Khamis, 23 Disember 2010

Cerpen : Biarkan Cinta Itu Pergi


Nama Pena : nurin_saffiya

" Ya ALLAH, kenapa Naim tipu aku macam ni" rintih hati Nur Addina Amir.
Dina memandang orang-orang sekeliling di dalam makmal komputer. Dia cuba menahan sebak dan air mata. Dengan langkah yang longlai, Dina beredar dari makmal komputer. Masih terbayang-bayang titipan manis Naim buat seorang gadis dalam laman Friendster.

Mohamad Naim Iman, jejaka yang berjaya menawan hati Dina sejak Tingkatan 4. Walaupun cinta mereka cinta jarak jauh, tetapi telefon awam menjadi penghubung kasih selama Dina di asrama penuh dahulu. Wang syiling yang dikumpul hasil berjimat cermat duit poket diguna. Walau seminggu 10 minit sudah berbaloi bagi Dina untuk mendengar suara kekasih hatinya.

Dina duduk di laluan pejalan kaki DPP Bank Muamalat seorang diri. Fikirannya amat runsing. Dia cuba menghubungi Naim untuk mendapatkan kepastian tetapi hampa. Panggilannya tidak dijawab. Berderai air mata Dina mengenangkan perbuatan Naim.

"Alamak, aku kena pi kelas Sejarah dan Falsafah Pendidikan ni", Dina mengesat air mata yang dari tadi tidak henti-henti dan berjalan menuju ke perhentian bas.
"Dina, napa orang tengok mata awak bengkak ja ni?" tanya Hana, rakan sekelasnya.
" Tak dak pa la Hana, orang tidoq lambat semalam" Dina berkata lalu menaiki bas biru UNIC untuk ke kuliah. Dina menghenyakkan badan ke seat tepi tingkap. Lalu merenung ke luar tingkap tanpa makna.
"Napa orang yang aku sayang buat aku macam ni? Apa salah aku?" pelbagai persoalan timbul dari ruang benak Dina. Fikiran Dina menerawang entah ke mana.
"Dina, jom turun. Kita da sampai kat dewan kuliah ni" ajak Hana yang dari tadi hanya memerhati Dina. Tidak berani untuk bertanya kerana Hana tahu Dina dirundung pilu. "Ha, dah sampai ka?" terpinga-pinga Dina yang baru sedar di dunia nyata.

Dina dan Hana jalan beriringan ke DKG 1/8. Masing-masing hanya diam membisu.
"Laa, batal plak kuliah harini. Napa la En. Suhaimi ni baru tampal notis. Dah rugi 2 point bas aku ni.." bebel Hana keseorangan.
"Napa Hana?" Tanya Dina yang masih tidak nampak notis yang ditampal di pintu dewan kuliah. Hana hanya menunding jari kearah pintu.
"Hana nak pi mana-mana ak ni? Kalau tak mau, kita balik teruih ja la" ajak Dina.
"Emm, orang rasa nak pegi Hop-in jap..nak print note..tapi takpe la, orang print kat lab Muamalat ja la" balas Hana.

Sambil berjalan Hana dan Dina berborak-borak kosong. Hana perasan perubahan diri Dina yang selama ini periang. Senyuman ‘plastik’ Dina dapat dikesan Hana. Lalu dikumpul keberanian untuk bertanya kawannya yang baru sebulan dikenali sejak mereka melangkah ke bumi Sintok.
"Dina, boleh orang tanya something kat awak ak?" Tanya Hana dengan berhati-hati.
"Apa? Tanya la Hana..awat macam takut-takut ja ni..Dina tak penah makan orang lagi la" kata Dina sambil tersenyum ‘plastik’.
"Dari tadi lagi Hana pasan Dina macam da masalah ja..cita la kat Hana" pinta Hana..
Tiba-tiba riak wajah Dina berubah. "Emm, masalah yang tak tau kepastian lagi..nak cita pon tak tau pala ekoq lagi..tapi bab-bab hati Hana" kata Dina dalam suara yang pilu.
"Jom Hana, bas kita dah ada tu..kalau penuh, kena tunggu hat len plak" kata Dina yang seolah-olah hendak menukar tajuk perbualan. Dina mengorak langkah dengan laju, meninggalkan Hana di belakang. Hana cuba mengejar Dina yang sudah hampir ke perhentian bas.

"Dina, kita duduk kat belakang sekali la" ajak Hana. "Ok gak, boleh rasa cam nek kuda" gurau Dina untuk menutup kesedihannya.
Sambil menunggu bas UNIC penuh dengan pelajar-pelajar lain, Dina mendengar lagu dari telefon tangannya. Lagu ‘Istimewa’ yang dinyanyikan kumpulan Indigo dipilihnya.

Walau kukembara sedunia…
Walau ketemu ramai wanita..
Nyata kau tiada tandingannya…
Seikhlas hati aku menyinta..
Kau istimewa..
Teristimewa..

Dina mengamati bait-bait lagu yang penah dikirimkan Naim melalui Voice SMS sewaktu dia di Kolej Mara Kuala Nerang. Lagu yang membuktikan bahawa Naim akan setia walau di mana dia berada. Tapi semuanya palsu belaka, hanya janji insan yang pandai berkata-kata.
Air mata Dina tumpah kembali. Cepat-cepat Dina kesat dengan hujung lengan baju kurungnya, bimbang kalau ada orang memerhatikannya.

"Mak Su Dina, jom beli makanan kat Café Mak Ndak" ajak Hana apabila sampai di perhentian bas DPP Yayasan Al-Bukhary.
"Isk, mak su lak dia ni..awak pi la beli makanan kt situ..orang cam ngidam nak makan nasi tomato Pak Lang la" elak Dina yang sebenarnya mahu terus pulang ke bilik.
"Ok la, awak pegi la beli kat Pak Lang kesayangan awak tu..jalan elok-elok..kalau jatuh longkang, kua sendiri k?" Hana cuba untuk menggembirakan Dina. Dina melemparkan senyuman dan berjalan pulang ke dewan penginapannya.

Setelah sampai ke bilik, Dina menanggalkan tudung dan terus berbaring. Jam di tangannya dikerling. Baru pukul 12.30 tengahari. Hatinya masih tidak tenang jika tidak mendapatkan kepastian dari orang yang amat dia sayangi. Lalu dicapai telefon tangan di dalam beg kuliahnya.019-4931683 cuba dihubunginya berkali-kali. Akhirnya panggilannya dijawab juga.

"Assalamualaikum Dina, maaf tau..abang kluaq tadi..terlupa plak nak bawak handphone..da pa ni sayang??..tanya Naim yang masih tidak mengerti.
"Huuu.." Dina tak mampu berkata-kata, air mata tumpah ke pipinya.
"Napa Dina teriak ni?? Sayang da masalah ka?" Naim tertanya-tanya.
"Abang, napa buat Dina macam ni? Apa salah Dina kat abang sampai abang sanggup duakan Dina?" terkesima Naim mendengar soalan yang muncul dari mulut Dina.
"Emm.." kelu lidah Naim untuk berkata-kata. Rahsia yang selama ini dia simpan akhirnya terbongkar oleh Dina sendiri. Dia cuba untuk mencari jawapan untuk mengelak.
"Dina tau mana ni, Abang duakan Dina ngan sapa plak?..isk, sapa plak dok crita ni" bohong Naim.
"MasyaALLAH, cukup la abang..Dina bukan buta teknologi sangat..apa yang abang komen kat Friendster Kak Dhiya tu..please abang, terus terang ja la..Dina da penat nak tanggung semua ni.." agak tinggi nada suara Dina sehingga mengejutkan Naim. Tidak penah walau sekali Dina tinggikan suaranya waktu bercakap dengan Naim.
"Dina, Abang mintak maaf Dina..Abang bohong Dina sebab Abang tak mau kecewakan Dina..Sebenaqnya dah 4 bulan Abang bercinta ngan Kak Dhiya..Abang mintak maaf sangat-sangat" Naim berkata dengan nada penuh bersalah.
"4 bulan Abang bohong kat Dina??..selama ni Dina ingat Abang kawan ja ngan Kak Dhiya tu..Dina tak penah larang Abang kawan ngan sapa-sapa pon, tapi napa Abang salah guna kepercayaan Dina " luah Dina yang hanya mampu melinangkan air mata.
"Sudah la Abang, Abang pikiaq la elok-elok..Apa makna Dina dalam hidup Abang selama ni..Assalamualaikum" terus Dina mematikan talian.
Dina melihat Bear2 pemberian Naim sewaktu ulangtahun kelahirannya yang ke-17..dipeluk erat Bear2 yang selama ini jadi teman di kala suka duka.

Nurul Mardhiya, gadis bertudung litup yang Dina lihat gambarnya dari telefon tangan Naim. Dina terima apabila Naim perkenalkan Kak Dhiya sebagai bekas rakan sekolah menengah Naim. Beza umur Dina dan Kak Dhiya hanya setahun. Dina tidak menyangka gadis yang dia hormati seperti kakaknya sendiri sanggup merampas cintanya. Dina sedar kekurangan diri. Dina hanya gadis kampung biasa, berkulit sawo matang dan perwatakan sederhana. Tapi, dia juga ada hati dan perasaan. Berbeza dirinya dan Kak Dhiya yang cantik. Gadis yang bertudung litup yang selalu Naim harapkan selama ini.

Dina sudah sedaya upaya berubah demi Naim. Sedikit demi sedikit. Tapi Naim tidak penah sedar akan perubahan diri Dina. Masih teringat-ingat kali terakhir mereka berjumpa, Naim asyik menunjukkan wanita yang bertudung litup yang berada Perhentian Bas Pekan Rabu. Katanya wanita-wanita itu cantik seperti Kak Dhiya. Dina agak terasa kerana nama Kak Dhiya asyik melekat di bibir Naim. Menyedari kekurangan diri, Dina hanya mendiamkan diri.

"ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR" azan Zohor berkumandang. Dina tersedar dari lamunan lalu bingkas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dina masih ingat pesanan dari ibunya, jangan meninggalkan solat. Dina tahu tempat paling baik untuk mengadu adalah kepada-Nya. Solat dapat menenangkan hati manusia.
Usai mengerjakan solat, Dina memohon doa kepada ALLAH supaya diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran serta diberikan ketenangan jiwa kepadanya.
Dina termenung memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik buat dirinya dan orang lain.

"Mungkin aku boleh berbincang dengan Kak Dhiya" terdetik didalam hati Dina.
Dina menghantar SMS kepada Kak Dhiya.
Salam k.dhiya..sy Dina..sy rs akak da knl Dina..maaf la klu gngu k.dhiya..i think we need 2 talk
SMS Dina dibalas.
Waalaikumsalam Dina, akak knl Dina..akak baru hbs kelas nie..akak mintak maaf ats apa yg b’laku..mmg slh akak n Naim..tp akak t’lalu sygkn Naim n xnk b’psh..akak da bgtau Naim yg akak xkn lpskn dia..dia cinta pertama akak..
Dina terkesima dengan balasan SMS itu.
Akak, Dina hrp akak fhm situasi Dina skrg..kta sma2 prmpn..klu boleh Dina xnk hbgn 3taon lbh yg Dina bina msnh cm2 ja..Dina sggup klu kta b’kongsi ksh..
Bertakung air mata Dina. Wanita mana yang sanggup berkongsi kasih.
Akak fhm Dina..tp akak xsggp b’kongsi...akak tkot xadil..biaqla Naim sndri wt kptsn..akak arp kita bleh trima kptsn Naim nnti..
Dina memberi membalas dengan tenang
Trima ksih akak ats sgala2nya..Dina akan trima kptsn yg Naim akn wt nnti..Salam..
…………………………………***……………………………

Selama dua hari Naim hanya mendiamkan diri. Dina memberikan masa yang cukup untuk Naim membuat keputusan. Selama itu juga Dina banyak berfikir dan berdoa kepada-Nya. Dina sendiri mengumpul segala kekuatan dalam dirinya.

SMS yang dihantar oleh Kak Adriana dibaca
Dik, npa jd cmni? Tp xpyh la adik serabut2 pkir psl bnda 2..adik da fmly yg slalu support adik..igt jnji Allah..smua kta da jdoh msing2..mybe u r deserved a better men..mgkn da hikmah apa yg b’laku..sbQ ya, akak tahu adik kuat..

Dina berulang-ulang kali membaca mesej itu. Seperti ada satu semangat datang ke dalam dirinya. Kata-kata kakak kandungnya itu ada benarnya. Dia masih ada tanggungjawab yang lagi besar kepada Maha Esa dan keluarganya. Dia sendiri telah berjanji akan sanggup melepaskan kasih sayang Naim jika hadir wanita yang lagi baik daripada dirinya.
………………………………***……………………………

Selepas solat Isyak, Dina terus merebahkan diri di ruang tamu rumah kakaknya kerana badannya terlalu lemah. Sudah dua tiga hari tidur dan makan Dina tidak teratur. Nasib cuti pertengahan semester sudah bermula. Bolehlah dia berehat. Dina terlelap akhirnya.

"Ya Allah, da pukul 11.45 da" pandang Dina ke jam dinding setelah terjaga dari tidur.
Dina melihat telefon tangan disebelahnya. Tertera 1 Message Received di skrin. Dina membuka SMS yang dihantar oleh Naim itu.
Salam sayang..Abg mntk maaf sgt2 syg..abg syg sgt2 kt syg..abg xsgka akn jd mcm nie..abg sdr slh abg sbb duakn cnta syg..abg t’pksa wt kptsn..abg pilih NURUL MARDHIYA...abg arp syg dpt trima kptsn abg nie..maafkn abg..

Dina hanya tersenyum nipis. Setitik air mata pun tidak gugur. Dina sudah dapat menjangka keputusan yang dibuat oleh Naim. Dia sendiri sudah bersiap sedia untuk menerima segala yang akan bakal terjadi. Dia sedar tidak guna menitiskan air mata kerana orang yang tidak menghargainya. Dia masih ada Allah, ibu bapa, keluarga dan kawan yang masih menyayanginya.

Dina menghantar SMS kepada Kak Dhiya.
Salam k.dhiya..tahniah akak..Dina doakn akak bahagia b’sma Naim..Dina nk mntk kbnrn utk call Naim sat ya..trima ksh..Salam
SMS Dina dibalas.
Akak mntk maaf Dina..Naim da wt kptsn..OK Dina call la dia..

Dina terus mendail untuk bercakap dengan Naim
"Salam Im, maaf ya mengganggu..IM buat apa tu? Dina cuma nak mintak maaf kalau ada salah Dina selama kita kenal..halalkan apa yang Im bagi kat Dina..Tima kasih sebab mengajar Dina satu benda yang amat berharga.. Im tak payah la risau pasai Dina lg..Dina da besaq..Dina akan teruskan hidup Dina nie.." kata Dina dengan perasaan yang bercampur baur.
Naim seperti kelu untuk berkata-kata. "Waalaikumsalam Dina, Im baru balik dari stadium ni tengok bola..Im mintak maaf sebab kecewakan Dina..Im terpaksa buat pilihan.. Im buntu sebab Dina dan K.Dhiya tak dak kurang tang mana-mana pon..Maafkan Im ya.."

"Tak pa Im mungkin tak dak jodoh kita..Dina doakan Im dan K.Dhiya bahagia..Assalamualaikum.." kata-kata terakhir Dina untuk Naim pada 13 Ogos 2008. Hari genap 3 tahun 5 bulan mereka menjalin cinta dan akhirnya musnah.
………………….***…………………………

Ingatla kawan-kawan…
Biarkan cinta itu pergi…
Cinta yang sejati akan kembali…
Kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati…
Yang akhirnya akan terpateri…
Walau apapun ingatkan dalam hati…
Cinta agung hanya dari Illahi..
Yang akan kekal abadi..
~nurin_saffiya~

Rabu, 22 Disember 2010

Usia Perigi Zam Zam


Dari zaman Nabi Ibrahim dan Ismail hingga ke zaman sekarang, lebih kurang sudah 5000 tahun usia perigi zam-zam. Dalam satu kiraan lain pula, jarak masa antara Nabi Ibrahim dengan Nabi Musa ialah 1000 tahun. Jarak masa antara Nabi Musa dengan Nabi Isa pula 1900 tahun. Jarak masa antara Nabi Isa dengan Nabi Muhammad ialah 569 tahun. Dicampur jumlah ke semua masa ialah 3469 tahun. Usia Nabu Muhammad 53 tahun. Sebelum hijrah dan selepas Hijrah sehingga sekarang 1424 tahun. Kesemuanya berjumlah 4946 tahun. Ditolak pula dengan 99 tahun umur Nabi Ibrahim. bermakna 4847 tahun

Selasa, 21 Disember 2010

Sebuah cerita sedih

Kisah ini berlaku kat Ampang...
Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini
ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.
Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan
anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia
akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.
Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima
lelaki ini dengan seadanya.
Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan
cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan
keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari
sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju
pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak
mengendahkannya.
Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan
percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah
perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada
kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun,
darah tetap ada...
Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak,
malang akan menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan
tetapi, darah itu tetap adaa...
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut
dan perempuan itu pun pengsan..
Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"
Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang
besar, beli kat kedai.....

hehehehhhhehehehhhihihihhiiiiiiiiiie......(mengilai dengan penuh kegembiraaan)




Hidup ini penuh pancaroba ....Kiri kanan masaalah saja....
Janganlah derita kerna cinta...kerana cinta bahagia.....

Alangkah indah kita dicinta....Kerna hidup kita lebih bahagia...

http://www.jomlayan.com/

Adakah Cinta Perlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami
dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Diari Hati Firdaus


Nama Pena : bintang itu indah

Diari biru tua itu dipeluk erat. Inilah dia tanda kasih Firdaus buatnya. Tanda sayang yang tidak berbelah bagi. Air matanya menitis lagi. Firdaus. Sebuah nama yang telah mengubah pandangannya terhadap kehidupan. Insan yang tidak pernah lokek dengan senyuman dan sentiasa ceria walaupun beban yang terpaksa dipikul amatlah besar.

Insyirah masih memeluk erat diari biru tua pengikat kasih mereka. Kasih yang bersemi kerana Tuhan Yang Esa, kasih yang membuahkan kuntum-kuntum persahabatan sehingga ke akhirnya. Sungguh! Insyirah dihambat rasa pilu yang menusuk tajam bagaikan sembilu. Mampukah dia menemui insan semulia Firdaus lagi? Mampukah dia mencari pengganti? Diari usang itu diselak lagi.

************************

10 Mac 2006
Hari ini hari pertama aku menjejakkan kaki ke SMK(P) Raja Zainab. Sekolah yang pada aku, terlalu berbeza dengan suasana sekolah lama. Pelajar-pelajarnya nampak jauh lebih 'up-to-date' daripada sahabat-sahabatku. Mampukah aku membiasakan diri dengan suasana baru ini? Mampukah aku menjalani hidup dengan mereka? Ya Allah…bantulah aku dalam menyesuaikan diri di tempat baru. Permudahkanlah urusanku, Ya Allah…amiiin…

*************************

Insyirah tersenyum. Firdaus risau dengan suasana baru di sekolah mereka. Kenapa riak wajahnya tidak pernah menceritakan perasaannya? Insyirah menggeleng perlahan. Pembacaan masih diteruskan.

*************************

15 Mac 2006
Segala urusan dengan pihak pentadbiran sekolah sudah selesai. Alhamdulillah…terima kasih, Ya Allah…kerana memudahkan urusan hambamu ini. Hari ini juga aku mendapat sahabat baru! Cantik orangnya. Berkulit putih dan mudah kemerah-merahan ketika berada di bawah terik matahari. Siapa ye namanya…? Syirah…? Hm…lebih kurang begitulah. Maaf, sahabat. Aku masih belum mampu mengingati namamu.

***********************

Insyirah mengesat air mata yang bergenang. Nama itu. Hanya Firdaus yang memanggilnya dengan panggilan Syirah. Firdaus. Kenapa segalanya berlaku terlalu pantas? Kenapa kau pergi saat diri ini belum memohon kemaafan daripada mu? Saat diri ini belum meluahkan rasa sayang dan rasa syukur kerana dipertemukan dengan mu? Insyirah membuang pandangan ke luar tingkap.

Kepulan-kepulan awan yang putih dan bersih. Firdaus juga pernah berangan-angan untuk sama-sama melanjutkan pelajaran ke negara orang. Sama-sama menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air ketika cuti panjang. Sama-sama mendarat di lapangan terbang menantikan ahli keluarga yang datang menjemput. Tapi kini, diri ini berseorangan. Berseorangan meneruskan hasrat dan impian bersama.

Ah…kenapa segala-galanya harus mengingatkan diri ini akan dia? Dia yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Ya Allah…ampunkan aku. Betapa aku berdosa kerana tidak dapat menerima ketentuanMu. Kerana masih menangisi pemergian insan semulia dia. Insan yang terbaik, yang sukar untuk ditemui lagi…

Air mata jernihnya mengalir lagi. Namun, pembacaan masih diteruskan. Kali ini Insyirah menyelak lebih jauh kebelakang. Tangannya terhenti pada sekeping gambar yang terlekat kemas pada helaian muka surat diari Firdaus. Gambar sekumpulan remaja yang lengkap dengan telekung sembahyang.

****************************

10 Oktober 2006.
Gambar kenangan selepas program solat hajat untuk SPM. Dari kanan: Nisa,Mawar, Aku, Syirah, Teha dan Khai.
'Sahabat-sahabatku, ketahuilah kalian…bahawa Fir amat menyayangi kalian. Kalian telah mengajarkan Fir akan rasa-rasa dalam kehidupan. Terima kasih kerana sentiasa bersama Fir. Melayan karenah Fir, menjaga Fir ketika Fir tidak sihat. Fir hargai segala apa yang pernah kalian lakukan untuk Fir. Fir tidak akan mampu membalasnya. Fir berdoa…agar ikatan persahabatan antara kita berkekalan sehingga akhir hayat Fir. Fir sayang kalian…'

***********************

Insyirah sudah tidak dapat membendung kepedihan hatinya. Diari biru tua itu ditutup pantas. Air matanya mengalir laju. Laju, laju dan laju seperti tidak mampu berhenti lagi. Fir…Syirah pun sayangkan Fir. Kami semua sayangkan Fir. Kenapa Fir pergi tanpa sempat Syirah katakan semua ini? Fir, maafkan Syirah. Ampunkan Syirah, Fir. Syirah dah banyak sakitkan hati Fir…

Pesawat mendarat tepat seperti yang dijadualkan. Insyirah melangkah dengan penuh kesayuan. Kelibat insan-insan yang dikasihi masih belum kelihatan. Dalam perjalanan barangkali. Mata Insyirah meneroka keseluruh kawasan airport. Ya, inilah dia tanah air yang telah lama ditinggalkan. Ditinggalkan demi sebuah cita-cita. Cita-cita mereka.

Insyirah mengambil tempat disebuah bangku yang agak tersorok. Dia selesa begitu. Memerhatikan tingkahlaku dan gelagat manusia. Pertengkaran kecil antara sekumpulan remaja belasan tahun menarik perhatiannya. Enam orang semuanya. Masing-masing dengan pakaian kasual kecuali seorang berpakaian sopan berbaju kurung. Mereka bertengkar. Apa yang terjadi ya?

Gelagat kumpulan itu masih menarik perhatiannya. Pandangannya terkunci pada setiap apa yang mereka lakukan. Pertengkaran anak-anak remaja. Tentang apa agaknya? Insyirah masih berfikir. Sesekali berlaku adegan 'tarik-tolak' antara mereka. Yang berbaju kurung itu tenang menghadapi semua amarah rakan-rakannya. Riak wajah langsung tidak menunjukkan rasa marah.

Tenang menghadapinya seorang diri walaupun ketika itu tiada seorang pun yang bangkit membela. Kemudian, mereka semua beredar meninggalkan gadis berbaju kurung sendirian. Hati Insyirah terdetik untuk mendekatinya. Setelah membetulkan sweater yang membalut tubuh, Insyirah berjalan ke arah gadis berwajah tenang itu.

"Assalamualaikum. Boleh akak duduk sini?" tegur Insyirah ramah sambil memegang kerusi kosong di sebelah gadis tersebut.

"Waalaikumussalam. Boleh, duduklah kak," jawabnya lembut.

"Nama akak Syirah. Boleh akak tahu nama adik?" Insyirah menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Jannah. Nama saya Jannah," Jannah menyambut huluran tangan Insyirah dan menciumnya tanda hormat.

"Jannah sendiri? Mana yang lain? Family?"

"Jannah datang dengan kawan sekolah. Tapi…" tanpa sempat menghabiskan kata-kata, sebutir permata jernih jatuh daripada tirai matanya. Jannah cepat-cepat mengesat air mata yang mengalir. Bibirnya mengukirkan sebuah senyuman pahit yang jelas pada pandangan Insyirah.

"Sudah la, dik. Maafkan akak sebab bertanya. Akak dah nampak semuanya tadi. Akak minta maaf. Akak tahu, akak tak sepatutnya sibuk hal adik. Tapi, kalau adik tak keberatan, adik boleh cerita dekat akak. Manalah tahu, akak boleh bantu."

"Tak apa, kak. Kalau Jannah jadi akak pun Jannah tengok. Yelah, orang buat drama dekat tengah-tengah airport, apa kes," jawab Jannah masih cuba menceriakan suasana.

Insyirah terdiam. Sedar tuan punya diri tidak ingin berbicara lanjut mengenai pertengkaran yang berlaku sebentar tadi. Dia tidak ingin memaksa. Tetapi hatinya pedih melihat situasi tadi. Pilu andai gadis ini juga 'pergi' tanpa sempat rakan-rakannya memohon kemaafan. Kalaulah gadis itu sama nasib seperti Firdaus, rakan-rakannya tentu akan menjadi seperti dirinya. Dihantui rasa berdosa.

"Adik, nak tahu tak? Dah lama akak tak balik Malaysia. Empat tahun. Empat tahun merantau ke negara orang. Belajar macam-macam perkara. Kawan baru, pengalaman baru, suasana baru…"

"Seronoknya, kak! Bertuah akak dapat menjejakkan kaki ke tempat orang. Tercapailah cita-cita akak, kan?" Jannah tersenyum memandangnya.

"Ya, lebih kurang macam tu la agaknya. Cita-cita akak, cita-cita kawan akak. Kami memang berhasrat nak pergi sama-sama. Sejak form 5 lagi dah ada perancangan. Detail. Kata kawan akak, matlamat kena jelas, baru kita dapat capai," Insyirah terus bercerita. Berada bersama Jannah membuatkan dia teringat kisah pada zaman persekolahan. Sesekali Insyirah tergelak mengenangkan kenakalan semasa remaja dulu. Jannah juga begitu.

"Kawan akak ni berfikiran matang la. Selalu bertindak seperti seorang kakak. Mesti dia sayang sangat dekat kawan-kawan dia…kn?" ceria Jannah bertanya. Kakinya dihayun perlahan. Mungkin membayangkan wajah insan yang banyak meninggalkan kesan kepada kakak yang dipanggil Kak Syirah itu.

"Memang, dik. Dia sayang sangat dekat kami. Kami pun sayangkan dia. Allah pun sayangkan dia," Insyirah cuba mengawal suaranya yang hampir hilang akibat menahan sebak.

"Dia tak jadi pergi dengan akak ke? Mana dia kak? Jannah pun nak jumpa dia," katanya keanak-anakkan. Badannya dipusingkan memerhati sekeliling. Mencari-cari insan yang berpenampilan seperti kakak barunya itu.

Insyirah tersenyum pahit. Jelas Jannah tidak faham maksudnya tadi. Bagaimana harus dia meneruskan? Bimbang andai air mata ini mengalir lagi tanpa henti. Ah…air mata ini begitu murah sejak beberapa minggu yang lepas. Sejak Firdaus 'pergi' meninggalkan dirinya sendirian.

"Dia tak ada, dik. Dia mungkir janji yang telah kami buat. Pada hari kami sepatutnya berlepas, dia batalkan hasratnya." Insyirah membuka lipatan sejarah silamnya. Segalanya akan terbentang kembali. Seperti filem yang diulang tayang, segalanya masih jelas dalam kotak ingatan Insyirah. Perasaan itu masih segar. Seperti baru berlaku semalam.

"Kami mula bersahabat sejak tingkatan 5. Waktu itu, dia baru masuk sekolah akak. Penampilan dia lain sangat. Bertutup penuh. Tapi dia tak ada la berpurdah," sempat Insyirah berseloroh sebelum meneruskan cerita.

"Mula-mula akak tak pernah terlintas pun nak kawan dengan dia. Akak rasa dia tu macam pelik. Yelah, pukul 9 pagi baru nak solat. Padahal masa tu akak tak tahu, solat yang dia buat tu solat sunat. Solat Dhuha. Pemikiran akak masa tu cetek pasal benda-benda ni. Dah la pakai tudung labuh gila. Pakai t-shirt pun labuh. Kalau tak pakai t-shirt, pakai jubah. Macam membosankan." Air mata yang mula bergenang diseka pantas.

"Tapi lepas dia tegur akak, kami jadi kawan. Akak seronok kawan dengan dia, dik. Tapi akak tak pernah cakap dengan siapa-siapa. Akak malu kalau kawan-kawan akak tahu. Mesti kawan-kawan akak ketawakan akak. Yelah, selama ni akak tak suka dia. Dia terlalu berbeza daripada kami. Akak takut diorang tak dapat terima. Lagipun, pengaruh akak kuat masa itu. Akak fikir, kalau akak kawan rapat dengan dia, populariti akak jatuh.

Rupanya akak silap, dik. Kawan-kawan akak semua boleh terima dia. Dia lembut. Bersopan dalam segala hal. Tak pernah menyakitkan hati kami. Cakap pun sentiasa berhemah. Macam adik akak yang baru ni," jelas Insyirah sambil menepuk peha Jannah. Jannah tersenyum malu.

"Masa kawan-kawan akak terima dia dalam group kami, akak marah. Bukan marah betul. Saja nak tunjuk ego. Padahal, akak seronok sangat. Memang macam kanak-kanak. Tak matang langsung pemikiran," Insyirah ketawa kecil. Dia meneruskan penceritaan.

"Akak nampak wajah dia berubah. Mesti dia sedih sebab akak buat macam tu. Tapi dia tak tunjuk. Sentiasa tersenyum. Sejak dia masuk group kami, kami mula berubah. Dah tak pakai baju-baju 'baby', dah mula pakai baju lengan panjang, tapi masa tu masih belum bertudung.

Dia selalu tegur. Akak ingat lagi ayat dia sebelum tegur. 'Fir bukanlah baik sangat, tapi Fir just nak jalankan tanggungjawab Fir sebagai seorang Islam. Awak salah, Fir tegur…Fir salah, awak tegur. Okay? Sekarang Fir nampak awak salah, jadi Fir nak tegur…boleh kan?' Skema kan ayat dia? Tapi akak suka. Jelas, tegas dan tidak menyakitkan.Kami rapat. Kami semua. Enam orang. Macam Jannah dengan kawan-kawan tadi. Mesti rapat, kan? Kalau tak, tak kan bergaduh." Jannah tersenyum mendengar kata-katanya.

"Masing-masing berhasrat nak belajar dekat tempat orang. Kami semua mohon Universiti yang sama. Jurusan yang sama. Menarik kan kalau dapat? Tapi sayang. Hanya akak dan dia sahaja yang berjaya mendapat tempat. Tapi kami semua gembira. Sekurang-kurangnya ada yang dapat meneruskan impian kami.

Bila dia tak jadi pergi, kami marah. Marah sangat. Lebih-lebih lagi akak. Akak kecewa. Dia yang menyebabkan akak berjaya. Dia cikgu akak. Kalau dia tak pergi, akak rasa lemah. Dia mungkir janji. Kami gaduh besar. Akak tak dapat terima. Rasa ditipu. Sikit pun akak tak bagi peluang untuk dia membela diri. Akak tak dengar penjelasan dia. Sebab masa untuk berlepas dah dekat, semua pun dah lengkap, akak terus pergi. Akak pergi tanpa sempat dia jelaskan alasan dia," hanya sendu yang menemani ceritanya. Jannah di sebelah turut mengalirkan air mata. Tiada kata-kata untuk menceriakan.

"Jannah, akak rasa berdosa sangat. Berdosa sebab layan insan sebaik dia macam tu. Jannah tahu kenapa dia tak pergi? Sebab dia tak ada duit. Dia tak ada duit! Sejak awal perkenalan kami, dia tahu impian akak. Impian kumpulan akak. Dan dia juga tahu, betapa keluarga akak membantah keras impian ini. Baiknya dia, Jannah, dia pujuk keluarga akak. Akak tak tahu apa yang dia katakan sehingga keluarga akak izinkan akak pergi. Akak betul-betul tak tahu. Dia bantu akak belajar. Dia pelajar yang bijak. Pintar. Banyak yang akak tahu daripada dia.

Kami buat studygroup, tanya cikgu, pergi kelas tambahan, perpustakaan tu dah jadi macam rumah kedua kami. Akak ingat, cita-cita kami sama. Akak silap rupanya, dik. Cita-cita kami sama, tapi tak serupa. Akak nak kami sama-sama belajar di tempat orang, tapi dia nak tengok akak belajar di tempat orang. Dia? Dia tak mampu. Cukuplah dia dapat tengok kami berjaya.

Baik kan dia? Disebalik ketenangan dia, rupanya ada beban yang terpaksa dipikul. Keluarga dia susah. Dia kehilangan tempat bergantung sejak darjah 5. Dialah ibu dan ayah bagi satu-satunya adik dia. Mereka tinggal dua beradik. Besarnya tanggungjawab dan amanah dia, Jannah. Akak rasa berdosa. Berdosa kerana tidak pernah bertanya mengenai keluarga dia. Berdosa kerana tidak pernah mengambil tahu tentang kehidupannya.

Siapa yang mampu menjangka segalanya? Dia terlalu berahsia. Ceria dan tenang. Tidak pernah kelihatan riak sedih diwajahnya. Wajah yang bersih dan berseri. Saat akak berlepas, sebenarnya mereka dua beradik baru kehilangan tempat tinggal. Rumah yang diduduki perlu dikosongkan segera kerana sudah ada penyewa baru. Tiga bulan kami bersengkang mata mengulangkaji pelajaran, rupanya menjadi penyebab kegagalannya melunaskan sewa.

Dia berhenti kerja selepas waktu persekolahan kerana apa? Kerana ingin membantu kami mencapai impian! Sedangkan mereka dua beradik? Ya Allah…akak berdosa, dik. Akak berdosa kepada dia dan adiknya," Insyirah terus menekup mukanya dengan tangan. Malu dengan ketidak prihatinan diri terhadap insan yang terlalu baik terhadapnya.

"Akak, boleh Jannah tanya?" soal Jannah sambil mengesat air mata. Tangan Insyirah diturunkan dan dipegang lembut.

"Ada apa, Jannah? Tanyalah," jawab Insyirah masih dalam sendu.

"Akak tahu tak siapa nama adik kawan akak?" Jannah masih menggengam erat tangan 'kakak'nya itu.
"Tahu. Dulu akak ingat. Tapi sekarang akak dah lupa. Nur. Kalau tak silap akak, nama dia Nur. Kenapa dik?" Tanya Insyirah pelik.

"Jannah rasa, Jannah kenal adik dia. Dan Jannah rasa, akak tak perlu rasa bersalah walau apa pun yang telah akak lakukan terhadap dia dulu. Jannah yakin, mereka tak pernah marah akak. Mungkin Jannah dan keluarga yang patut mereka marah. Percayalah, kak," kata Jannah lembut.

"Apa yang Jannah cakap ni? Kenapa diorang nak marah Jannah dan keluarga? Jangan merepeklah Jannah. Tak perlu tenangkan hati akak. Hati akak dah lama mati. Mati dengan pemergian dia sebulan yang lepas."

"Jannah rasa Jannah tak mungkin silap orang. Nama akak pun sama dengan orang yang Jannah tunggu. Jom, akak. Ikut Jannah jumpa along," Jannah bersuara ceria. Tangan Insyirah yang masih kebingungan ditarik perlahan. Mereka melangkah ke arah sekumpulan remaja yang sedang sibuk mencari. Mencari seseorang mungkin.

"Jannah! Ya Allah, kamu ni…buat orang risau. Pergi mana? Penat kami cari tau! Nasib baik along belum sampai…kalau tidak, masak kami kena goreng!" marah salah salah seorang dari mereka. Kemudian Jannah mencium tangan beberapa orang yang kelihatan lebih berusia daripadanya dan berpelukkan dengan yang lebih kurang sebaya dengannya.

"Yelah, Jannah. Ira risau tau. Ingatkan Jannah kena culik tadi. Eh, siapa dengan Jannah ni?" soal gadis yang membahaskan diri dengan nama Ira tadi.

"Inilah kakak baru Jannah. Kak Syirah. Jannah nak bawa Kak Syirah jumpa along," balas Jannah sambil tersenyum manis kearah Insyirah. Senyuman yang benar-benar ikhlas. Tidak seperti ketika mereka mula-mula berbicara.

"Assalamualaikum, adik-adik along. Maaf along lambat. Ummi paksa makan dulu," kedengaran satu suara menegur daripada belakang.

"Along! Lambatlah along ni…penat kami tunggu! Kami pun belum makan lagi, tau! Lapar!" serentak mereka bersuara. Masing-masing bergegas memasukkan beg pakaian ke dalam van. Insyirah tergamam. Hanya air mata yang menjadi penghubung antara dua insan yang telah lama memendam rindu.

"Fir? Fir…daus? SMK(P) Raja Zainab?" bergetar suara Insyirah menyebut nama itu. Selama beberapa minggu nama itu bermain dibibir dan mindanya, saat ini terasa janggal sekali. Benarkah ini Firdaus yang ku rindu? Inikah Firdaus insan mulia itu?

"Syirah. Kenapa tercegat tu? Cepatlah, naik. Boleh kita borak panjang. Fir dah beritahu mak dan ayah Syirah, yang Fir akan jemput Syirah," Firdaus menarik tangan sahabatnya yang tergamam. Hanya senyuman menghiasi wajahnya. Setelah 4 tahun terpisah, akhirnya mereka bertemu kembali. Yang pasti, tiada lagi episod sedih dalam lembaran kali ini. Dia dan Ira sudah punya ummi dan walid tempat untuk menumpang kasih. Juga Jannah dan keluarga besarnya. Segalanya lebih sempurna sekarang.

Selepas Insyirah berlepas, dia dan adiknya Ira mendapat berita gembira daripada ummi. Sebenarnya insan yang dipanggil ummi itu menyuruhnya tinggal di rumahnya. Kerana itulah dia dan suaminya meminta agar rumah sewa itu dikosongkan. Mati-mati Firdaus menyangka yang mereka dihalau. Walid juga tidak menerangkan dengan jelas. Sudah banyak nikmat yang mereka dua beradik terima sejak menjadi keluarga ummi dan walid.

"Fir, apa semua ni? Syirah tak faham! Fir, talk to me, please! I won't move till you explain all this thing," marah Insyirah. Apa semua ini? Macam mana Firdaus boleh ada di sini? Bukankah Firdaus sudah 'pergi'?

"Apa, apa? Fir ingat Syirah dah baca diari yang ummi bagi. Syirah tak baca?" soal Firdaus pelik. Apa sebenarnya yang berlaku?

Insyirah bingung. Diari biru tua milik Firdaus dikeluarkan daripada beg. Tangannya pantas menyelak beberapa muka surat terakhir.

********************************

15 Mei 2008
Hari ini Syirah berangkat ke universiti pilihannya. Alhamdulillah, Berjaya juga sahabatku itu mencapai sebahagian cita-cita kami. Tapi…Syirah marah sangat dekat aku. Sebab aku mungkir janji, katanya. Mungkir janjikah aku? Aku tidak pernah pun berjanji untuk pergi bersamanya. Siapalah aku untuk ke universiti luar. Universiti dalam pun belum tentu. Salah aku juga sebab tak pernah berterus terang. Niat aku menghantar permohonan hanyalah suka-suka. Seronok juga melihat kesungguhan mereka menganyam angan-angan. Memandangkan aku tidak mungkin dapat merasakan, apalah salahnya andai aku mencuba kelayakan diri. Sekurang-kurangnya, aku tahu kelayakan aku. Tak apalah, esok-esok aku hantar email terangkan keadaan sebenar. Mudah-mudahan sahabatku itu boleh terima. Amiiin…

*******************************

Insyirah menyelak lagi.

*********************************

28 Februari 2008
Aku dah hantar email. Dah banyak aku hantar. Kenapa Syirah tak balas? Takkan lah belum surut-surut lagi marahnya? Aku tahu aku salah…tapi, takkan langsung tiada kemaafkan buat aku? Tidak layakkah aku dimaafkan? Sudahlah…aku akan cuba hantar lagi esok. Ummi pun dah panggil.

5 Mac 2008
Syirah masih belum balas email aku. Hm…Syirah marah lagi ke? Semalam ada reunion kumpulan. Khai yang plan. Meriah juga walaupun tanpa Syira. Masing-masing still macam dulu. Lepas habis matrik, masing-masing bawa haluan sendiri. Nisa dapat tawaran ke Jordan, tapi dia lebih senang belajar di UiTM, Shah Alam. Dekat dengan keluarga katanya. Mawar pula belajar di kolej swasta. Sunway University College. Tiggi kos hidup dekat sana, Mawar kata. Tapi tak apalah…keluarga dia mampu. ? teha pulak, dekat mana ye? Oh…aah…teha dapat UM. Hebat orang yang dapat UM ni kan? ? sorang lagi…orang yang plan reunion laaa…sape lagi. Khai. Khai belum decide nak belajar ke tak. Dia tunggu orang masuk meminang. He3. Macam-macam. Tapi, InsyaAllah…dia ikut Mawar kot. Kolej Sunway. Aku? Biarlah aku tolong ummi dan walid jaga Jannah. Boleh jadi cikgu macam masa zaman sekolah dulu. Rindunya dekat Syirah…

16 Mac 2007
Sibuknya sekarang ni. Busy dengan adik-adik baru. Sibuk macam mana pun, terhibur dengan keletah diorang. Kawan-kawan semua sibuk jugak. Sibuk cari Syirah. Diam betul dia. Tak apalah, 4 tahun dari sekarang, dekat airport yang sama, aku akan jemput Syirah. 4 tahun. Lamanya. Tapi aku akan sabar menunggu.

***********************************

"Kan Fir dah janji nak jemput Syirah. Syirah tak tau ke? Tak baca diari?" Firdaus bertanya pelik.

"Baru start baca bulan lepas. Tu pun tak sempat baca sampai muka surat last. Asyik nangis je."

"Nangis? Kenapa?"

"Syirah ingat…" Insyirah mematikan bicara.

"Ingat? Hm…peliklah Syirah ni. Tiba-tiba Fir teringat macam mana gelabahnya Mawar bulan lepas. Sibuk-sibuk datang rumah ummi, menangis-nangis cari Fir. Siap minta maaf lagi. Ada ke patut, Mawar ingat Fir meninggal dalam kemalangan jalan raya?! Teruk betul! Mendoakan ke apa…" cerita Firdaus sampai tergelak.

Wajah Insyirah berubah. Kemalangan? Meninggal? Liur ditelan terasa seperti pasir. Aku salah faham ke selama ni?

"Fir accident ke?" Tanya Insyirah berselindung akan kisahnya.

"Memang la Fir accident bulan lepas. Tapi cedera ringan je. Melampau la informer ni. Manalah dia dapat cerita eksklusif ni. Sampai tuan punya badan pun terkejut. Hahaha…" Firdaus mengesat air mata yang mengalir kerana terlalu banyak ketawa.

Insyirah mengimbau kembali perbualannya dengan Khai bulan lepas.

------------------------------------------

'Syirah, Khai call ni sebab nak beritahu, Fir accident minggu lepas.'

'Hah? Fir accident?! Teruk ke?'

'Khai pun tak tahu, Syirah. Khai baru je dapat berita sejam lepas.'

'Khai tak pergi lawat dia? Khai, Syirah nak balik la. Syirah nak lawat dia jugak…Syirah takut…'

'Syhhh…Syirah, jangan macam ni. Syirah jauh. Tadi Khai dah pergi, tapi…tak sempat, Syira. Khai terlambat. Fir dah pergi…'

---------------------------------------------

Segalanya masih jelas. Mustahil Khai menipu. Khai putuskan talian sebab terlalu sedih dengan 'pemergian' Firdaus. Mesti Khai menangis lepas putuskan talian. Insyirah yakin. Sebaik sahaja mendapat berita daripada Khai, Insyirah terus menelefon Mawar. Yang jelas, Mawar juga belum tahu mengenai kemalangan yang menimpa sahabat mereka kerana Mawar benar-benar terkejut dan mereka sama-sama menangisi 'pemergian' sahabat yang mereka sayangi.

Insyirah yakin itu semua. Tapi kini segalanya seakan goyang. Benarkah Khai memutuskan talian kerana terlalu sedih? Atau…kredit telefonnya habis? Pergi yang dimaksudkan…keluar wad ke? Tidaaaaaaaak! Kenapa selama ini dia tidak pernah terfikir?! Sia-sialah air mata dan rasa berdosa yang menghantuinya selama sebulan ini? Maknanya, dialah informer yang Firdaus maksudkan? Ya Allah…malunya!!! Kalaulah Fir tau…

"Syirah rasa, siapa yang bawa cerita kata Fir meninggal ye?" soal Firdaus benar-benar ingin tahu tanpa memandang raut wajah Insyirah yang berubah merah. Malu!

"Biarlah…benda dah lepas pun," jawab Insyirah selamba. Dalam hatinya, Insyirah ketawa geli hati. Terlalu banyak yang telah berlaku. Walaupun marah dengan diri sendiri yang pandai-pandai buat kesimpulan, tapi dia bersyukur. Kerana sekurang-kurangnya kedatangan berita daripada Khai membuatkan dirinya banyak berfikir mengenai salahnya terhadap insan sebaik Firdaus. Dan lebih mengembirakan, dia seolah-olah mendapat peluang kedua yang diharap-harapkan.

Peluang untuk meminta maaf dan menghargai sahabat sebaik dan semulia Firdaus. Firdaus…insan yang cantik wajah dan peribadinya. Secantik namanya. Nur Firdaus. Nur yang menerangi kehidupan mereka berlima. Nur yang mengubah dirinya, Nisa, Mawar, Teha dan Khai. Semoga persahabatan ini kekal selamanya. Firdaus, moga syurga Firdaus itu juga tempatmu kelak. Itu doa Insyirah. Doa buat sahabat baiknya. Sahabat sejati. Sahabat yang bernama Firdaus.

Cerpen : Disana Mawar disini penawar


Nama Pena : Dia Adila @ Dyadila

Suasana hospital riuh rendah, para wartawan berkumpul ingin mendapatkan cerita panas yang selama ini menjadi tanda tanya yang tak jelas. Jutawan muda kemalangan dan cedera parah. Mungkin akan lumpuh.

"Cik Qistina macamana dengan Hakeem? Apa sebenarnya keadaannya?"

"emmm maaf saya tak boleh jawab soalan tu, kita kena tunggu jawapan doktor pakar"

"tapi kami dapat tahu dia akan lumpuh seumur hidup?..adakah Cik Qistina akan teruskan perkahwinan yang dah dirancang?"

Qistina terhenti memandang ke arah wartawan yang mengajukan soalan itu kepadanya. Otaknya ligat berfikir? Mahukan di pada orang yang akan cacat? Mahukah dia nanti menolak kerusi roda hakeem seumur hidup?. Matanya dipejamkan. Cuba menolak apa yang bermain di mindanya. Padan ke model terkenal sepertinya bersanding dengan orang yang berkerusi roda?

Hakeem menjeling tajam. Wajah wanita pujaannya dipandang lama, kenapa Qistina dari semalam mendesaknya untuk membuat apa yang tak sepatutnya dilakukan? Kenapa?!!

"sudah aku tak nak jumpa sesiapapun korang semua ni pekak ke?"

"tapi Hakeem you must to...semua wartawan nak jumpa you sayang.. mereka nak tahu apa yang berlaku pada you"

"You nak I bagi tahu apa dekat diorang? You nak I cakap yang I tak akan boleh berjalan lagi? I akan lumpuh seumur hidup macam tu?"

Qistina merengus kasar, bosan mendengar rungutan Hakeem. Baru lumpuh belum mati lagi!! Ingin saja dia menjerit melontarkan apa yang terbuku di hatinya. Hakeem menatap wajah Qistina yang langsung tak ingin menyentuhnya. Jijikkah dia ketika ini dengan tubuh yang penuh luka di sana sini.

Doktor Firdaus mencatat sesuatu dalam dalam rekod catatannya, sambil matanya menjeling ke arah Irahazla. Wanita itu nampak sungguh teliti membersihkan luka Pak mat menghuni Wad 43 sejak seminggu lalu.

"pak Mat jangan banyak bergerak, nanti luka ni lagi teruk"

"baiklah sayang" gurau Pak Mat lantas mereka sama-sama tersenyum. Dahi Dr. Firdaus berkerut. Ehh orang tua ni main sayang-sayang pulak.

"omboiii Pak Mat nak ada niat nak tambah cawangan lagi ke?"

"ehhh tak adalah doktor tapi kalau yang tuan badan nak, dataran merdeka saya sediakan" sekali lagi dia ketawa. Irahazla hanya tersenyum.

Mereka berjalan seiringan meninggalkan wad itu. Irah berjalan perlahan mengikut langkah Dr.firdaus. dia mengantikan tempat Aina yang memang merupakan pembantu Dr. Firdaus. Tapi hari ni Aina MC jadi dialah sebagai ganti.

"awak tak teringin nak tengok jutawan muda yang popular tu ke?"

"hishhh nak buat apa?"

"haiii saya dengar bergilir-gilir kumpulan awak nak masuk bilik VVIP tu, sampai rasanya satu hospital ni penuh dengan wartawan"

"ya...saya tak tahu pulak..Dr dah pergi ke?"

"mungkin sikit masa lagi dia akan menjadi pesakit saya, mungkin bila dia disahkan akan lumpuh?

"lumpuh??!!!!" ada riak terkejut pada wajah wanita itu.

"haiii tadi macam tak berminat awak ni, sekarang dah terkejut pulak" Irahazla tunduk. Nampak sangatkah reaksinya?.."betul ke dia akan lumpuh Doktor?" sekali lag dia bertanya perlahan, mungkin inginkan juga jawapan.

"mungkin tapi kita kena tunggu jawapan dari pakar, kalau awak nak tengokpun apa salahnya, mesti dia akan sembuh kena tangan ajaib awak tu, macam Pak Mat"

"hishhh tak apalah Doktor, nanti marah pulak kekasih hati dia yang cantik tu"

"cantik ke?? Bagi saya awak lagi cantik" Dr.Firdaus berkata ikhlas. Sejak dia ditugaskan di hospital ini, wajah inilah yang membatkan dia tak lena tidur.

"itu bagi doktor..." ada sayu dari jawapan itu. " oklah doktor saya nak balik.." pinta Irah. Nanti apa pulak kata orang kalau dia asyik berkepit dengan Doktor muda tu je.

"macamana dengan date kita?" tanya Dr. Firdaus laju.

"lain kali" sempat dia membalas tanpa menoleh ke belakang. Dr.firdaus tersenyum.

****

"Ira...janganlah makan buah tu, hakeem nak juga"

"ada Ira kisah?" kulit rambutan itu dicampak ke arah Hakeem yang masih menyangkan muka tak puas hati.

"mentang-mentanglah Ira yang panjat, belagak pulak ek" rambut wanita itu ditarik perlahan.

"aduhhh sakitlah...ala tengok kakilah"

Hakeem pantas menarik kaki wanita di tepinya. Dia menelek lama kaki putih bersih milik wanita itu,
"weiii...gila ke jatuh kang, siapa nak jawab tak ada orang plak nak pinang Ira nanti"

"laaa tadi suruh tengok kaki, biasa je kaki kurap busuk..." bulat mata Irahizla mendengar ucapan lelaki itu. Sejak kecik sampai besar menyusahkan orang.

"kurang asam jawa punya budak" biji rambutan dibaling. Betul-betul kena kepala Hakeem


"ooiiiiittt sakitlah, nak bunuh orang ke? Kalau Hakeem mati siapa nak pinang Irah nanti?" jeritnya sambil membaling biji rambutan yang dikeluarkan sari mulutnya.

"dari kecik kata nak pinang orang tapi sampai sekarang tak juga hantar rombongan" rungut Irah sambil mulutnya penuh dengan buah rambutan.

"tunggulah Hakeem kaya dulu, lepas tu jangan katakan meminang satu JB ni Hakeem beli untuk Siti Irahazla"

"betul??"

"betul....tuan puteri.." mereka tertawa lagi.

Irah tersentak apabila mendengar bunyi ketukan pintu. Biliknya dibuka perlahan. Lenyap kenangan lalu kini terakam wajah Aina yang merenung ke arahnya. Dia tahu apa yang nak disampaikan oleh Aina. Dia sendiri adalah orang yang mendapat berita itu terlebih dulu.

"kau tahu tak?"

"tahu apa?"

"hakeem...."

"kenapa?" sengaja bertanya sesuatu yang dah ada dalam mindannya.

"dia sekarang ada dekat hospital kita tahu tak... kemalangan teruk, tapi tak apa-apalah Cuma aku dengar dia akan lumpuh" Irah tersenyum.

"habis apa masalahnya? Diakan ada ramai orang yang dia sayang lagipun dia banyak duit Aina" ucap Irahazla lembut.

Aina terdiam. Itukah jawapan yang akan didengarnya? Matanya meneliti sepenuhnya wajah Irah nampak ikhlas tapi hati tak siapa yang tahu. Bukan dia tak tahu kisah percintaan teman baiknya itu. Malah sejak mengenali Irahazla nama Hakeem sentiasa meniti di bibirnya dulu.

"kau ok?"

"kenapa pulak aku tak ok?"

Irah terus melangkah meninggalkan temannya dalam tanda tanya. Biarlah dia terus dengan menjawab sendiri persoalan yang bermain dalam hati. Bukan tugas dia untuk menjawab segalanya.

****

"sampai bila You nak macam ni hakeem? Mama and papa I dah tanya tahu tak?"

"habis you nak macamana?"

"kenapa you tak nak jumpa pakar? you nak terus macam ni sampai bila?"

"sampai I betul-betul bersedia"

"habis weeding kita macamana?" tanya Qistina kasar. Dia berdiri jauh dari Hakeem

"kita kawinlah, lagipun you sendiri cakap semuanya you sanggup dengan I, so apa masalahnya?"

Qistina terdiam. Memang dia pernah berkata itu. Tapi tu dulu masa hakeem masih seorang lelaki yang disergani masih seorang lelaki pujaan semua gadis. Dan dia juga gilakan hakeem ketika itu.

