Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Isnin, 3 Januari 2011

Tangan putus masuk kereta

TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian.
TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian.
TUMPAT: Seorang penunggang motosikal mati dalam keadaan ngeri apabila tangan kanannya putus dan terpelanting ke dalam sebuah kereta akibat perlanggaran dengan kereta itu di Kilometer 11, Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, dekat sini, kelmarin.
Kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Roslan Mohd Daud, 22, dari Kampung Selising, Pasir Puteh, maut di tempat kejadian selepas tercampak daripada motosikal Honda EX 5 ditunggangnya, manakala kenderaannya itu terseret hampir lima meter.
   
Foto Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan datang dari Pengkalan Kubor sebelum motosikalnya bertembung Proton Wira dari arah bertentangan.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan tangan kanan mangsa terputus dan tercampak ke tempat duduk hadapan kereta berkenaan sebelum kereta itu berhenti pada jarak 100 meter.


Saksi, Mohd Azahan Daud, 38, berkata ketika kejadian, dia yang berada di kedai roti canai berhampiran melihat sebuah Proton Wira dipandu laju dari Kota Bharu cuba memotong sebuah kereta lain di hadapannya.

“Tiba-tiba dentuman kuat kedengaran menyebabkan kami yang berada di kedai terkejut dan bergegas keluar. Kami terkejut melihat mayat tercampak di hadapan kedai ini dengan keadaan tangan terputus.

“Motosikalnya diseret kira-kira lima meter dan ada percikan api keluar akibat pelanggaran terbabit sebelum kereta itu berhenti kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu Proton Wira yang berusia 30-an cedera di muka akibat terkena serpihan kaca dan dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan.

Rakan Mohd Roslan, Shazrul Hussin, 22, ketika ditemui berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, seluruh tubuhnya menggeletar melihat keadaan mayat rakannya.

“Sebaik tiba, saya lihat orang ramai mengerumuni satu sudut di kawasan itu dan terkejut melihat keadaan mayat rakan saya dengan tangannya terputus.

“Saya sedih kerana setengah jam sebelum itu, kami berjumpa di tempat kerja sambil minum bersama. Dia memberitahu mahu pulang ke rumah keluarganya dekat Pasir Puteh, tapi tidak pula beritahu mahu ke Tumpat,” katanya.

Katanya, sebelum berpisah, arwah memberitahu kebimbangannya berjalan jauh kerana terdedah kemalangan ketika pulang ke rumah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Oleh : Harian Metro

Sebumbung dengan mayat

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat lelaki  yang dijumpai mati di atas siling rumah.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat lelaki yang dijumpai mati di atas siling rumah. 
 
 
BATU PAHAT: “Rupa-rupanya, dua malam kami sekeluarga tidur sebumbung dengan mayat,” kata Kamaruzaman Sahlan, 40, selepas dua pekerja syarikat pendawaian elektrik menemui mayat lelaki melecur teruk di siling rumahnya di Jalan Bukit Pasir, jam 8.30 malam kelmarin.
Mayat lelaki berusia 50-an dipercayai penagih dadah itu dijumpai tertiarap dan hampir seluruh badannya melecur selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong wayar di siling rumah Kamaruzaman untuk dicuri.
Sebelum itu, Kamaruzaman dan keluarganya menyangka bekalan elektrik terputus di rumah mereka sejak petang Jumaat lalu berpunca daripada masalah pendawaian dan sama sekali tidak menyangka ia disebabkan cubaan mencuri wayar elektrik.

Mengimbau kejadian itu, Kamaruzaman yang ditemui semalam berkata, isterinya, Santi Jumingan, 27, memberitahu bekalan elektrik di rumah sewa mereka terputus sejurus dia pulang ke rumah untuk menunaikan solat Asar jam 6 petang, Jumaat lalu.


Kamaruzaman yang bekerja sebagai pembantu kedai melakukan pemeriksaan rambang, tetapi gagal mengesan punca masalah sebelum menghubungi pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meminta bantuan.

