Assalammualaikum... Salam sejahtera...
Seperti yang korang tak pernah tahu.. Aku di poli mengambil kos Teknologi Maklumat (Programming)... Nak dijadikan cerita, pada dahulunya kos ini amat aku suka... Selepas semangat aku patah semasa kerja dikedai makan Zamina Berkat oleh keluarga yang berapa minat dengan kos yang aku mohon tuh... Tetapi Alhamdulillah.. Akhirnya mereka sokong juga aku...
BTW aku tak nak merepek panjang-panjang, sebab aku tahu tak ada orang nak baca nanti...Hari itu seperti biasa aku pergi ke kelas "Essential" macam biasa... Sementara menunggu kehadiran Encik Johannas yang selalu lambat depan lab, aku dan rakan-rakan melakukan banyak pergerakan diluar makmal ibarat cacing kepanasan... Tapi itu cuaca yang panas tidak pernah meruntuhkan semangat kami untuk menuntut ilmu... Dan encik Johannas berjaya tiba dimakmal komputer aras 2... Mungkin Encik Johannas kering je sebab selalu kena panjat tinggi-tinggi kot.. Kesian beliau...
***
Kelas pun bermula... Seperti biasa, aku dengan berlagaknya bukak laptop aku depan beliau... Meski pun aku tahu laptop aku yang agak murah ni agak gelap kerana pancaran matahari yang terik diluar sana ketika menunggu lecture... Namun aku masih tidak merasa segan untuk menunjuk-nunjuk kerana jenamanya yang agak murah... Tapi aku taknak lah cerita pasal benda remeh ni... "Berlagak betul la kau nih.".. Ye memang aku berlagak XP
Haha... Aku gurau je... Aku tak berlagak pun... Kalau jumpa tegur... Komferm aku tegur balik...
Tetttttttt...
Subjek hari itu menarik perhatian aku untuk fokus kepada bait-bait perkataan encik Johannas... Nak tahu ape topik dia???
![]() |
| Tajuk dia "HTML" |
Ha! Kau... Aku minat gile topik ni... Sebab masa aku sekolah dulu, cikgu aku ada cakap jadi web Disigner ni boleh mendatangkan pendapatan untuk student yang berkemahiran macam aku... Aku pun apa lagi... Dengar pasal duit mata aku pun dah macam ni -----> $_$
Apa-apa pun tu bukan tujuan aku sebenarnya, aku minat HTML sebab dia menarik... Macam-macam boleh buat... Termasuk la nak masukkan video, nak masukkan gambar, nak masukkan lagu.. Semua boleh... Tu yang aku minat.. Dengan minat yang aku ada, Alhamdulillah aku dapat tolong ajar kawan aku yang tak pandai buat HTML... Aku seronoh weh sebab dapat kongsi ilmu ni dengan kawan aku... Aku tak rasa jales pun bila dia orang pandai dari aku bab HTML ni... Serius aku cakap....
Bak kata pepatah "Ilmu jangan kedekut, nanti lama-lama ilmu tu hilang entah kemana"
p/s : Pesanan aku sebenarnya nak korang selalu la berkongsi Ilmu tu... Sesungguhnya Ilmu Allah itu Luas...

1 ulasan:
Abul..best and awesome!
Catat Ulasan