Memaparkan catatan dengan label Pemergian Ayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemergian Ayah. Papar semua catatan

Isnin, 11 Mei 2015

Malam Raya Tahun Lepas

Sedang bosan asyik buat benda yang sama hari, hari. Namun bosan ni tak lama. Lepas ni aku dah balik kem untuk latihan persediaan untuk pertandingan nanti. Rindu emak lagi. So that's why cuti ni aku lansamkan dengan emak je. Tapi kesian emak. Aku degil, apa emak suruh. Aku banyak leka dan kadang-kadang tak perasan. Sorry emak. BTW cerita aku malam ni. Aku nak ungkapkan kisah yang dah lepas.

Kadang-kadang tu, benda yang lepas tu lebih bermakna dari yang ada. Sedang asyik aku termenung. Terkenang pulak masa malam raya pertama tahun lepas. Masa tu aku sedang dalam dilema dengan something with someone. Macam dalam drama petang petang. Ada je benda yang tak sengaja berlaku. Sepertinya, raya tahun ni, along, alang dan acik raya di rumah sebelah mertua diaorang. Malam raya tu tinggal aku, emak dan kak mas.


Sedang aku asyik tolong kak mas bersihkan bekas kuih raya dengan kain. Takbir raya berkumandang. Emak sedang baring di lantai. Sesekali aku intai emak. Alhamdulillah emak sedang lena tertidur. Mungkin emak terlalu penat lakukan tugas petang tadi. Aku pun layan je perasaan yang tengah sedih ni. Sebab tak ada benda lain nak buat selain bantu emak dengan kak mas dekat dapur. 

Tiba-tiba malam tu aku rasa sedih sangat. Terasa sangat kehilangan. Sesekali terdengar suara seseorang yang dah 3 tahun kembali menemui ilahi. Rindu aku masa tu mula datang. Dalam sedar dan tidak sedar, air mata aku keluar. Sebab biasanya, masa arwah ada. Aku selalu duduk berbual dengan arwah. Sambil menonton tv pada malam raya. Aku tanya kisah arwah masa zaman kecil dulu. Seronok katanya. Selari membangkitkan rasa terhibur dalam diri aku. 

Serius aku  cakap. Malam tu memang malam raya yang paling sedih yang pernah aku lalui selama ini. Aku bersyukur sebab aku masih punya keupayaan untuk merindui dirinya. 

Sabtu, 10 September 2011

Rindu Ayah

Gambar Hiasan
Ayah... Ayah tahu tak yang abul rindu ayah... Raya ni tak meriah tampa ayah... Tak terasa pun... Miss you dad... I missing somethings yang amat berharga dalam hidup abul...

Malam tu abul nak tidur, abul selimut badan dengan kain pelikat ayah.. Yang selalu digunakan ayah masa ayah sakit.. Kain pelikat tu dulu asalnya, abul guna dekat hostel masa duduk asrama dulu.. Tapi mak gunakan kain pelikat tu untuk ayah, walaupun kain pelikat tuh kain yang paling abul sayang... Untuk ayah, abul tak kesah..

Masa ayah sakit dulu, kain pelikat itu la yang digunakan untuk selimut ayah ketika kesejukan... Kini, kain itu juga abul buat selimut diri abul, kerana abul betul-betul rindukan ayah... Masa nak tidur tu.. Tiba-tiba sedih sangat... Tiba-tiba je, abul tak fikir sangat masa ayah sakit dulu... Abul tahu kalau abul fikir.. Abul akan menangis..

Kenapa ayah pergi ketika sekarang, abul kehilangan tempat mengadu... Ya Allah, kenapa kau ambil ayah dari hidup aku ketika ini... Aku amat memerlukan ayah,, Teramat-amat memerlukan... Itu saja la tempat aku mengadu kasih...Terasa macam nak ikut je ayah pergi. Tapi aku tahu, aku sebagai hamba Allah yang hidup dimuka bumi ini mesti teruskan hidup..

Ketika ayah sakit dulu, aku selalu tengok ayah menangis... Seksanya ayah ketika itu... Kesian ayah... Ya Allah, Sesungguhnya engkau maha pendengar dan maha kasihani... Engkau tempatkan la ayah aku dikalangan orang-orang yang beriman... Aku redha engkau ambil ayah dari aku dan keluarga aku....

Tapi satu aku pinta, bantu la aku, kuatkan la semangat aku untuk teus maju kehadapan..............

Mood : sedih Sangat-sangat.....Aku tulis catatan ni penuh air mata kerinduan kepada ayah... Hope satu hari nanti aku dapat peluk ayah  lagi bagaimana aku pelik ayah buat kali terakhirnya....

p/s : Kalau ada ibubapa.... Jaga mereka denga baik.... Jangan abaikan mereka...

