Jumaat, 4 Julai 2014

Kisah Pasu Bunga Yang Derita

Assalammualaikum..

Bila sebuah pasu bunga yang baru dibeli dari sebuah kedai yang biasa oleh seorang yang kita sayang. Kita tidak pernah mengira sama ada pemberian itu mahal ataupun murah. Kerana pemberian itu adalah dari orang yang kita sayang. Semakin hari nilainya semakin tinggi bagi kita. Cara penjagaanya juga sungguh tertib.

Tetapi apabila pasu bunga itu sudah tiba hari malangnya, dia terjatuh dan cacat fizikalnya. Oleh kerana pasu bunga itu pemberian orang. Kita simpan walaupun tidak sempurna. Bila semakin lama, pemberian itu sudah hilang serinya. 

Bila kita terpaksa meninggalkan pasu bunga itu sendirian. Kita yakin bahawa pasu bunga itu tidak akan diusik mana-mana orang sekalipun apabila ditinggalkan. Semakin jauh kita, semakin kurang penjagaannya. Jika dulu kita sangat mengambil berat / khabar penjagaanya, namun kini semua sudah berbeza. 

Semakin lama semakin hilang dari fikiran kita kerana kesibukan kerja dan kekangan masa. Bila tiba saat penamatnya. Pasu bunga menerima nasib derita apabila ditiup angin kencang yang melanda dan pasu bunga jatuh kebumi dan hancur musnah. Tanpa kita sedar, pemberian yang dahulunya bernilai. Kini musnah kerana tiada penjagaan yang baik dari kita.

#HanyaKitaYangFahamMaknaNya


Supervisor dan Projek Akhir

Assalammualaikum..

Semalam, guwa ada perjumpaan dengan supervisor atau dalam erti kata lainya ialah pensyarah yang dilantik. Setiap supervisor memegang 3 kumpulan yang bakal membangunkan final projek untuk semester hadapan.  Untuk pertama kalinya guwa dan 2 orang lagi partner guwa berjumpa dengan supervisor. 


Lepas supervisor guwa selesai terangkan satu-satu. Supervisor mintak group by group jumpa beliau untuk explain projek yang bakal dibangunkan. Guwa duk usha je dari belakang, tengok cara group sebelum aku tu explain. Berpeluh jugak la tunggu. Nasib tak basah kelengkang guwa sebab terlalu lama berdiri. Kalau basah, malu guwa beb.




Part group guwa kena explain. Payah jugak guwa nak menjawab dengan supervisor guwa. Nasib guwa pandai menjawab apa yang supervisor tanya. Masak jugak guwa nak menjawab. Sampai satu tahap tu guwa sendiri blur tak tahu nak jawab apa. Banyak benda yang guwa kena improve supaya projek yang bakal guwa bangunkan ni sempurna. 


Guwa harap projek guwa ni dapat dibangunkan dengan sempurna pada sem depan. Guwa ingat nak plan awal-awal untuk projek ni. Guwa nak built sebelum naiknya sem 5. Tapi guwa tak tahu la jadi ke tak plan guwa ni. Sebab cuti sem nanti guwa dah ada plan lain. 


#HariNiSunyiTanpaTemanDiSisi