Rabu, 10 Julai 2013

Puasa Oiii!!!

Assalammualaikum…
Hari ni bermulanya bulan ramadhan. Bulan ni ialah bulan yang terbaik antara semua bulan. Bulan yang dimana pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Oleh kerana itu, aku ingat nak buat baik sikit pada bulan ramadhan ni. Actualy, sebelum ni aku bukan jahat sangat, tapi boleh la… haha…

Nak dijadikan cerita hari ni perut aku memang nak dikata kan tahap tong drum. Kalau aku ketuk, konferm berbunyi “dum” “dum”. Ni angkara sahur aku tadi dah membawak ke subuh. Kalau aku tahu la aku akan terlajak tido hari ni, aku tido awal semalam.. Ceh… Macam siput, lepas puas berdengkor pagi tadi, aku sedar je… Aku capai henfon aku, aku cari punye cari. Rupa-rupanya henfon aku dah tercampak dekat bawah katil. Tu la, mungkin malam tadi aku mimpi baling-baling henfon bawah katil agaknya. Huhu…

Esok tu, bile dah terang aku tengok 6 misskol. Aku tengok je, ada 3 misskol dari mak, 3 misskol dari ‘ehem.. ehem..’. WARGH!!! Bengang aku mase tuh.. Perot kosong, bangun lambat da. Aku pun menonong je la ambil towel aku dan blah pergi bilik mandi. Apa lagi aku, mandi kobau je la.. Tergesa-gesa aku masa tuh..

Last-last nasib baik sampai kelas. Aku orang terakhir  yang sampai kelas. Gila la kawan. Nasib baik tak kena memekik dengan lect aku.

Kepada semua pembaca SELAMAT BERPUASA ye.. Jangan curi tulang pulak…

Tiada ulasan: