Setiap manusia memerlukan satu kekuatan yang kuat untuk membiarkan mereka bersemangan meneruskan hari-hari. Manusia yang lemah tanpa kekuatan akan ditinggalkan oleh arus masa yang pantas berlalu. Hari demi hari yang dilalui oleh seorang manusia yang tiada kekuatan akan merasa hidupnya sia-sia.
Kekuatan membentuk seseorang menjadi sama ada seorang manusia yang berjaya atau pun seorang yang gagal. Kejayaan dicapai dengan kekuatan yang lahir dalam diri seseorang. Kekuatan akan melahirkan semangat yang gigih berusaha di dalam diri seseorang.
Manusia yang berjaya adalah manusia yang mempunyai kekuatan yang membolehkan dirinya terus bangun sekiranya ia jatuh. Seseorang yang berjaya ialah orang yang pernah dahulu jatuh menjunam kebawah. Setiap manusia yang lahir dimuka bumi ini ialah manusia yang berjaya, tak kira la sama ada berjaya.
Kekuatan perlu ada dengan bantuan akan untuk memudahkan mencapai kejayaan dalam kehidupan. Biasanya kekuatan akan hadir sekiranya seorang manusia jatuh/gagal..
Jadi sekiranya anda gagal, jangan la anda rasa diri anda teruk sangat ehh. Anda mesti ingat kegagalan itu akan membawa kejayaan bersama kepada anda..