Assalammualaikum w.b.k.. Hari itu aku melaksanakan ibadah puasa sunat... Badan letih sangat pada pagi itu ketika disekolah... Tapi, aku tempuhi dengan sabar.. Ini dugaan untuk menahan nafsu dan mencari pahala...
Ketika waktu bahasa Inggeris, aku dan rakan-rakan pergi ke perpustakaan.. Cikgu menyuruh kami semak kertas exam pertengahan tahun.. Setelah satel semak kertas exam.. Tiba-tiba cikgu bahasa inggeris panggil aku, "Hasbullah, saya nak bagi duit awk... Tolong ambilkan beg tangan saya.."
"Eh!! Duit apa pulak nih... Nak kate duit yuran sekolah... Aku dah bayar lama... Tak kan masih ade balance lg...", Fikiran ku terbang berfikir berbagai-bagai soalan...
Cikgu menghulurkan sampul surat......
"Ini duit yang kawan-kawan kelas kamu dan cikgu sumbangkan, kerana Ayah kamu meninggal tempoh hari... Maaf.. Kerana terlewat bagi...", cikgu menerangkan dari mana datang duit tersebut..
Aku tergamam.....
"Terima Kasih cikgu", tangan aku berat untuk menerima duit itu.... Kerana duit yang banyak tak mungkin dapat kembalikan arwah ayah yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga..
Tapi apa-apa pun, terima kasih kawan-kawan dan terima kasih cikgu.... Duit tu telah selamat aku serahkan kepada mak aku... Untuk buat kenduri untuk ayah nanti... Insya Allah...
Kini baru aku sedar, dalam diam-diam aku mempunyai rakan-rakan yang baik... Selama ini aku melihat mereka nakal ketika didalam kelas... Tetapi mereka masih memiliki sifat belas kasihan... Terima Kasih semua... Aku tak tahu nak ucapkan terima kasih macam mana lagi... Korang memang kawan yang terbaikk....
Korang Terbaik = ^_^ Tapi hanya aku masih tiada penganti ayah disisi= :'(
Jumaat, 17 Jun 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
-
BCE DAN FAHAMINYE!!! JGN PKIR BENDE LAINN... Cerita 1 Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang ...
-
Nabi berkata, "Sebelum kemunculan Imam Mahadi, akan berlaku secara berturut-turut dua gerhana pada bulan Ramadhan" Gerhana bulan...
-
Hari tu macam biasa guwa bangun pagi, gosok gigi, mandi pagi... Siap semua guwa masuk bilik bukak borak belajar guwa.. Guwa selak selai-sel...