"kenapa you diam? Ke you sendiri dah jijik dengan I? Jijik ada suami yang akan duduk atas kerusi roda bodoh ni seumur hidup?"

"but wartawan semua dah tahu pasal perkahwinan kita"

"I tak tanya pasal wartawan but hati you, perasaan you sekarang pada I" Hakeem sudah meninggikan suara.

"sudahlah I ada temujanji dengan kawan I, kita bincang lain kali" Qistina mencapai beg tangannya dan berlalu pergi.

"shit!!!!" Hakeem menolak gelas di atas meja. Bertabur pecah ke lantai.

Juwita mengesat air matanya. Sakit hatinya ditengking dan diherdik macam kucing kurap. Ingat dia duduk dalam bilik VVIP boleh buat orang sesuka hati dia je. Nak marah orang macam aku tak ada perasaan.

"hahhh kau ni apa hal pulak?" Tanya Aina yang baru saja masuk ke bilik rehat bersama Irah.

"si jutawan tulah suka hati dia je nak marah aku, ingat aku ni kuli dia ke?"

"amboiii marah nampak...yang kau gatal sangat nak pergi ganti si rosnah tu buat apa?" Juwita tersentap. Tahu sangat dia dengan mulut berbisa Aina. Bukan boleh berunding.

"aku Cuma nak tengok aja macamana hensemnya, semua orang cakap pasal dia tu yang aku nak pergi tengok"

"hahhh baguslah kira kau dapat pakej lengkaplah dapat tengok muka dengan perangai sekali, dan jangan nak bazir airmata. Baik mari makan dengan kitorang ni"

Aina sempat menjeling ke arah Irah yang sudah khusyuk mengadap nasi bungkusnya. Dia buat tak dengar atau memang dah tak berminat nak dengar?. Aina meneka dalam hati. Dia tak ingin hati temannya disakiti lagi.

"Irah Dr.firdaus nak jumpa kau" Kak Rita masuk sambil menatang pinggan nasi gorengnya.

"hah?? Nak buat apa?"

"nak ajak kau kawin kot" tersembur tawa mereka yang ada disitu. Memang suka kenakan orang. Irah mencebik. Matanya sempat menjeling Aina yang tidak pun senyum. Dia tahu apa yang bermain di fikiran temannya tu.

Nampaknya dia tak ada pilihan lain, kerana tugas dia terpaksa. Kalau bukan nama dia yang dicadangkan Dr.firdaus tak mungkin dia akan masuk ke bilik ini. bergetar tangannya untuk memegang tombol pintu. Tapi dia perlu berlagak tenang. Dia sudah tiada dalan sejarah kau Irah, tinggal sejarah...

"ehhh korang ni tak faham bahasa ke?? Aku tak suka makan......" kata-kata itu mati di situ. Wajah wanita itu terlayar di matanya. Irah??!!!

"maaf Encik Hakeem buat masa ni encik hakeem kena makan ubat ni.. " tangan lelaki itu ditarik. Ubat kini berada di tapak tangannya.

"macamana Irah boleh ada dekat sini?"

"saya bertugas dekat sini?" uniform putih bersih dipandang.

"lepas makan ubat, Encik Hakeem boleh rehat sebab esok Doktor akan buat X-ray penuh" beritahunya tapi mata itu langsung tidak memandang ke arah hakeem. Bukan tak sanggup tapi untuk apa mata itu ditatap.

Pintu sudah ditutup. Namun Hakeem masih lagi membisu. Lama terdiam. Suara lembut Irah menerjah masuk ke ruang hatinya. Dia memejamkan matanya perlahan. Maafkan hakeem Irah...

"kenapa hakeem nak jumpa Irah dekat sini?" suasana restoran mewah itu membuatkan dia kelihatan ganjil dari yang lain. Dia tersenyum melihat Hakeem dalam kot yang serba mahal. Hensem.

"irah... hakeem ada sesuatu nak cakap?"

"Irah tahu hakeem nak belikan JB untuk Irah kan, emmm ingatkan Hakeem tak ingat dah janji Hakeem bila dah kaya raya macam ni"

"Irah.....dengar kata hakeem dulu" Irahizla tersenyum. dia memandang tepat ke arah lelaki yang segak itu. Bukan lagi hakeem yang duduk di bawah pokok rambutan dengannya.

" haii...sayang sorry im late" seorang gadis cantik dalam dress hitam duduk di sebelah Hakeem. Senyuman manisnnya mati tiba-tiba.

"Irah ini....ini..."

"haiii Im Qistina bakal Isteri hakeem" Irah bangun.Renungan tajam memandang ke arah hakeem yang tertunduk. Matanya beralih ke wanita yang memegang erat lengan Hakeem.

"hakeem nak kenakan Irah ek...hakeem jangan buat kelakar macam ni, nanti Irah nangis" mutiara jernih sudah menitis dipipinya. Masih cuba disembunyikan dengan senyuman yang entah macamana rupanya.

"Irah hakeem rasa kita...." kata-kata itu putus. Dia tak sangup melihat airmata wanita itu. Tapi cintanya sudah beralih. Tiada cinta lagi untuk siti Irahazla... "kita tetap kawan macam dulu..Hakeem sayangkan Irah tapi cinta...."

Irah tersenyum dalam tangisan. "dulu lagi Irah dah ingatkan hakeem jangan letak cinta Irah jauh dari hakeem kenapa hakeem biarkan dia hilang??kenapa?"

"Irah!!!!!" jerit hakeem dalam mimpinya. Dia mengosok perlahan wajah dengan tangan. Kenapa wanita itu datang kembali? . kenapa selepas 4 tahun. Kenapa selama ini dia seakan lupa akan nama itu.

Dr.firdaus duduk di tepi kolam memang itulah portnya setiap kali sebelum habis kerja. Nyaman dan kesegaran taman membuatkan dia lupa pada semua kesibukan dan kesesakan mindanya. Dia tersenyum menarik nafas perlahan. Dia diam ada sesuatu yang menarik pendengarannya. Suara tangisan.

"Irah apa awak buat dekat sini?"

"emmm tak ada apa.." jelas wanita itu mengesat sisa airmata dipipi. Cuba menyembunyikannya.

"Irah menangis?"

"ehh tak adalah..mana ada habuk masuk dalam mata tadi"

"kalau nak tipupun carilah alasan yang logik sikit" Dr.muda itu tersenyum. dia tak ingin lagi bertanya kerana dia pasti wanita itu tak akan bercerita.

"susahkah cintakan seseorang ni" hanya itu yang mampu terlahir, dia tersenyum. Dr.Firdaus seakan berfikir.

"emmm susah jika kita yang susahkan keadaan"

"maksudnya?"

"cinta ni luas Irah...kalau betul rasa cinta itu milik awak bebaskan je kalau dia dah ditakdir untuk awak apapun terjadi dia tetap akan datang balik kepada awak"

"mudahnya falsafah cinta Doktorkan"

"mudah...tapi saya akan pastikan cinta tak buat saya lupakan siapa diri saya" sekali lagi Dr muda itu tersenyum, turut mengundang senyuman manis Irahazla.
"nampaknya awak dah ada cinta"

"kenapa?" tanya Irah kembali.

"melepaslah saya" mereka sama-sama tertawa. Gurauan itu berjaya mengundang kembali senyuman di wajah Irah.

***

"kau sukakan aku macam ni?" sinis suara Hakeem . kalau selama ni setiap kali dia masuk ke bilik ini tiada satu suara pun yang lahir dari mulut lelaki itu. Tapi kali ni dia bersuara. Tapi suara yang meyakitkan.

"apa maksud Encik Hakeem?"

"kau mesti suka tengok aku sekarang padan muka aku kan, kau mesti bersyukur sebab tak bersama aku dulu kan" Irah memejamkan matanya. Cawan yang dipegang digenggam kuat. Ikutkan hatinya mahu saja dia menampar mulut itu. Tapi untuk apa?.

"emmm encik hakeem rehatlah.." tetap nada yang sama. Hakeem mengigit bibir geram.

"apa yang kau nak sebenar Siti Irahazla? Kalau kau nak ketawakan aku ketawalah sekarang....jangan buat macam ni pada aku..aku tak simpati kau!!" jerit Hakeem kali ini lebih kuat. Irah diam. Dia tetap mengemas majalah yang memang dah tersusun di atas meja dekat dekan katil. Dia sedar mata lelaki itu menikam tepat wajahnya.

"kenapa kau diam?" sekali lagi Hakeem bersuara tapi kali ini nadanya sudah berubah.

"ini tugas saya Encik Hakeem..dan saya ingatkan Encik hakeem kalau encik hakeem lupa, saya adalah budak comot yang bermain dengan Encik hakeem dari kecil, saya kawan yang menjadi tempat encik hakeem mengadu nasib, saya wanita yang encik hakeem beri harapan cinta, saya juga wanita yang melihat encik hakeem berdiri selama megah selama 25 tahun" Irah memandang tepat ke mata hazel milik lelaki itu. "saya orangnya dan untuk sekian kalinya saya nak encik hakeem hormat perasaan saya kalau bukanpun sebagai siapa saya sebelum ni tapi tolong hormat saya sebagai insan yang ikhlas nak membantu encik hakeem" mereka terdiam. Irah cuba menahan sesak nafasnya. Dia mencapai bekas ubat niatnya satu ingin keluar dari bilik ini.

