Sabtu, 14 Ogos 2010

Memasang Kad Bunyi Baru

Kadangkala anda perlu menukar kad bunyi yang baru untuk menaikkan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh system komputer anda. Untuk menukar kad bunyi, anda perlukan kad bunyi yang baru dan pemutar skru Phillips.

1. Uninstall pemacu bunyi dari system komputer anda. Ini untuk mengelakkan berlaku konflik antara pemacu bunyi yang baru dengan pemacu bunyi yang sedia ada. Untuk uninstall pemacu bunyi, ikut langkah berikut:

Klik bebutang Start. Klik Control panel. Tetingkap Control Panel dipamerkan. Dwiklik ikon System. Tetingkap System Properties dipamerkan. Klik tab Hardware. Klik bebutang Device Manager untuk mempamerkan tetingkap Device Manager. Klik item sound, video and game controller untuk senaraikan item didalamnya. Klik-kanan pada item pemacu bunyi. Menu-pintas dipamerkan. Pilih ininstall untuk uninstall pemacu bunyi. Teruskan proses uninstall.

1. Tutup (switch off) komputer.

2. Tanggalkan plag komputer dari soket punca kuasa.

3. Buka penutup system unit.

4. Dengan menggunakan pemutar skru tinggalkan skru yang mengikut kad bunyi.

5. Keluarkan kad bunyi.

6. Pasang kad bunyi baru ke dalam slot yang sepadan pada papan induk.

7. Tolak kad bunyi sehingga kemas dan pasng skru.

8. Sambungkan wayar dari pemacu CD-ROM atau DVD-ROM ke kad bunyi.

9. Tutup unit system.

10. Start komputer.

Windows akan mengesan kehadiran kad bunyi yang b aru dan menggesa anda install pemacu kad bunyi yang baru.

*Ikut arahan dan restart komputer.

Anda telah Berjaya memasang kad bunyi yang baru.

Tiada ulasan: