Isnin, 24 Februari 2014

Budak Skema dan Loreng Askar

Assalammualaikum... Semalam aku dan member aku macam biasa. Hari sabtu adalah hari yang meriah di bandar maju Muadzam Shah, Rompin. Ada apa ye? Sudah semestinya hari sabtu adalah hari cuti dan hari dimana berlangsungnya pasal lambak a.k.a pasar malam. Aku rasa buat masa ni pasar tu je la paling meriah yang diraikan oleh student ipt aku.

Sampai je aku dekat bandar Muadzam Shah, first thing aku cari ialah ATM. Memang macam hamperh je la hari tu. Sebab apa? Macam dalam cerita melayu yang lain, secara kebetulan juga hari tu ATM di semua bank penuh dan sesak. Apa puncanya? Mungkin sebab hari tu BR1M dah masuk ke akaun bank masing-masing. 

Tapi aku rasa, yang buat sesak bukan orang-orang dewasa dan orang-orang tua tetapi orang-orang muda dalam lingkungan tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sebabnya aku nampak budak-budak tu pakai baju outing sekolah menengah. Kaler ungu baju die orang. Bila aku tengok bebudak tu kelakar pulak rasa hati ni. Skema giler bebudak tu. Macam aku zaman darjah 3 yang mengamalkan pakai baju masuk dalam ke seluar.

Lepas satel aku dapatkan duit dari ATM. Aku blah macam tu je. Sebabnya aku rasa ATM dah tak penting dalam hidup aku hari tu. Aku pun menonong je menuju ke kedai makan bersama member aku iaitu Acan dan Ayiep atau dikenali sebagai double A.. Sebab apa? Sebabnya adalah jika dimana ada Acan disitu ada Ayiep dan jika ada Ayiep disitu ada Acan. Haha.. Nampak permainannya disitu.

Erppp... Lepas kenyang je. Kiteorang plan untuk ke pasar. Jalan punya jalan, bapak bosan dekat situ. Tak ada benda yang menarik. Aku pun teruskan perjalanan main corner-corner dekat situ.. Semua orang aku langgar. Almaklum la, aku ni besar orang nya.. Semua besar. Ehem......  

Jalan punya jalan, maka terserempak la aku dengan fesyen budak muda zaman sekarang. Iaitu  baju loreng askar dan seluar corak loreng askar. Bila aku kenang semua memori indah ketika aku tadika. Sebab zaman tu aku guna fesyen tu, seluar askar yang dah aku guna masa pertandingan pakaian beragam di tadika tu aku gunakan pada seharian aku. Kononya aku nak jadi askar masa tu. Arwah ayah aku sokong gila bila aku nak jadi angota yang beruniform macam polis dan askar.. Segak katanya. 

Member aku pun dah rasa da trend ni pertengahan tahun lepas masa dalam hutan X-P

Tapi sungguh aku tak sangka, rupa-rupanya trend aku masa 13 tahun yang lepas telah menjadi trend di zaman serba moden ni. Tu sebab la aku tak pakai guna trend tu zaman ni.

Aku dalam hati senyum je. Muka aku sengih-sengih je sorang sorang. Dah macam kerang busuk. Itu la kisah budak zaman sekarang.. Dah patah balik ke zaman dulu.. :-p

Jumaat, 21 Februari 2014

Aku Yang Dulu Bukanlah Aku Yang Sekarang

Cerita dia macam ni, mula-mula aku selongkar semua folder yang dah bersarang dalam laptop aku ni. Aku ingatkan aku akan jumpa bukti-bukti sejarah kewujudan cinta aku pada zaman tersebut. Tetapi hakikatnya aku tak berjaya. Lain yang aku cari. Lain yang aku jumpa. Macam biskot betul. Ni antara khazanah lama yang aku jumpa :


Yang ni gambar aku masa form 5.. Gambar ni aku akak aku snap sebelum aku pergi terima hadiah dari TM Melaka sebab dah dapat tempat kedua dalam pertandingan rekabentuk website. Tak sangka betul, slim lagi aku masa ni. Kalau cerita pasal makwe tu. Jangan cerita la. Langsung tak ada yang lekat. Haha... Sebabnya dekat sekolah aku, semua budak perempuan dia hot-hot. Aku ni jenis sejuk je. Tu yang tak ngam...


Yang ni pula gambar aku dengan makwe-makwe aku. Ramaikan?? Haha.. This not imposible.. Eceh... Tak ada la. Ni gambar aku dengan akak aku.. Yang muka berminyak sebelah aku tu akak aku yang tua setahun dari aku. Walau tua setahun, beza muka dia dah macam 8 tahun. Haha.. Yang belakang aku tu akak yang 4 tahun kot tua dari aku. Aku pun lupa da. Sebab dia tu sekarang dah ada anak 1 sorang nak masuk 2 orang da.. Tu yang aku lupa dia umur berapa.. Macam makcik-makcik da sekarang dia. Hahaha... Jahat gila aku, nak mengutok je kojo ehh... 