"Irahazla.." panggil Hakeem..perlahan tapi cukup untuk membuatkan langkah itu berhenti.

"kalau Encik Hakeem tak suka, saya akan suruh Dr. Firdaus gantikan tempat saya dengan orang lain"

"Irah...maafkan hakeem.....hakeem takut..hakeem pengecut..hakeem lemah sekarang"

"kalau dulu hakeem boleh berdiri megah sampai berjaya sampai dimana hakeem sekarang kenapa sekarang hakeem selemah ini"

"tapi hakeem tak ada sesiapa sekarang"

"dulupun hakeem tak ada sesiapa, seorang diri" tegas Irah

"tapi dulu hakeem ada Irah.." terdengar satu tawa kecil. Pantas wajah wanita itu ditatap.

"sekarangpun Irah tetap ada...dan Irah nak hakeem yang dulu, hakeem yang boleh panjat pokok rambutan semata-mata untuk Irah, hakeem yang sanggup dikejar Pak Mail sebab Irah" Hakeem tertawa. Tiba-tiba kenangan itu bermain di fikirannya. Mereka tersenyum.

Hari ni ada satu semangat yang meresap masuk ke dalam tubuhnya, pagi-pagi lagi dia menolak kerusi rodanya sendiri, membersihkan diri. Dia yakin kali ini tiada yang dapat menahan usahanya untuk pulih kembali. Qistina!! 3 minggu wanita itu tidak melihatnya kemana dia sendiri tak tahu apa yang pasti setiap kali panggilannya tak dijawab.

"wah!! Bersemangat Encik Hakeem hari ni" puji Dr.Firdaus

"bolehlah doktor saya dah dapat apa yang saya cari"

"emmm nampaknya hebat apa yang Encik Hakeem dapat tu ek" sempat dr firdaus menjeling Irah yang kelihatan sibuk dengan tugasnya. Dia juga sedar mata Hakeem yang bersinar sebaik melihat jururawat kesayangannya itu.

"saya dah bersedia dengan apa pun rawatan, saya harap doktor tolong saya, saya nak pulih macam biasa"

"segalanya atas Encik Hakeem yang lain dengan IzinNya..saya hanya menjalakan tugas" hakeem tersenyum. Irah juga membalas senyuman itu.

6 bulan menjalani terapi Hakeem menunjukkan satu perkembangan yang baik. Dari berkerusi roda dia mampu berdiri, dari berdiri dia mampu bertongkat, dari bertongkat dia mula berjalan perlahan dan kini dia mampu tersenyum apabila dia mampu berjalan laju. Walaupun belum pulih sepenuhnya.

"tak sangka Irah betul-betul jadi jururawat yang merawat Hakeem" wanita itu tersenyum. teringat kata janjinya dulu. Masa tu mereka gembira dengan kejayaan Hakeem dalam SPM.

"sebab ini adalah cita-cita Irah dari kecik lagi"

"emmm mesti pak Mail tak percayakan anak dara yang panjat pokok dia dulu dah jadi nurse" ketawa mereka bersatu. Memang dia dah bertemu dengan Pak mail malah dia akan lebih tak percaya juga dia tahu hakeem meninggalkan Irah sebab perempuan lain. Irah tersenyum pahit.

"kenapa Irah?"

"hah?? Tak ada apalah"

"cantikkan taman ni.. tak sangka hospital secanggih ni ada taman cantik macam ni" puji hakeem.

"tak ramai yang tahu pasal taman ni.. hanya orang-orang tertentu" Irah tersenyum namun senyuman itu mati apabila melihat seseorang yang berjalan menuju kearah mereka.

"sayang kat sini rupanya you.. penat I cari, sayang jomcepat semua wartawan tunggu you tu" pantas tangan Hakeem ditarik.

"Irah hakeem pergi sekejap ek.." pinta Hakeem serba salah. Irah tersenyum lagi.

Hakeemnya bukan lagi seperti dulu. Hakeemnya dah lama hilang. Hilang semasa lafaz selamat tinggal di restoran mewah yang seolah memijak harga dirinya. Sekali lagi dia tersenyum. Irah memandang gelang tangan emas putih hadiah hakeem 10 tahun lalu. Lama dia bersamaku.

"jadi Encik hakeem dah betul-betul sembuh?"

"Ya..macam yang you all tengok sekarang"

"jadi macamana pulak dengan perkahwinan yang dirancang? Lagipun saya rasa Cik Qistina dah lama menunggu" Qistina tersenyum mendengar soalan itu. Dia mengeratkan pegangan di lengan hakeem.

"emmm...perkahwinan? perkahwinan siapa?"

"siapa lagi cik Qistina dengan Encik Hakeemlah" hakeem ketawa kecil. Qistina pelik.

"saya dan Cik Qistina kawan je..kawan rapat tak lebih dari itu" Qistina diam. Bulat matanya menikam wajah Hakeem yang bersahaja.

"jadi macamana cerita yang menyatakan yang Encik hakeem akan melamar seseorang?"

"itu betul...dan dalam sikit masa lagi you all akan tahu siapa dia" hakeem meninggalkan ruang legar hospital. Semua wartawan berbisik di antara satu sama lain. Ada mata yang memandang ke arah Qistina. Qistina geram.

"apa maksud you?

"apa?"

"habis selama ni apa maknanya I tunggu you? Siapa perempuan yang you katakan tu?" marah Qistina.

"you tunggu I atau duit I?" Qistina tersentak. Jelingannya mati.

"Qis..you tak ubah macam mawar yang selama ini I sangka cantik sampai I sanggup tinggalkan penawar demi untuk you. Tapi sekarang I dah sedar siapa sebenarnya lebih suci"

"tapi I sayangkan you Hakeem" ada airmata menitis di pipi wanita itu.

"I juga sayangkan you, ikhlas tapi dulu kini kasih I tiada lagi" Qistina ditinggalkan. Hakeem nekad.
Suasana restoran sunyi. Tiada seorangpun yang ada disitu. Irah pelik. Dia cuba mencari hakeem. Memang selama dua minggu ini dia cuba menghubungi lelaki itu tapi gagal. Kali ini dia sendiri mendapat undangan dari Hakeem. Dia lega.

"Cik Siti Irahazla" dia berpaling. Wajah kacak Hakeem menghiasi ruang mata. Dia tersenyum.

"Formalnya.." usiknya. "kenapa tak ada orang?"

"sebab hari ni hari kita berdua.." Irah tersenyum lagi.

"emmm..baguslah Irah ada sesuatu nak bagi dekat hakeem"

"emm...boleh tapi bagi hakeem cakap dulu.."

"ok.." Irah sudah dibawa ke satu sudut yang dihias dengan ratusan mawar merah. Cantik. Di tengah-tengahnya meja yang berhias cantik ada dua buah kerusi.

"hakeem apa ni??.."

"syhhhss...duduk kita minum dulu..." Irah mula rasa ada yang tak kena. Berita perpisahan hakeem dan Qistna juga sudah sampai ke telinganya.

"miss this is special for you" Irah terdiam. Perkataan di cawan dipandang lama. Matanya beralih ke arah Hakeem yang sudah duduk melutut di sebelahnya.

"sudikah Irah mengisi ruang di hati Hakeem semula" Irah tersenyum..airmatanya menitis laju.

Inilah impiannya yang diceritakan kepada hekeem dulu. Dilamar di taman bunga. Bahgia dikelilingi bunga segar persis puteri yang menunggu putera. Dan lelaki didepannya itu juga berjanji akan menunaikan impiannya. Kali ini hakeem menunaikan apa yang dikatakan. Terbayang hakeem yang berbaju lusuh dan berseluar pendek berada di depannya. Air mata bertambah laju.

"irah kenapa menangis?"

"hakeem Irah nak bagi ini"

Dahinya berkerut. Mengeluarkan kad berwarna ungu yang berhias cantik. Harum baunya.

Selamat pengatin baru;

‘FIRDAUS & IRAHAZLA’

Hakeem terduduk di situ. Tahu apa makna airmata irah sebentar tadi. Perlahan dia menatap kembali wajah wanita kesayangannya itu. Irah mengangguk perlahan.

Mengertilah kini siapa lebih suci
Sungguhku terkilan diatas kecurangan
Padamu kasih yang tak ada bandingan nilai
Tak akanku menyanyangi
Sesiapapun yang bertandang bagi aku itu semua bayang
Memadai seorang teman yang menerangi kegelapan
Kau bagiku wanita penyayang,

"sudahlah Encik Hakeem...biarkan dia bahagia" hakeem tersenyum. wajah wanita disebelahnya dikilas.

"awak kenal saya?" tanya Hakeem.

"Cinta Irah buat saya kenal Encik hakeem.. kalau betul itu namanya cinta bebaskan dia" Aina tersenyum. dia melangkah ke pelamin indah yang menempatkan sahabatnya. Tersenyum.

Hakeem tersenyum. kerana itu cinta aku bebaskan kau Siti Irahazla. Dia tersenyum apabila matanya bertentangan mata lelaki yang berjaya menawan hati wanita kesayangannya.

"saya yakin Dr.firdaus akan bahagiakan dia" Dr.firdaus mengangguk perlahan. Tangan mereka bertaut lama. Mereka tersenyum.

the end