Jika program yang anda telah pasang ke dalam komputer rosak, cara yang paling mudah ialah dapatkan semula CD pemasangan dan install semula (reinstall) program tersebut. Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk baiki program yang rosak.
Bagaimanapun, bukan semua program yang rosak elok di install semula. Misalnya, kalu Windows yang rosak, jangan ambil jalan mudah dan reinstall Windows. Ini kerana Windows adalah perisian yang mengawal segala-galanya. Jika anda reinstall Windows, anda mungkin kehilangan program lain yang berkaitan.
Anda juga tidak dinasitkan untuk reinstall pemacu peranti (device driver). Ini kerana, anda hanya reinstall pemacu peranti jika anda hanya menghadapi masalah dengan peranti berkenaan.
Anda disarankan install semula perisian aplikasi apabila perkara berikut berlaku:
1. Perisian aplikasi berkelakuan tidak sebagaimana yang diharapkan. Sebelum ini perisian tersebut elok berfungsi.
2. Fail dokumen yang dikaitkan dengan perisian aplikasi yang lain.
3. Fail yang dikaitkan dengan perisian aplikasi telah rosak atau tiada lagi. Apabila anda mulakan perisian, utusan ralat dipamerkan.
4. Anda terbuang (uninstall) perisian aplikasi.
5. Perisian aplikasi dijangkiti virus atau perisian perosak yang lain.
6. Untuk install semula (reinstall) perisian aplikasi, ikut langkah berikut.
1. Masukkan CD setup atau CD install ke dalam pemacu CD।
2. Jalankan perisian install. Lazimnya fail yang dinamakan Setup. Ada CD yang dilengkapi dengan keupayaan AutoRun. Perisian install dijalankan secara automatic.
3. Teruskan proses pemasangan hingga selesai. Lazimnya perisian aplikasi yang dipasng dilengkapi dengan Installation Wizard. Anda perlu restart komputer.
Anda juga boleh gunakan utility yang dibekalkan oleh Windows untuk memasang semula perisian. Utiliti yang dimaksudkan ialah utiliti Add/Remove Programs. Ia terletak di dalam Control Panel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan