Isnin, 28 November 2011

Nak Kerja Ke Tak??

Siang tu macam biasa, aktiviti harian aku ialah mengadap komputer sampai lebam.. Punya la bosan, malas la aku nak cerita an.. Hari-hari bila ON je PC. Mesti aku mengadap fesbuk.. Sampai aku sendiri dah tak tahu aku nak buat apa.. Nak update fan page dekat fesbuk, tak ada idea lak...Huwaaa~ Bosannyer..

Tengah khusuk mengadap net-net... Tetibe....

KRinG~ KRinG~ KRinG~

Aku pun capai la telefon rumah yang sedia melekap dekat dinding rumah tu.. Aku pun mula la mulakan percakapan...

"Hello! ! ( Dengan nada yang garang, ala.. Trick nak takotkan budak-budak yang main tekan-tekan telefon.. Hehe )"

Suara perempuan keluar,

"Hello"

Alamak! Sekali awek la.. Boleh la aku usha ni.. hihi... <_Perangai teruk.

"Nak cakap dengan siapa?? Nak cakap dengan aku ke??", hehehe

Nada cool dia menjawab..

"Kepala hotak kau eh.. Kak eyka ada? Ni kak ijah ler"

Gambar hiasan.. Tak ada kena mengena dengan promoter yerk
Laa... Sekali akak aku la yang dari matrik Kuala Pilah..... Hamperh.. Ingat baru nak usha kalau awek cun.. Haha... Pot pet punyer Pot pet.. Akak aku tu tanya aku pasal peluang kerja sebagai promoter dekat jusco lepas aku habis SPM nanti..

What?? Kerja?? Malu seyh nak keje dengan orang yang aku tak kenal... Aku tak tahu la nak amek ke tak.. Apa pendapat korang? Adakah aku patut kerja or tak.... Sementara tunggu panggilan dari PLKN..

Tu yang sampai sekarang duk menung je fikir nak kerja atau tidak... Kalau korang dah baca tu.. Rajin-rajin kan tangan untuk type cadangan korang...

Undian masih dibuka, teruskan mengundi... Haha...

p/s : Blurr sekarang ni.. Sort jap...