Memaparkan catatan dengan label Karangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan. Papar semua catatan

Isnin, 28 Februari 2011

Karangan Budak Darjah 4

Panjang Tak Ade la panjang Sangat broo.
> Bonggol Pasir Kedah.
>
>
> Pagi itu pagi minggu.
> Cuaca cukup sejuk sehingga
> mencapai takat suhu beku.
> Sebab itu saya tidak mandi pagi
> sebab air kolah jadi air batu dan air paip
> tidak mahu keluar sebab beku di dalam
> batang paip. Pagi itu saya bersarapan
> dengan keluarga di dalam unggun api
> kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
> emak saya mengajak saya menemaninya ke
> pasar.
>
> Tetapi saya tidak mahu. Selepas
> emak menikam perut saya berkali-kali
> dengan garfu barulah saya bersetuju
> untuk mengikutnya. Kami berjalan
> sejauh 120 kilometer kerana pasar itu
> letaknya 128 kilometer dari rumah.
> Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya
> ternampak sebuah lori kontena meluru
> dengan laju dari arah belakang. Dia
> melanggar emak saya. Emak saya
> tercampak ke dalam gaung. Dia
> menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
> naik semula dan mengejar lori
> tersebut.
>
> Saya pun turut berlari di
> belakang emak saya kerana takut emak
> saya melanggar lori itu pula. Pemandu
> lori itu nampak kami mengejarnya. Dia
> pun memecut lebih laju iaitu sama
> dengan kelajuan cahaya. Kami pula
> terpaksa mengejar dengan lebih laju
> iaitu sama dengan dua kali ganda
> kelajuan cahaya. Emak saya dapat
> menerajang tayar depan lori itu. Lori
> itu terbabas dan melanggar pembahagi
> jalan lalu bertembung dengan sebuah
> feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang
> feri itu yang seramai 100 orang
> semuanya mati. Pemandu feri itu sangat
> marah.
>
> Dia pun bertukar menjadi
> Ultraman dan memfire pemandu lori.
> Pemandu lori menekan butang khas di
> dalam lori dia..lori itu bertukar
> menjadi robot Transformer. Mereka
> bergaduh di udara. Emak saya tidak
> puas hati. Dia pun terus menyewa
> sebuah helikopter Nuri dari TUDM
> Genting Highlands
>
> dan terus ke tempat kemalangan. Dia
> melanggar pemandu feri yang telah
> bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
> feri itu terkejut dan terus bertukar
> menjadi pemandu feri semula lalu
> terhempas ke jalanraya. Pemandu feri
> itu pecah. Pemandu lori sangat takut
> melihat kejadian itu. Dia meminta maaf
> dari emak saya. Dia menghulurkan
> tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya
> masih marah. Dia menyengetkan
> helikopter Nuri nya dan mengerat tangan
> pemandu lori itu dengan kipas
> helikopter. Pemandu lori itu
> menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
> Emak saya menghantar helikopter itu ke
> TUDM Genting Highlands. Bila dia balik ke
> tempat kejadian, dia terus memukul
> pemandu lori itu dengan beg tangannya
> sambil memarahi pemandu lori itu di
> dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
> itu tidak dapat menjawab sebab emak
> saya cakap orang putih. Lalu pemandu
> lori itu mati.
>
>
> Tidak lama kemudian
> kereta polis pun sampai. Dia membuat
> lapuran ke ibu pejabatnya tentang
> kemalangan ngeri itu. Semua anggota
> polis di pejabat polis itu terperanjat
> lalu mati. Orang ramai mengerumuni
> tempat kejadian kerana ingin
> mengetahui apa yang telah terjadi.
> Polis yang bertugas cuba menyuraikan
> orang ramai lalu dia menjerit
> menggunakan pembesar suara. Orang
> ramai terperanjat dan semuanya mati.
>
> Selepas itu emak saya mengajak saya ke
> pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
> yang akan mati. Di pasar, emak saya
> menceritakan kejadian itu kepada
> penjual daging. Penjual daging dan
> peniaga-peniaga berhampiran yang
> mendengar cerita itu semuanya terkejut
> dan mati. Saya dan emak saya terus
> berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
> penat sebaik saja sampai di rumah kami
> pun mati. Itulah kemalangan yang
> paling ngeri yang pernah saya lihat
> sebelum saya mati.
>

- ih ih iiihhh anak sappa la nih... tak dan minta
petolongan GABAN.