Rabu, 10 Julai 2013

Biar Putih Menjadi Hitam

Assalammualaikum...
Hari ni terkenang kembali peristiwa yang baru berakhir beberapa hari yang lepas...
Tanggal 11 Jun 2013 aku telah berjaya menamatkan kursus asas prajurit muda siri 3 / 2013..

Alhamdulillah selama sebulan aku disana, tiada apa-apa yang berlaku yang membuatkan aku berubah hati untuk berhenti dari meneruskan kursus ini... Semangat kawan-kawan yang meneruskan kursus itu menjadi contoh untuk aku meneruskan perjuangan ini...

Kini aku bergelar prebet Askar Wataniah... Bunyi macam low class kan... Tetapi dugaan yang dihadapi ketika didalam tu amat menguji mental dan fizikal...

Buat kali pertama kalinya aku nak menceritakan tentang pengalaman aku tu... Tajuk entry aku kali ini adalah satu perkara yang penuntut kursus amat sukar untuk menerima... Nak tahu kenapa?? Sebab muka aku macam orang minyak dah. Hitam berkilat muka aku masa tu. Dah macam minyak hitam tumpah dekat muka. Memang hampeh la kan.

Muka aku hitam gara-gara main panas ditengah padang kawad dari pagi hingga la ke petang. Memang macam hape la kan. Kulit aku mengelupas macam nak tercabut da kulit muka. Kalau masa solat tuh jangan cerita la, macam sujud atas pisau je.

Tapi hari-hari tu berakhir dalam 1 minggu je. Selepas perasmian tu je. Kulit aku kembali stabil dan aku semakin gelap. Memang rare la. Dengan kepala botak baru aku lagi. Memang dah macam toyol gemuk hitam da... Kelakar kot.. Kalau aku snap gambar aku masa aku botak hitam dulu, aku rasa kalau aku tengok. Aku gelak sorang-sorang. Macam hape jer.

Tapi Alhamdulillah sekarang kulit aku dah cerah balik dan rambut aku yang botak dulu sekarang dah tumbuh. Awek pun makin ramai... Hahaha... Aku gurau je. Makwe aku ada satu je. Tak ada yang lain.. Cinta aku untuk someone yang benar-benar memberi makna yang mendalam dalam hidup aku.. Cewah! Merepek bagai...

Aku pun rasa macam tak ada cerita da. Sampai sini je la penulisan aku untuk kali ni.. BTW, wataniah memang the best...

Tiada ulasan: