Khamis, 11 Jun 2015

Multi relay

Alhamdulillah. Aku baru balik dari.hutan. Setelah 4 hari 3 malam aku bersama skot yang lain bermalam di hutan simpan slim river di tanjung malim perak. Tapi citer pasal dihutan aku bincang dilain post.

Kali ni aku nak habaq mai pengalaman aku masa multi relay. Terbahagi kepada 6 kumpulan dan 4 orang angota bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan aku bawak stracher@pikul orang atas katil medik tu. Diangotai aku, amin, aziwan@dagu dan fatin.

Nak dipendekkan cerita. Lepas turn kiteorang, aku gelabah gak mula mula. First way je kiteorang dah kena daki bukit cerun. Tegang beb urat betis aku. At last aku ambil keputusan berjalan dengan langkah besar masa daki bukit tu. Tu pun aku dah tercungap2. Alhamdulillah jurulatih follow kami. Bagi kami sokongan. Mula mula aku nak mental da. Tapi dengan kata kata semangat dari koperal Lan Bird dan Koperal Mokhtar disebelah kami. Berjaya meningkatkan semangat dan mental aku. Sumpah sakit weyh bahu aku.

Aku cuba pecut, tapi tak mampu. Aku mampu slow jog je masa tu dan aku stabilkan tenaga aku. Bila turn aku sorang2 pikul di depan. Fuhh. Mencungap weyh. Fatin yang atas tu dah terhantuk2 kepala. Si dagu dah mental. Amin lak masih layan. Aku push diri aku. Dan aku dapat potong politeknik ibrahim sultan.

Tak jauh dari garisan penamat aku mula pancit. Amin ambil alih kedudukan aku didepan dan terus menuju garisan penamat. Lepas je turn aku. Pening beb kepala. Darah aku naik ke kepala. Alhamdulillah aku tak tumbang dan aku mampu bertahan berdiri sendirian tanpa sokongan kawan lain.



posted from Bloggeroid

Tiada ulasan: