL. Memang kaw kaw la dia cakap. Nak katekan. Aku kira. Die punya cakap je, Ada la makan 10minit. Maut tu..

Tiba turn aku je... 

"My Name is Hasbullah Bin Md Som. I in major programming... emmmm.."

Kata kata aku mati kat situ. Blur beb otak. Pada aku ada benda nak cakap. Terus Zero. Haha.. Penangan apa kah ini. Aku sambung lagi

"I can do system with php..........."

Mati lagi ayat aku.. Ni memang besar masalah ni. Aku pun kuatkan semangat. Teruskan cakap

"........"

Oh. Nampaknya zero sangat da tu. Aku pun ambil keputusan terakhir. Aku pun cakap la macam ni


"Sorry. Can I Speak Malay?"

Lepas tu amoi sebelah CEO dia cakap macam ni.

"Sorry. Can't. "

Aku pun gelabah habis da. Aku nak cakap da macam ni. "If cant speak malay, please skip my turn". Maksud aku kat situ aku nak suh skip giliran aku. Aku taknak temu duga. Apa lagi aku boleh buat. Kelu beb lidah. Lepas tu CEO dia cakap boleh cakap melayu. Sebab CEO dia orang india. Faham bahasa melayu sikit sikit. Tetapi tak pandai cakap melayu. Memang baik beb CEO dia. Aku pun terangkan la dalam bahasa melayu. Alhamdulillah lancar juga la. Sampai turn member aku. Die pun mintak cakap melayu. Haha. Nasib aku dan dia sama. Haha.


Selesai je temuduga. Dia jelaskan la apa syarikat dia buat. Dan dia perlukan orang macam mana. Dia cakap kalau dia berminat dia akan hubungi kami. Keluar je. Aku pun angguk je la.  Fuhh! Menghela nafas panjang wehh.. Lega rasa. Dan sampai sekarang aku tunggu dia panggil.. Masih tiada panggilan sepenting seruan Ilahi. hahahahaha

p/s : Zaman sekarang ni bahasa Inggeris tu penting juga. Jangan ambil mudah.

Ahad, 10 Mei 2015

Google Academy Part Mula

Tepat jarum jam di dinding menunjukkan pada angka sembilan. Oh sudah! Macam tak sedar je. Rupanya hari esoknya aku akan kembali pulang ke institud pengajian. Walaupun esok pagi ialah harinya. Namun, sehelai pakaian pun tidak kelihatan terlipat dan tersusun rapi didalam beg. Nampak dah pemalasnya nak kemas barang. Biasa masa masa macam ni. Bila dah sampai hari kejadian, mula tak cukup barangnya. Nak atau tidak, aku gagahkan juga diri ni untuk mengemas barang. 

Releks sudah. Lelaki, bukan banyak barang pun nak bawak. Sempoi sudah. Tup2.. Satel semua. 2 bag sandang je aku bawak. Macam biasa, kalau aku nak pergi mana-mana, hanya dua beg je aku bawak. 1 bag pakaian dan 1 bag laptop. Tu untung jadi lelaki, tak perlu beg makup bagai. kih kih kih.

***
Sampai je terminal bas Melaka Sentral. Member aku kol. Aku buat tak nampak je kol die. Buang kredit je jawab. Slow slow aku jenguk member aku dari celah kedai yang ada dekat dengan platfom Bas berlabel A. Cewah.. Tengah main bachak bachak. Kantoi pulak dengan dia. Nampak pulak aku. Nak tak nak terpaksa la pergi jumpa dan salam mak dengan ayah dia tanda hormat.. 

Nampak je pintu bas terbuka. Tanpa melengahkan masa, aku pun panjangkan langkah untuk masuk kedalam bas. Dan tidur.................................................Eh dah sampai Muadzam Shah.

***
Sampai je bilik. Aku pun lepak dulu atas katil. Tengok utube kejap. Almaklum la. Internet memang laju tahap cipan. Tak ada langsung buffering. Layan je aku dengan Boboiboy kat utube ni. Sampai habis episod dia aku kerjakan. Dan aku ulang sampai ke sudah. Bosan punya pasal. Sampai tahap semua jalan cerita episod dia aku hafal. 

Sebelum maghrib aku pun bukak baju nak pergi mandi. Opss. Macam dalam cerita cerita melayu. Ada babak yang menyedihkan. Tak kurang juga dalam cerita aku ni. Nahh.. Towel mandi tak bawak. Puas aku fikir. Nak pakai apa.. Last last, aku guna seluar track suit je masa masuk bilik mandi. Nasib la seminggu je aku berperangai macam tu. 

Lepas je mandi, nak cukur misai. Sudahh.. Pencukur pulak tertinggal. Esok tu aku pergi kursus tu. Macam orang hutan da. Serabai dengan misai janggut tak cukur. Fuhh.. Serik buat kerja last minit ni. 

Jumaat, 10 April 2015

Sem akhir + Projek Tahun Akhir = ???

Assalammualaikum..

Sekarang tepat 1.45 pagi. Fuh! Cepat betul masa berlalu. Memang terlalu awal masa berlalu. Dalam antara sedar dan tak sedar, rupanya aku sudah hampir tiba ke penghujung semester akhir aku di Politeknik Muadzam Shah. Ya, memang dah nak habis da. Sekejap je masa tu. Aku sekarang semester 5. Dan semester akhir aku dipoliteknik. Sebab semester hadapan aku praktikal diluar politeknik. Tapi cerita dia, aku pun tak jumpa lagi tempat praktikal. Tak tahu la bila lagi nak cari. Sibuk memanjang semester akhir ni. Sibuk dengan final year project. Memang kaw kaw punya. Tidur aku pun tak menentu. 

Tapi tak apa, pengalaman ini yang mematangkan fikiran aku. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat habiskan sisa sisa final year project bersama ahli kumpulan aku. Sepanjang kami bekerja dalam kumpulan. Aku dapat belajar cara mengatur jadual melakukan tugas dalam berkumpulan. Memang seronok buat final year project. Kalau aku diberi peluang lakukan semula. Aku nak buat lagi. Project macam ni yang dah lama aku tunggu sejak menjejaki belajar disini.


Alhamdulillah... Dengan izin Allah, projek akhir kami bertiga dapat pergi ke EIDA . EIDA ni ialah dimana projek yang kreatif dari setiap jabatan dikumpulkan dan dipertandingkan pada peringkat politeknik. Tapi sayang, projek kami tidak mendapat nombor pada pertandingan itu. Tetapi aku tetap bersyukur, projek aku terpilih untuk ke EIDA. 

Akhir sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada Ahli kumpulan aku yang dah banyak bagi support dan menjadi tulang belakang untuk projek tu. Terima kasih juga pada yang tidak langsung iaitu emak, kakak, abang dan some people yang sentiasa memberi motivate pada saya. I love you all.. Tanpa anda, tak mungkin saya berada disini..

Isnin, 5 Januari 2015

Ops Murni (Askar Wataniah) - Operasi Murni Bantu Mangsa Banjir

Alhamdulillah aku selamat kembali ke tempat belajar aku. Maka dengan rasminya. Semalam, tanggal 4 Januari 2015 aku tamat memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pekan, Pahang. Dalam masa seminggu aku di kem 505 Askar wataniah bn4, syukur pelbagai dugaan aku hadapi. Aku akan rindukan detik-detik semasa memberi bantuan disana.

Seramai 16 angota askar wataniah dari politeknik, selamat tiba di kem pada jam 4.30 tu. Angota terdiri dari 12 orang angota pranita dan 4 orang angota lelaki. Walaupun pada hari pertama(selasa) aku tidak dapat ditugaskan ke tapak penempatan mangsa banjir. Aku masih bersyukur kerana aku berpeluang membantu anggota K.A.D menyediakan makanan di cook house. Walaupun aku bukan dari kalangan orang yang berkemahiran memasak. Tetapi Alhamdulillah. Sejak aku membantu, aku dah pandai serba serbi dalam dunia masakan.




Aku mungkin punya pengalaman memasak 4 ke 5 tahun yang lepas. Kerana aku mula menjerumuskan diri dalam bidang katering. Aku bukan la pandai sangat. Aku cuma follow katering ayah kepada member aku. Syukur sangat-sangat, pengalaman 4 ke 5 tahun yang lepas aku dapat gunakan pada umur aku umur 20 an ni. 

Berbalik pada cerita aku di kem. Hari pertama aku takut juga la sebab kali pertamanya aku bekerja dengan angota tetap askar. Alhamdulillah sejak aku berkhidmat dalam masa seminggu tu, aku tidak ada masalah dengan mereka. Mereka memang baik. Aku siap pergi hantar makanan pada angota sukarelawan di tempat penempatan naik lori 3 tan dengan angota tetap tu lagi. Seronok sangat masa bagi bantuan tu. 

Dalam masa yang sama, aku rasa sedih jugak. Sebab penempatan orang kampung disana, habis ditengelami air. Air semakin hari semakin deras dan dalam. Sehinggakan sebelum aku pulang ke tempat belajar, aku diberi peluang untuk membantu mangsa yang hampir hanyut dengan air yang deras. Semasa aku berikan bantuan tersebut. Aku hampir-hampir dibawa arus. Gara-gara aku tergelincir semasa aku berusaha menarik motosikal bersama 3 orang angota lagi. Memang sangat mengerunkan. Aku bersyukur kerana Allah masih meminjamkan nyawa ini untuk aku. 


Alhamdulillah ya Rab..




Isnin, 27 Oktober 2014

Projek Final Aku 50%

Assalammualaikum..
Hari ni aku nak update sikit. Memandangkan sekarang aku tak boleh nak tidur. Orang kata tak boleh tidur malam ni, salah satu penyakit. Betul ke? Huh! Harap tak la kan.. Hehe..

Memandangkan sekarang tengah musim final exam. Aku dengan selambewwww je tak study hape lagi. Tapi tak habis-habis dengan komputer. Jangan kerana sem lepas aku dapat 3.xx aku dah lupa diri. Eh! Insha Allah tidak. Aku masih aku yang dulu. Walaupun entry sebelum ni ada sedikit kesedihan. Tapi itu semua tak ubah pendirian aku kerana aku adalah aku.. Cewah.. 

Aku tak nak borak panjang. Cuma nak bagi tahu. Aku on the way, membangunkan sebuah system. Memandangkan semester akhir hampir tiba. Jadi team programmer wajib bangunkan satu projek untuk pemarkahan projek akhir kami. Alhamdulillah. Dua benda penting dah pun lepas pada sem ni iaitu pembentangan kertas kerja dan pembentangan analisis dan disaing projek. Syukur sangat sebab aku dapat panel yang membangunkan aku. BTW aku harap segala komen panel dapat buatkan aku dan team member semakin kuat. 

Bagi aku apa je la sangat setakat kene kritik dengan panel. Ia tak jadi masalah bagi aku. Tapi aku anggap ia satu nasihat yang terbaik dalam diri aku. Orang biasa kritik ni bukan sebab dia rasa diri dia hebat. Tetapi dia cuba buka ruang baru untuk kita. Walaupun aku banyak bebel dengan ahli kumpulan aku pasal si panel kritik. Tu tak bermakna aku tak boleh terima apa dia cakap. Tapi aku cuba ambil iktibar dan cuba perbaiki masa pembangunan projek kami nanti.

Alhamdulillah. Projek aku dah 50% siap buat masa ni. Cepat kan? Tapi tu hanya imaginasi aku je yang dah siap tu. Belum maintainance bagai. Dah boleh guna. Tapi mungkin tak memuaskan pengguna. Aku cukup tak puas hati kalau benda tu dah jadi. Tapi masih ada kelemahan. Meskipun design die gempak sangat. 


Mempersembahkan.. Ni salah satu part dari system aku. Selekeh kan? Relax la.. Baru testing power.. Belum testing diluar kotak pemikiran aku lagi. Yang real punya. Insha Allah aku akan buat lepas aku habis final dan lepas habis kem tahunan Askar Wataniah. Masa tu mungkin otak lebih fresh. Sebab baru lepas tengok dunia luar kan.. 

Insha Allah apa-apa perkembangan aku. Aku akan update dari semasa ke semasa. System ni aku bangun diatas segelintir kawan-kawan kelas aku. Aku harap dia orang sudi la kritik system yang masih belum stabil ni. Aku sedang cuba yang terbaik sebelum aku melaburkan tirai meninggalkan Politeknik Muadzam Shah. Aku nak la juga tinggalkan sesuatu yang membanggakan untuk Politeknik Muadzam Shah. Insha Allah.. 

Reader, aku harap korang dapat doakan kami yer. Sayang reader aku ni.. 
Komen la sikit.. Baru nampak sape yang sokong kami.. Hehe..
Thx.. :D

Khamis, 26 Julai 2012

Mari Goreng Nasi Goreng...

Assalammualaikum...

Tengok tajuk macam tahu apa yang aku nak kongsi kan pada kali ni kan.. Haha.. Yeah!!
Topik aku kali ini pasal nasi goreng.. Aku bergurukan emak didapur batu yang kecil dirumah..

Sifu : Emak a.k.a EX SuperMak(tapi mak aku tak ada kuasa la, cuma peka dengan anak2nya)
Menu : Nasi Goreng Pedas (Podeh-podeh, tebal bibir bila makan)

Bahan : Cili kisar, bawang merah kisar, bawang putih kisar, ajinamoto(Aji Naik Moto), garam, minyak, periuk kuali, ikan jerung bilis..

Step 1 :
Sifu cakap panaskan minyak dalam kuali tuu... 

Step 2 :
Sifu suruh goreng ikan bilis

Step 3 :
Sifu suruh tumis campuran (bawang putih kisar(1sudu), bawang merah kisar (1 1/2), Cili kisar (1sudu Garfu), ajinamoto 1/2 sudu garfu kecik... Garam 1Sudu kecik...)

Step 4 :
Masukkan nasi kedalam periuk kuali..

Step 5 : 
Kacau sehingga sebati (Ingat uli tepung ke SENGAL)
Beriya-iya aku gaul...

Step 5 :
Padam kan api dan taburkan ikan bilis...

Step 6 : 
Siap dah... Senang je nak buat rupenyer... Hahaha... 

Nampak sedap tak?? Komen-komen...

Hasil titik peluh.. (Menitik peluh dalam kuali) Hahahaha...
p/s : Belajar memasak bagus... Nanti senang berdikari...

Isnin, 26 Mac 2012

First Time Menembak (PLKN)

Assalammualaikum
Selamat Sejahtera

Hari itu langit masih lagi gelap, aku dan kawan-kawan terpaksa bangun dan kemas kan diri lebih awal kerana kami akan bergerak ke LAPAN Sasaran.. Untuk latihan menembak.. Pagi macam biasa, pukul 5 pagi aku dah bangun untuk mandi dan bersiap-siap untuk menjalani hari-hari aku. Beza hari itu, aku terpaksa memakai baju LORENG PLKN.. Berkasutkan Boot.. Ia agak menyusahkan. Tetapi aku cuba membiasakannya.

Pukul 6.50 bas bergerak ke 8 sasar.. Pada pukul 8.15 pagi, kami tiba ke destinasi.. Peh~ Menyirap jerk aku, mana taknya, aku baru je nak lelapkan mata.. Tahu-tahu je....

"TURUN-TURUN, dah sampai"

WarghhH!

***
Tokey tempat pun, bacakan peraturan sebelum menembak...

"Okey.. Anda semua tak boleh... Bla..Bla..Bla.."

Haha~Dia pun habis bebel.. Then dia buat la demo menembak... First dust tu.. Peh..

Aku cakap la dalam hati,"Kepala hotak dia.. Kuat giler bunyik, aku dah la lemah semangat.. Puih"

Then baris/Detail pertama pergi menembak.. Masa dia cakap "Sedia.. Tembak", Aku dah mengigil lak.. (Penakut sangat.. Memang ler). Nasib telinga sebelah aku dah sumbat dengan penyumbat telinga... Then dus yang pertama pun dilepaskan...

PAMM!!!

Ala.. Cenonit jer bunyik.. Macam bunyik bom teloq je.. Haha~ Masa first je penakot sikit... Lepas detail 1 detail 2 lak masuk..Kebetulan tu detail aku.. Aku pun masuk la... "Pakcik" tu suruh aku baring, then relax sementara dia tukar kan peluru.. then Tokey tempat pun jerit..

"Sedia!Tembak!"

Aku relax lagi la.. Sebab pak cik sebelah aku ni belum settingkan baik punya.. Haha.. Tunggu, punya tunggu, aku punya M16 pun siap.. Dia settingkan kedudukan M16 pada bahu.. Then dia suruh aku target betol-betol..

Sedang khusyuk aku menarget... AIK!!! Tangan asal la engaku mengiggil ni! "Pakcik" tu pun cakap...

"Relax..."

(Baik pakcik.. aku cuba relax la ni.. Tangan aku tiba-tiba je kene Pakinson.. Mana la aku tahu...)
PAMMM!!!Akhirnya dus yang pertama aku dilepaskan.. Pakcik tu pun cakap....

"Baguss! Kekalkan Target"

Tempat target tu, aku bayangkan kominis jerk..Baru puas Hati.. Haha

PAM!! PUM!! PAM!! PUM!! PAM!!

Abis da peluru.. Baru la puas.. Haha..

***
Bila tengok keputusan....

Hasbullah Md Som = 88%

PeH~ Macam tak percaya je... Baru puas hati dapat tembak kominis.. Gara-gara dendam, markah menembak aku dapat macam tu.. Haha~



^^V Peace!

Sabtu, 17 Disember 2011

First Time Keje Kedai Makan

Assalammualaikum. Semalan tanggal 18 Disember 2011 aku mula bekerja di kedai makan berhadapan dengan FS duyung~

First aku datang, dedau jugak, kot-kot tokey kedai tak mahu ambil aku bekerja dengan dia. Maklum la mereka bukan kenal aku. Tapi alhamdulillah dia ambil aku bekerja dengan dia.

First time aku ambil pesanan dari kastemer. Dedau la jugak. Sebab aku takut sangat nak berhadapan dengan orang ramai. Tapi alhamdulillah member dekat kedai tu tolong aku. Dia tunjukkan macam mana nak ambil pesanan.

Macam-macam jenis orang aku jumpa semalam.. Tapi aku rasa syukur sangat-sangat. Sebab semalam aku dapat perkara yang sangat berharga dalam hidup aku iaitu pengalaman. Mungkin lepas ni. Cabaran aku makin besar.

Semalam sakit jugak la kaki n pinggang. Sebab berdiri je .. Nak duduk takut tokey marah.. So aku selalu perhatikan orang yang masuk ke kedai tu & sentiasa memerhatikan pinggan cawan yang kotor untuk diangkat bawa ke dapur.

Harap-harap Allah SWT memberi aku semangat dan memberikan keberkatan dalam setiap yang aku lakukan. Walaupun aku hanya dapat RM20 sebagai gaji. Aku rasa itu amat bermakna. Bagi aku RM20 tuh dibawa bersama dengan pengalaman.

Kalau boleh, aku nak jadi macam arwah ayah yang kuat bekerja. Sentiasa buat kerja dengan ikhlas & sedia menerima tugasan pada bila-bila masa..

Selasa, 9 Ogos 2011

Dugaan Muncul Kembali

Assalammualaikum... Hari ini kelendar menunjukkan 9 Ogos persamaan 9 Ramadhan.... Hari ini bagi aku akan merubah segala-galanya jalan cerita hidup aku... Sesuatu yang tidak pernah terlintas fikiran ku akan berlaku... Kisah hari ini bermula dengan......

"Busu, nenek menangis", Maisara anak buah aku yang ke dua menjerit memanggil aku... Ketika itu aku berada didalam bilik aku, yang kebetulan berhampiran dengan bilik emak... Aku pun bergegas bingkas dari kerusi dan berlari anak untuk mendapatkan emak yang berada didalam bilik..

"Kenapa mak menangis ni??", aku risau dan menanyakan keadaan emak...

"Kaki mak sakit, macam nak putus mak rasa", mak memberi jawapan kepada aku sambil emak menahan sakit..
Aku pun apa lagi... Urut kaki emak.. Dengan tujuan agar emak kembali normal... [ Emak memang mempunyai penyakit urat saraf... ]

Emak menangis... Aku masa tu, aku hanya menahan air mata..Kerana aku Tak nak menangis depan emak...

"Emak, sabar mak.. Tak mau la nangis, tahan ye mak... Ni semua ada hikmahnya... Dulu arwah ayah merasa... Sekarang mak pula... Banyakkan berdoa mak.. Ingat Allah selalu.. Berdoa dalam hati", pesan aku kepada emak...

Kemudian aku berbuat dengan emak agar emak tidak terlalu terseksa menahan sakit....

=======================

Petang tuh juga, kak lang dan along membawa mak ke klinik doktor Rahimah.....

Selepas waktu berbuka, kak lang yang berbuka dirumah sini... Aku bertanya keadaan emak ketika di kilinik... Dan apa yang doktor cakap mengenai penyakit emak...

Kalang membuka cerita,"emak memang ada penyakit saraf... Doktor cakap, sepatutnya antibody menguatkan badan kita dari kuman, tetapi antibody dalam badan emak dah makan saraf-saraf emak... Itu yang menyebabkan  emak sakit-sakit... Penyakit ini tak boleh sembuh dah.... Penyakit ni akan kekal seumur hidup aku"

Alangkah sedihnya aku mendengar penjelasan kak lang yang merupakan penjelasan dari doktor... Rasa macam nak menangis je masa tu apabila mendegar keadaan emak yang sebegini rupa....

Kak lang menyambung kata-katanya,"Tapi penyakit mak ni, hanya boleh rawat dan rawat sahaja"

Aku bertambah sedih.... Kelihatan emak yang sebegini rupa... Aku seolah-olah terpanggil untuk menjaga emak hingga akhir hayat emak... Tetapi aku tahu, aku tidak lah sebagus mana untuk menjaga mak... Kerana along lebih mahir menjaga orang sakit... Ini semua aku dapat lihat ketika arwah ayah di Hospital dulu... Along sangat bersungguh-sungguh menjaga ayah... Aku gembira kerana dapat abang yang bertanggung jawab macam along...

Mungkin satu hari nanti, aku akan hanya berkerja sendiri... Untuk mencari peluang menjaga emak... Insya Allah selepas aku habis sekolah... Aku tak akan abaikan tanggungjawab aku sebagai anak kepada emakk...

Khamis, 24 Februari 2011

Kertas Agama Islam + Jawi = Terok Aku Seyh!

Baru je aku nak landing kepala dekat atas meja.. Tiba-tiba....

Ketua kelas : Bangun.....

[ Perh.... masa ni la ustaz nak masuk.. Aku dah mula ngantok ni...]
Ohh ustaz... Kenapa la ustaz masuk kelas awal sangat. Pliz memahami jiwa dan raga ku.. [ Haha... Ayat tak leyh blah r.. ]

Ustaz : Assalammualaikum.....

Kiteorang : Waalaikummussalam ya USTAZ....

Seperti biasa selepas beri salam. Kiteorang pun baca la doa sebelum belajar [ Adab wow ]

***
Seperti biasa kiteorang nak mulakan pembelajaran.... Tapi.......
[Cop... Rehat bersama kit-kat]
Usin : Ustaz kertas pekse bile nak dapat???

Ustaz : Saya baru je amik dari bilik peperiksaan... Hmm.... Nak tanda dalam kelas ke?

Budak-budak lain pun on jer la... So, ustaz pun edarkan kertas pekse, tapi lain tuan lain nama. [ Aku tak taw la sape yang baik sangat tanda kertas aku ].. Aku relax jer.. Budak-budak ni dah tanya kertas masing-masing pada member... [ Be Cool la broo ]

Tiba je pada soalan jawi aku dah keruk kepala. Haha.. Entah kenapa tiba-tiba aku terperanjat apabila......

Ustaz : Hasbullah!!! Macam mana kamu buat jawi ni. Semua salah.. Kalau macam ni la, kamu tak boleh kahwin dengan orang johor ni...

Terperanjat aku.. Aku ingatkan budak-budak yang tanda kertas aku, rupa-rupanya ustaz wow... Segan giler aku mase tu.. Macam nak terjun banggunan pun ada gak.. Aku memang kurEng dalam penulisan jawi ni.. Kalau baca tu malaz r nak cakap.. [Mengeja jer..] Kalau baca sendiri ok. No hal punyer.. Fikir-fikir balik... Menyesal la pulak sebab aku tak berlajar jawi masa sekolah rendah dulu... Malu seyh dengan member lain..

Hampeh betol.....  [ Segan Member ]
***


p/s : Jangan jadi macam aku dah la... Jawi pun kurang paham... Kata jer orang melayu.. Hehe...

Soalan : Betol ker kalau tak pandai jawi tak boleh kahwin dengan orang johor?? [ Plis bagi respon ]

Sabtu, 19 Februari 2011

Baru Aku Sedar Hikmah ini Semua!


Pagi itu aku terpaksa bangun awal untuk mandi dan ke sekolah. Walaupun hari itu hari sabtu. Jam di HandPhone menunjukkan tepat 6.00am. Mak aku dari bilik memanggil aku, agar aku tidak terus terlena dari mimpi. Aku pun pergi la, mandi, gosok baju, solat.. Aku pun tak tahu kenapa hari itu awal aku bersiap untuk ke sekolah. Selalu dalam pukul 6.50am baru aku siap. Tapi hari itu aku siap dalam pukul 6.35am. Tak percaya aku. Huhu... Niat hati nak gerak awal. Tapi tiba-tiba naluri memaksa untuk menukarkan pampers ayah dahulu.

Walaupun aku sedar, yang abang dan kakak ku penah berkata yang aku "hanya cakap je sedih... Tapi hakikatnya aku bukan nya tolong..."

Sabar je aku masa tu, dia cakap ikut sedap mulut je.. Dia tak tahu siapa yang bagi ayah aku minum susu, sedut lendir ayah aku n tukar pampers tengah malam.. Huh!.. Okay... Sambung balik cerita tadi. Seperti biasa aku mintak tolong abang Zul untuk bantu aku tukar pempers ayah. Tiba-tiba fikiran aku rancak berfikir.. (Maklum la, orang kata pagi-pagi otak ni aktif)..

Pagi itu baru lah aku sedar bahawa Allah SWT telah memberi peluang untuk aku dan yang lain berlajar cara menjaga ayah. Jujur aku cakap, rugi sangat-sangat siapa yang tak berlajar. Peluang macam ni susah untuk kita dapat. Aku sedar, walaupun ayah tak mampu bergerak. Tetapi ayah aku masih tetap setia memberi kami ilmu.

Dari peristiwa ini, aku dapat berlajar bagaimana untuk menukar pampers ayah, berlajar menyedut lendir dari mulut walaupun ada diantara manusia yang tak sanggup untuk berlajar ini semua. Dari peristiwa ini aku dapat berlajar bagaimana erti sabar. Berlajar bagaimana cara seorang ayah menjaga anak mereka. Setiap hari aku berlajar sedikit demi sedikit. Aku berlajar dari nurse yang menjaga ayah aku ketika ayah aku di hospital.

Tak lupa juga, Along ku sebagai seorang abang sering memberi nasihat dan selalu menanamkan sifat sabar dan Along mengajar aku pahit getir yang ayah dan mak lalui ketika kami masih kecil. Kami sanjung ayah kerana ayah tabah mencari nafkah untuk membesarkan kami lapan beradik.

Ini lah cara yang dapat kami balas semua yang telah ayah curahkan kasih sayang kepada kami. Aku bersyukur semua ini berlaku. Kerana menjadikan kami lapan beradik lebih rapat. Ini semua hikmah, yang puas selama ini aku cuba mencari jawapannya dalam hidup aku...