Sabtu, 30 Julai 2011

Sejarah Perit Dalam Hidup Aku (Part3)

Assalammualaikum
Hari ini aku mahu tamatkan cerita mengenai Sejarah perit dalam hidup aku.... Walaupun berat hati ini untuk menyambung cerita ini.. Namun aku kuatkan semangat untuk terus menyambung tutur kata aku pada catatan aku yang lama dan masih tergantung.... 

Last Part--->

Aku dengan perasaan sedih mengangkat jenazah ayah untuk dinaikkan ke atas papan jenazah untuk diusung ke masjid... Abang Zul menyuruh aku pergi ke masjid menaiki motor supaya aku dapat membantu sekiranya terdapat kekurangan barang... Ketika abang aku dan jiran sekampung mengangkat jenazah ayah ke masjid, dari masjid aku terlihat cahaya matahari memancar di atas sejadah yang menyelimuti jenazah ayah..

Aku dengan segera pulang ke rumah untuk mecari payung, agar dapat aku redupkan jenazah ayah ketika dibawah cahaya matahari... AKu pun mencari dan terus mencari payung.... Tiba-tiba aku terlihat dari jauh payung yang terletak didapur.. Lalu kucapai dan terus menuggang motosikal... 

Setibanya aku masjid, alangkah sedihnya apabila aku sendiri tidak dapat menyembahyangkan untuk arwah ayah... Tetapi tak apa, Alhamdulillah ramai juga yang sudi menyembahyangkan arwah ayah... Kebetulan ketika itu dimasjid ada berlangsungnya kursus haji... Fikiran ku begitu rancak memikirkan semua ini...

"Mungkin ini semua adalah balasan yang diberikan kepada ayah yang dulu tidak pernah rasa berat hati untuk mengeluarkan duit untuk mak, dan adik beradikku...."

Selesai sahaja solat jenazah, jenazah ayah diangkat dan dibawa ke tanah perkuburan Islam yang jarakya dari masjid dalam 400 meter... Aku menyuruh abang membawa motosikal yang aku bawa kerana aku mahu ikut jenazah ayah dengan berjalan kaki....

***

Jenazah ayah dibawa masuk ke liang lahat... Aku, abang Zul dan angah menyambut jenazah dengan penuh berhati-hati untuk diletakkan ke dalam liang lahat.. Aku dengan perasaan sedih meletakkan badan ayah ke dalam liang lahat... Alangkah sedihnya aku melihat ketika itu....

Perlahan-lahan aku menolak badan ayah agar pandangannya beralih ke arah kiblat... Secara tidak sengaja, angah telah menolah bahu ayah dengan lutut dengan kuat lalu ditegur oleh orang-orang tua yang memahami keadaan jenazah yang terseksa ketika itu... Kemudian aku dan abang-abang ku, menyendal kepala, badan dan kaki ayah agar terus memangdang kiblat ketika kami menutup semuanya dengan papan dan tanah...

Sebelum ditutup, kami membuka tali pada kain jenazah ayah dan mukanya dibuka agar memandang ke dalam tanah.... Kemudian dengan lafas basmalah aku menutup jenazah ayah dengan papan kemudian ditanam sambil dibantu Along dan abang iparku... Sebak aku melihat ayah ditanam... Semuanya sudah berakhir... Ternyata yang dahulunya aku terfikir bahawa satu hari nanti aku pasti akan kehilangan ayah buat selamanya telah terjadi..... Kelihatan banyak tanah yang diberlebihan ketika menanam jenazah ayah... Sungguh tinggi kubur ayah apabila tanah-tanah tersebut dihimpunkan diatas kubur ayah....

Walaupun ayah dah pergi, aku tetap sentiasa mendoakan ayah agar tenang di Sana.... Only ayah yang faham perasaan aku... Sejak aku kecil... Kini aku telah hilang satu semangat yang dulu sering menjadikan aku tabah dalam apa jua keadaan... kini aku kehilangan tempat mengadu, kehilangan tempat bercerita mengenai hari-hari ku... Dan sekarang, hanya blog dengan blog ini sahaja aku dapat bercerita segala-galanya sebagai penganti arwah ayah... Tetapi bagi ku, ayah tetap tak dapat diganti dengan apa-apa pun... Walaupun dengan segunung harta yang berbillion-billion harganya... Tak akan dapat jadi penganti ayah.... Tidak akan!!! Selamanya ayah tetap satu dan tak ada penganti dalam hidup aku.................................

Mood : Aku terima takdir yang Allah berikan kepada aku....

p/s : Korang hargailah ayah dan mak korang.... Sesungguhnya satu hari nanti apabila korang kehilangannya... Pasti korang akan menyesal seumur hidupp....

