Isnin, 6 Julai 2015

Detik Detik Bermula

Assalammualaikum.
Alhamdulillah minggu ni masuk minggu ke 3 aku menjalani latihan industri atau dalam erti kata lainnya praktikal. Untuk pengetahuan korang, aku sekarang praktikal di Institut Pengajian Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Dekat sini memang ramai wanita yang molek molek. Tinggal nak pilih je mana yang berkenan. Hehe.. Apa apa pun, hal teman wanita kita tolak tepi dulu. Sekarang aku nak share sikit pengelaman aku.

Untuk hari pertama aku melapor di IPGKPM Melaka. Macam dalam cerita melayu, biasanya mesti ada something trouble. Pada pagi tu, lepas subuh aku siap siapkan diri untuk melapor pada hari tu. Memang serabut juga la masa tu. Macam macam benda bermain di fikiran, suasana tempat praktikal, staff dia macam mana. Tup tup.. Yesss. Something aku terlupa. Print surat melapor.

"Hah kau.. Semalam eksyen macam hari ni tak ada apa apa."

Punya kusut aku masa tu. Terus aku kol member aku. Aku tanya macam mana nak buat kalau surat tak ada. Then dia cakap bagi hari lain. aku pun bajet kool je. Jawab "Okay". Lepas tu aku start je moto terus gerak ke tempat praktikal.

*

Alhamdulillah staff kat ipgkpm semua mesra. So, aku dan geng aku yang lain tak rasa kekok la untuk berkerja dengan mereka. First day je, alhamdulillah aku dah dapat task. Iaitu format laptop staff kat situ. Member aku yang lain. Bila dengar je staff tu mintak tolong satelkan masalah laptop dia. Terus mata diaorang jeling aku.



"Ciss! apehal pandang2, mau kena tibai ka?", aku cakap dalam hati. Memang hamperh jugak la. Tapi alhamdulillah aku dapat selesaikan masalah tu dalam masa 2 hari. Complete.

*
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan: