Sabtu, 14 Ogos 2010

Device Manager

Anda boleh semak Device Manager untuk mempastikan setting bunyi elok terpasang.

1. Klik bebutang Start.

2. Pilih Control Panel.

3. Tetingkap Control Panel dipamerkan.

4. Dwiklik ikon System.

5. Tetingkap System Properties dipamerkan.

6. Klik tab hardware untuk mempamerkan kandungannya.

7. Klik bebutang Device Manager.

8. Tetingkap Device Manager dipamerkan. Ia mempamerkan semarai perkakasan serta pemacu perkakasan.

9. Klik item Sound, video and game controller untuk mempamerkan kandungannya.

10. Klik pada pemacu bunyi.

11. Perhatikan senarai pemacu bunyi. Jika mempunyai masalah, tanda amaran dipamerkan pada item berkenaan. Jika terdapat percanggahan pemacu bunyi, uninstall pemacu bunyi dan install semula pemacu yang serasi dengan kad bunyi yang anda pasng ke dalam komputer.

Tiada ulasan: