Memaparkan catatan dengan label Pengajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengajaran. Papar semua catatan

Ahad, 31 Januari 2016

Temuduga dan Bahasa Inggeris Tidak Akan Terpisah

Assalammualaikum.. Lama sudah aku tak update blog ni.. Makan tahun jugak la.. Blog aku ni pun dah lama dahagakan penulisan cikai aku ni.. Apa-apa pun aku tak nak la sembang panjang.

Bende ni dah lama lepas, tapi aku nak jugak cerita hari ni. Sebab aku rasa benda ni menarik bagi aku, untuk aku kongsikan dengan pembaca. Okay. Cerita dia macam ni. Masa tu aku join kursus membangunkan apps android. Aku memang dah lama nak bangunkan android guna java programming. Btw alhamdulillah aku dapat belajar dengan jayanya. 

Lagi beberapa hari nak tamat kursus tu. Ada beberapa buah syarikat buat temuduga kepada fresh graduate kepada kami semua. Perghh.. Punya la gabra. Aku tanya kawan kawan aku. Ramai gak la tak nak pergi temuduga. Mula-mula partner aku Hasan tak nak jugak pergi temuduga tu. Aku cuba pujuk dia. At last die pergi juga temuduga tu. Great. Aku tak sorang-sorang masa tu. 

Aku and the geng pun siapkan Curiculum Vitea. Kononnya bajet profesional la guna curiculum vitea tu. Dah siap curiculum vitea tu. Aku mintak tolong member Politeknik Seberang Perai. Dia ada printer. Aku mintak die printkan Curiculum Vitea tu. Malam tu aku emailkan fail pdf pada die. 

Keesokkan harinya aku tengok. Nah kauu.. Selekeh giler alignment text tu. Rongak tepi la. Aku pun datang kat budak tu. Pangg!! aku bagi sebijik.. haha.. tak ade la gurau je.. Aku buat tak reti je. Aku mintak tolong member tu printkan balik. Alhamdulillah la die nak tolong. Senang hati aku dengar.

***

Selesai je solat jumaat. Aku dengan yang lain. Stand by kelengkapan semua. Macam macam ragam semua. Ada yang tengah busy susun dokumen diri la. Ada yang tengah berzikir. Ada yang buat tak reti la. hahaha. Adat la tu. Darah gemuruh memang wujud pada setiap orang. 

Tiba turn aku, syarikat tu bagi masuk 5 orang sekali gus.  Sebab nak habiskan temuduga. Katanya nak jimatkan masa. Sebab masa tak cukup da. Aku pun macam nak sujud syukur da time tu. Senang sikit hati aku. Selesai duduk semua. Ada sorang tu kutip la resume bagai. Die tengok2.. 

Okay, dia bukak mulut je. Pergh.. Punya la suwit bahasa. Nah kau. Bahasa Inggeris. Senyum je aku mampu bagi. Member sebelah aku start dulu ceritakan pasal die belajar kat mana bagai. Lebat beb die cakap inggeris. Terngagah aku nak fahamkan. Aku dengar huruf "S" je hujung2. Memang mengeletar la aku. Dah la bahasa inggeris aku E. Haha. Dia orang KL. Memang kaw kaw la dia cakap. Nak katekan. Aku kira. Die punya cakap je, Ada la makan 10minit. Maut tu..

Tiba turn aku je... 

"My Name is Hasbullah Bin Md Som. I in major programming... emmmm.."

Kata kata aku mati kat situ. Blur beb otak. Pada aku ada benda nak cakap. Terus Zero. Haha.. Penangan apa kah ini. Aku sambung lagi

"I can do system with php..........."

Mati lagi ayat aku.. Ni memang besar masalah ni. Aku pun kuatkan semangat. Teruskan cakap

"........"

Oh. Nampaknya zero sangat da tu. Aku pun ambil keputusan terakhir. Aku pun cakap la macam ni


"Sorry. Can I Speak Malay?"

Lepas tu amoi sebelah CEO dia cakap macam ni.

"Sorry. Can't. "

Aku pun gelabah habis da. Aku nak cakap da macam ni. "If cant speak malay, please skip my turn". Maksud aku kat situ aku nak suh skip giliran aku. Aku taknak temu duga. Apa lagi aku boleh buat. Kelu beb lidah. Lepas tu CEO dia cakap boleh cakap melayu. Sebab CEO dia orang india. Faham bahasa melayu sikit sikit. Tetapi tak pandai cakap melayu. Memang baik beb CEO dia. Aku pun terangkan la dalam bahasa melayu. Alhamdulillah lancar juga la. Sampai turn member aku. Die pun mintak cakap melayu. Haha. Nasib aku dan dia sama. Haha.


Selesai je temuduga. Dia jelaskan la apa syarikat dia buat. Dan dia perlukan orang macam mana. Dia cakap kalau dia berminat dia akan hubungi kami. Keluar je. Aku pun angguk je la.  Fuhh! Menghela nafas panjang wehh.. Lega rasa. Dan sampai sekarang aku tunggu dia panggil.. Masih tiada panggilan sepenting seruan Ilahi. hahahahaha

p/s : Zaman sekarang ni bahasa Inggeris tu penting juga. Jangan ambil mudah.

Khamis, 26 Julai 2012

Mari Goreng Nasi Goreng...

Assalammualaikum...

Tengok tajuk macam tahu apa yang aku nak kongsi kan pada kali ni kan.. Haha.. Yeah!!
Topik aku kali ini pasal nasi goreng.. Aku bergurukan emak didapur batu yang kecil dirumah..

Sifu : Emak a.k.a EX SuperMak(tapi mak aku tak ada kuasa la, cuma peka dengan anak2nya)
Menu : Nasi Goreng Pedas (Podeh-podeh, tebal bibir bila makan)

Bahan : Cili kisar, bawang merah kisar, bawang putih kisar, ajinamoto(Aji Naik Moto), garam, minyak, periuk kuali, ikan jerung bilis..

Step 1 :
Sifu cakap panaskan minyak dalam kuali tuu... 

Step 2 :
Sifu suruh goreng ikan bilis

Step 3 :
Sifu suruh tumis campuran (bawang putih kisar(1sudu), bawang merah kisar (1 1/2), Cili kisar (1sudu Garfu), ajinamoto 1/2 sudu garfu kecik... Garam 1Sudu kecik...)

Step 4 :
Masukkan nasi kedalam periuk kuali..

Step 5 : 
Kacau sehingga sebati (Ingat uli tepung ke SENGAL)
Beriya-iya aku gaul...

Step 5 :
Padam kan api dan taburkan ikan bilis...

Step 6 : 
Siap dah... Senang je nak buat rupenyer... Hahaha... 

Nampak sedap tak?? Komen-komen...

Hasil titik peluh.. (Menitik peluh dalam kuali) Hahahaha...
p/s : Belajar memasak bagus... Nanti senang berdikari...

Selasa, 27 September 2011

Amerika Pertama ke Bulan?

Salam kepada para pembaca.... Aku nak tanya ni... Tadi ada tajuk yang kawan aku buka, macam best je... Tajuk : Betul ke ada manusia yang pernah menjejakkan kaki ke bulan?? Ehem~ Ehem~ Jawab-jawab... huhu... Aku mungkin ada jawapannya... Tapi tak tahu la sejauh mana kesahihannya... Aku bagi tahu ni, korang fikir logik la ehh??

Betul ke ada orang yang dah pergi bulan? Neil Armstrong?? Mereka  pergi bulan pada tahun 1972... Pelik je bunyi... Hah! Ikut pemikiran aku la an.. Tiada seorang pun yang pernah pergi ke bulan sebab??

O Kalau depa cakap teknologi dulu canggih sehinggakan mereka boleh pergi ke bulan... Kenapa sekarang mereka tak pergi lagi?? Zaman sekarang punya teknologi canggih jugak hape... Lagi pun aku teringin juga nak ikut... huhu...

O Macam mana mereka boleh ambil gambar Neil Armstrong?? Pakai satelit ke??  Dia orang ambil gambar tu guna kamera apa eh?? Zaman tu dah ada kamera digital ke?? Yang aku tahu masa tu kamera masih menggunakan kamera yang menggunakan film... Persoalannya.. Boleh ke kamera menggunakan film bertahan di angkasa lepas..

O Lagi satu, macam mana dia ambil gambar eh?? Macam ada tarikan graviti la pulak... Cantik jegambar ni.. Tegak je.. Kalau dekat angkasa lepas mesti la tak ada tarikan graviti.. Then mesti diaorang terbang-terbang n tak duduk setempat.. Nak belajar la juga cara-cara nak ambil gambar dekat angkasa lepas..
Means : Ada orang lain la, kalau berlajar sains pun bukan gambar neil Armstrong sorang je.. But ada 3 or 4 orang

O Macam mana pulak dia orang mendarat ke bulan? Bayangkan eh... Russia menggunakan kapal angkasa untuk mendarat sebelah ISS yang terapung sahaja... Bagaimana mereka boleh mendarat diatas bulan?? Sedangkan bulan tak ada graviti...

O Seterusnya, bagaimana dia orang melancarkan kapal angkasa mereka dari bulan, untuk balik ke bumi? Untuk melancarkan kapal angkasa memerlukan bantuan dari sistem lain untuk melancarkannya ke udara...

O Kenapa pada zaman manusia mencipta piramid.. Tak ada manusia pergi ke bulan?? Kenapa tak ada tanda-tanda? Sedangkan masa piramid dibina, teknologi mereka lagi canggih dari sekarang kot... Sebab mereka boleh angkut batu dari sungai Nil hingga ke padang pasir untuk dibina piramid...Malah, ukuran susunan piramid tu tersusun rapi, jarak antara batu lain disusun sama jarak...

Cukup la tu kot sebab dan persoalannya..... Korang fikirkan la kesahihannya ya... Aku tak ada bukti yang mencukupi untuk menyebarkan perkara yang agak mustahil dilakukan oleh kita sebagai manusia dan sebagai hamba Allah dimuka bumi ini...

Maklumat yang lain boleh korang cari dekat sini ~> http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-135800.html

p/s : Kalau nak percaya sesuatu tu... Fikir logik la ehh? Huhu


UPDATE