Assalammualaikum…
Hari ni 9 April 2013, genap 2 tahun ayah meninggalkan aku
dan juga genap 2 tahun umur anak buah aku iaitu Adam Haikal. Tanpa aku sedar
rupa-rupanya sudah 2 tahun aku kehilangan orang yang paling rapat dengan aku. Meskipun
beliau sudah tidak bersama aku lagi, aku perlu kuat untuk menjalani hari-hari
ni dengan kuat dan tabah.
Walaupun jauh sudut hati mengatakan bahawa aku rindu pada
ayah.. Namun aku terpaksa untuk berlagak seperti aku tidak merindui ayah…