Tapi tu dulu. Sekarang aku tak slim da macam tu, aku dah makin sihat dari dulu.. Kalau dulu makan roti canai sekeping.. Sekarang mau 3 keping. Bulatnye nauzubillah. Aku walau bulat pun  tetap comel.. Hahaha.. Perasan giler.. Gurau je. Bila aku jumpa gambar aku yang dulu-dulu.. Baru la aku sedar, rupa-rupanya aku dah banyak transformasi. Dulu slim sekarang dah bulat. Kalau dulu ...... sekarang dah tak ...... Haha.. Ni gambar aku yang sekarang. 


Ni dalam 2 tahun yang lepas. Yang sekarang punya gambar aku tak nak tunjuk. Hah! Tengok tu, tu gambar aku dengan anak ... aku. Maklum la, sejak dah ada anak ... ni, bapa .... dia mesti la kena berbadan besar. Biar dia takut bila aku marah.

Tapi bila aku balik dari ipt, budak-budak ni bukan takut dengan aku. Aku balik je terus dia happy dan kadang-kadang tu ada juga aku balik terus peluk. Ada juga masa aku dekat ipt ,  dia tercari-cari aku dekat rumah.. Kesian pulak aku dekat diaorang.. 

Rindu gila dekat budak-budak tu. Tu la penghidup semangat dan penghibur aku time aku sedih. Cuma aku je kadang-kadang tak peduli sangat pasal budak-budak ni. Bukan sebab apa, kalau aku layan budak-budak ni. Habis aku dia gusti. Dia orang pakat 5 orang hentam aku sorang. Mana larat bhai.. Hahaha... Tapi mereka la penghibur aku dikala sunyi...

# Kalau dulu sihat. Sekarang bertambah sihat..

Zaman Kecil-kecil

Assalammualaikum...  
Zaman sekarang zaman moden.. Semua serba maju. Segalanya, budak-budaknya maju. Kalau dulu zaman aku kecik-kecik.. Game yang aku main ialah congkak, tengteng, nyorok-nyorok. Dan yang paling extreme sekali masa zaman aku kecik tu ialah galah panjang tapi masa zaman aku dulu, member aku panggil galah gempur.. Kalau yang pernah main permainan tu.. Kira dia tu dah cukup lama la.. 

Tapi budak-budak sekarang tak sama macam zaman-zaman aku dulu, walaupun jarak umur aku tak berapa jauh.. Cukup aku kata mungkin tahun aku lahir tu mungkin 3rd generation sebelum zaman kegemilangan tu hilang... 


Zaman aku kecik-kecik dulu, kaki aku selalu bengkak sebab tak pakai selipar time main galah panjang atas jalan tar.. Memang best.. Tapi heran ape aku yang penting seronok... Paling aku tak boleh lupa, kakak aku yang dah tingkatan 2 masa tu pun masih main permainan tu.. Memang sempoi je masa tu... 

Tapi Alhamdulillah sekarang beliau telah menjadi surirumah yang berjaya... Senang cerita, siapa yang terdedah dengan permainan yang macam ni... Memang masa kecik-kecik dia memang amat sihat dan juga sangat hyperaktif. Thats why la zaman dulu tak ada budak-budak sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain..

Selasa, 18 Februari 2014

Presentation Bahasa Inggeris

Assalammualaikum.. Sebelum start apa-apa aku nak minta maaf sangat-sangat kerana aku sekarang dah malas sangat nak update blog.. Sampai berlumut header aku.. Lepas ni aku akan sental header aku bagi bertukar gupe... Ni semua gara-gara tenet yang macam cilake sikit... Al maklum la.. Kehidupan aku dekat sini bukan macam kehidupan aku yang dahulu... 

Kalau aku ni jenis mesra alam.. Boleh je aku bela sekor gajah yang ditangkap dibelakang ipt tempat aku belajar sekarang.. Memang samun belakang ipt ni.. Biji kelapa sawit, biji getah dan pelbagai lagi jenis biji lagi yang ada dekat belakang ni.. Tu la punca line tenet dekat kawasan ipt ni selow macam siput... Aku malas nak cerita panjang pasal ni.. Aku terus skip..

Alhamdulillah hari ni 18 Februari 2014... Dan hari ni adalah hari yang tak ada apa-apa special untuk aku... Dan aku saje sebut tarikh tu dalam entry aku ni... Supaya aku tak lupa tarikh entry ni aku update.. :D.. Aku nak habak sikit.. Yang aku rasa lapang sikit lepas assignment-assignment aku dah satel. Alhamdulillah... Minggu lepas pada 13 Februari 2014 aku ada satu presentation bahasa inggeris.. Fuhh!! Memang debar tahap cipan la masa tu.. 

Presentation tu, aku and the geng buat masak-masak ala ala cheff wan yang dekat tv selalu tu.. Aku jadi host rancangan, kononnye... Macam haram... Tapi halal... Memang kelu habis lidah aku sebut... Memang melayu habis aku punya sebutan.. Nasib baik aku dapat cakap dengan baik dan tak gugup... Sejak-sejak ni aku selalu berdebar dalam presentation.. Dan menjadikan aku susah nak buatkan orang faham.. Tapi alhamdulillah sekarang aku dah mula beranikan diri balik berbanding dulu....


Selasa, 4 Februari 2014