Ahad, 17 April 2011

Sejarah Perit Dalam Hidup Aku ( Part 2 )

Seterusnya... Pada keesokkan harinya, ayah dimandikan oleh  along, angah, abang ajol, aku, imam dan beberapa orang lagi... Pada mula jenazah ayah diletakkan kedalam tempat memandikan jenazah... Air mata ku seolah-olah ingin mengalir.. Aku terkedu.

"Benarkah yang dihadapan ini ayah aku yang dulu adalah orang yang paling rapat dengan aku sebelum ayah jatuh sakit dan diam seribu bahasa", Teriak aku didalam hati..

Kemudian air dilalukan di atas jenazah ayah bertujuan untuk memandikan. Aku usap lembut tubuh jenazah ayah.. Perlahan-lahan aku menyental segala kotoran yang ada pada tubuh ayah.. Aku dan yang lain belai dan menyental lembut pada jenazah ayh.. Terasa lembut sangat kulit ayah.. Dari situ aku dapat berlajar memandikan jenazah..

Kemudian jenazah ayah diwudukan oleh bapa saudara ku.. Iaitu pak cik Usop.. Beliau seorang imam di tempatnya dan beliau bekas seorang polis.. Setelah selesai jenazah ayah diwudukan, aku bersama yang lain-lain mengangkat jenazah ayah dan diletakkan diatas kain kafan yang telah dibentang...

Kemudian aku lihat sendiri sikit demi sedikit arwah ayah dibalut dengan kapas sebelum dikafankan.. Tiba-tiba...

"EH!! Macam mana boleh banyak terlebih kapas ni.... Selalunya kalau macam ni tak cukup....", imam Hassan berkata...

Kemudian kapas yang lebih habiskan juga dibalut di bahagian kaki jenazah ayah... Kemudian kain kafan ditarik regang dan dibalut ke tubuh ayah... Perlahan-lahan aku melihat jenazah ayah dibalut...

"Inikah saat terakhir aku melihat ayah??", berbisik di sudut hatiku yang semakin sayu..

Akhirnya ayah sudah sedia dikafankan.. Hanya muka sahaja dibiarkan dahulu agar kami adik beradik dapat melihat wajah ayah buat kali terakhirnya.. Kalihatan mak sambil dipimpin kak eka dan mak cik melangkah menuju dan duduk di sebelah kiri kepada ayah.. Kemudian mak mengucup kedua-dua belah pipi ayah dan dahi ayah... Di ikuti kami adik beradik... Kamudian kak cik yang baru sahaja melahirkan anak pada hari ayah meninggal melangkah melihat jenazah ayah dari jauh...

Dan ayah dibalut sepenuhnya..

To Be Continuee.....

Ahad, 10 April 2011

Sejarah Perit Dalam Hidup Aku ( Part 1 )

Hari ni adalah hari yang paling menyedihkan buat aku... Samalam pada tanggal 9 April 2011... Ayah telah melelapkan mata buat selama-lamanya pada pukul 8.20 malam... Dengan perasaan sabar aku dan ahli keluarga menerima dugaan ini... Kami terpaksa redha.. Aku menangis teresak-esak apabila melihat bibir ayah pucat.. Ayah telah dibawa ke unit kecemasan (Kawasan Merah) pada jam 4 petang kerana nafas ayah pendek-pendek dan tekanan darah ayah terlalu rendah...



Kemudian ayah dibawa ke wad 3-2 pada jam 7.30malam.. Setelah ayah tiba.. Jururawat mula tergesa-gesa menyediakan peralatan... Ketika itu, tiba-tiba nafas ayah mula panjang dan terus berhenti buat selama-lamanya.. Kemudian doktor dan jururawat cuba berikan bantuan pernafasan... Tetapi gagal... Sewaktu doktor mengesahkan bahawa ayah aku telah meninggal dunia.. Aku seakan-akan tidak percaya.. Air mata aku dan along mula mengalir...

Aku dan along mencium pipi ayah buat kali terakhirnya... Muka ayah sejuk.. Pucat... Aku rasa macam mimpi... Pada mulanya aku tak boleh menerima semua ini... Tetapi setelah aku fikirkan semula.. Ini semua adalah takdir yang telah tertulis....

***
Malam itu setelah jenazah ayah tiba.. Kelihatan mak menangis teresak-esak di ruang tamu... Along mendapatkan mak, dan along cuba menenangkan mak.. Ketika itu aku seperti tidak percaya bahawa ini semua sedang berlaku...

Dalam 30minit kemudian, ahli dari tahfiz datang dibawa oleh Busu Jafar.. Malam itu jenazah ayah dijaga bergilir-gilir oleh mereka... Jenazah ayah tidak henti-henti dibacakan dengan ayat suci al-quran.. Adakah ini semua balasan kerana ayah banyak melakukan kebaikan...

***

To Be Continue...