“Petugas TNB datang melakukan pemeriksaan pada jam 7 malam dan memaklumkan ia mungkin disebabkan masalah pendawaian dan perlu mendapatkan khidmat kontraktor.

“Saya menghubungi syarikat berkaitan dan dua pekerjanya datang membuat pemeriksaan, namun mereka juga gagal mengesan punca masalah,” katanya.

Menurut Kamaruzaman, pekerja terbabit berjanji datang semula keesokan hari melakukan pemeriksaan lebih menyeluruh termasuk sistem pendawaian di siling.

Selepas datang semula pada jam 8.30 malam kelmarin, dua pekerja itu meminta izin memecahkan siling bagi membolehkan mereka melihat sistem pendawaian.

“Sejurus menaiki siling, kedua-duanya terjun dan berlari keluar sebelum memaklumkan ada kaki manusia di atas siling. Saya terkejut dan keliru mendengar kata mereka, lalu meminta bantuan rakan, pekerja TNB membuat pemeriksaan.

“Rakan saya datang dan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan ada mayat lelaki di atas siling rumah saya. Saya terus membuat laporan polis,” katanya.

Kamaruzaman berkata, sepasukan anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat bergegas ke rumahnya untuk mengeluarkan mayat selain melakukan siasatan.

“Saya percaya lelaki terbabit terlebih dulu memecahkan siling bilik air kediaman kosong di sebelah rumah sebelum cuba memotong wayar elektrik di siling rumah saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Oleh : Harian Metro

Sabtu, 18 Disember 2010

Kosmo | Nilai Facebook RM141.1 bilion, Twitter RM11.6 bilion.

SAN FRANCISCO - Laman jaringan Sosial, Twitter mempunyai nilai AS$3.7 bilion (RM11.6 bilion) pada tahun ini, melonjak AS$1 bilion (RM3.1 bilion) berbanding tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

          Penilaian terbaru itu dikeluarkan oleh Twitter selepas ia mengumpul modal tambahan AS$200 juta (627.5 juta) untuk pembangunan tanpa memerlukan ia diapungkan di bursa saham Amerika Syarikat (AS).

          Suntikan modal tersebut diketuai oleh Kleiner Perkins Caufield & Byers yang merupakan antara firma permodalan terbaik di Lembah Silikon, AS.

          Pengumuman mengenai nilai itu dibuat kelmarin.

          Sementara itu, pencapaian memberangsangkan Twitter dilihat lebih baik berbanding saingannya, Facebook yang mempunyai nilai AS$45 bilion (RM141.1 bilion), baru-baru ini.

          Bekas pelajar Universiti Harvard, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun di kenali seluruh dunia sebagai pengasas Facebook.

          Twitter yang diasaskan bersama artikek perisian, Jack Dorsey, Biz Stone dan Evan Williams dan beribu pejabat di sini, memiliki 190 juta pengguna di seluruh dunia setakat bulan lalu.

         Firma komputer itu kini menggaji lebih 350 pekerja. Dua usahawan berjaya, Mike McCue dan David Rosenblatt dilantik menduduki kerusi lembaga pengarah firma berkenaan - Agensi

Isnin, 13 Disember 2010

Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.

Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)’
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan:Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatus sauda.
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam.

Banggunan Mirip Ka'bah



Heboh, ada sebuah bangunan mirip Ka’bah di tengah-tengah kota New York, Manhattan, Amerika Serikat.
Duplikat Ka’bah, bangunan suci umat Islam di Arab Saudi ini dijadikan tempat bar di mana jual miras dan minuman alkohol lainnya.
"In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Goverment of USA to not open this BAR."
Mungkin duplikat bangunan Ka’bah di kota New York ini adalah balasan atas izin yang diberikan Obama untuk masjid Park51 atau Cordoba Center. Inilah foto-foto Kaba’ah di New York,Amerika Serikat:




Ternyata setelah ditelusuri, ternyata kabar ini hanya HOAX..

Adakah orang kafir sengaja membina banggunan ini bertujuan untuk menyakitkan hati Umat Islam???