Hari ini 18 Februari, seawall 6 pagi aku bongkar dari tidur
dan terus menuju kebilik aku. Aku pun siapkan diri untuk sembahyang subuh dan
seterusnya gosok baju untuk kekelas pada pagi itu. Setelah selesai semua dalam
jam 6.35 pagi.. Aku sambung semula tidur kerana pada malam itu aku tidur lewat
dalam jam 2 pagi kerana duduk bersembang bersama kawan sambil membuat latihat
matematik yang diberi pensyarah sebelum cuti raya cina 1minggu yang lepas.
***
Pagi tu kelas pertama je, aku dah lambat sebab tunggu kawan sekelas aku yang terlajak tidur. Tapi tak lewat sangat, dalam 5 minit macam tu. Aku dengan kawan-kawan aku yang lewat tuh masuk je la terus. Sebab kalau nak masuk makmal tu, kena masuk dari belakang. Aku dengan kawan masuk terus duduk buat tak tahu.
Lepas dah duduk tu, habis aku kena bahan dengan kawan kelas
aku, dalam bahasa lain kena ejek dengan
kawan aku kerana selama ini aku rapat dengan seorang budak perempuan
kelas aku, nama dia Nadzirah. Tetapi sejujurnya diantara aku dengan dia hanya
lah kawan.. Dan aku rapat dengan dia, sebab kalau boleh aku nak dia rasa
gembira di politeknik selama Semester 1 ni… Sebab semester 2 dia dah tak ada..
Sebab berhenti untuk mohon Universti untuk sambung ijazah terus sebab sebelum
ni dia pernah ambil Form 6 (STAM).
Nanti kawan kelas aku dah kurang. Dulu aku ada dengar cerita
pula, ada kawan kelas aku nama Era nak berhenti politeknik, sebab dia rasa
macam dia seorang tak pandai untuk masuk kelas tu sebabnya aku dan kawan-kawan
kelas aku ni jenis huru hara dan suka berlagak pandai, wahal aku tak pandai..
Hati aku mula rasa sedih sebab kawan-kawan seperjuangan ada yang nak berputus
asa. Tujuan aku masuk politeknik tu pun untuk belajar jadi pandai. Bukan aku
masuk politeknik untuk tunjuk yang aku ni pandai. Aku sedih sangat.
***
Tutup cerita pasal berhenti politeknik. Nanti aku sedih
pulak. Masuk kisah ceria sedikit. Pada malam 18 Februari aku dan geng lain
(Azry,Ameer, Hakim, Amin, Hasrul, Hasan, Uzair, Alif) buat job, hambat kawan
kita orang yang sorang ni. Sebabnya nak pekenakan dia sempena hari lahir beliau
yang baru sahaja beberapa hari yang lepas. Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Ye Ayep..
![]() |
| Si Ayep |
Masa aku hambat dia, selipar jamban aku asyik-asyik
tercabut.. Berbulu je aku dengan selipar tu. Nasib baik lah selipar tu dari
Jepun (SELIPAR JEPUN WARNE HITAM PUTIH BERTALI BIRU).. Akhirnya berkat selipar
jepun tuh, aku jumpa kawan aku tuh dan aku tangkap dia.. Haha.. Bangga sekejap
aku masa tuh. Maklum la.. Nak hambat dia seorang je dah macam hambat hape tah..
Susah sangat nak tangkap.. Kejap-kejap hilang, tah mana lubang dia sembunyi…
Kita orang cari aras bawah, dia lari aras 2.. Kita orang hambat aras 2, dia
lari aras 1… Masing-masing cari dia.. Dalam tandas la.. Tapi tak jumpa.. Nasib
aku la tu, jumpa dia belakang pintu block..
![]() |
| Azri, Ayep, Aku |
Dah habis kisah hambat-hambat.. Aku dan geng bawak Ayep
dekat belakang block.. Ape lagi, Geng
aku yang lain letupkan kepala si Ayep ni dengan teloq.. Tepung pun dia orang
baling.. Tapi aku tak join.. Sebab aku penat sangat main kejar-kejar dengan si
Ayep.. Lagi pun aku ni tak boleh terlalu penat.. Komferm batuk macam nak mati…
Fuhh… BTW kesian juga aku tengok si Ayep tuh, putih lepak badan dan muka dia..
Hahaha… Ada juga dia hambat aku, sebab nak peluk supaya sama-sama mandi
tepung.. Tapi nasib baik la aku lepas lari dari si Ayep.. Aku punya lari la
dari dia sampai selipar jamban aku putus.. Haha… Suka sangat malam tu..
![]() |
| Ameer, Azri, Ayep, Aku |
![]() |
| Huru hara belakang block |
![]() |
| Hasan, Aku, Hakim, Ayep, Ameer, Azri, Alif, Amin dan Uzair. |
Suka suka pun, cuak juga aku.. Kot kot kantoi dengan Abang
Guard yang lepak dekat belah depan sambil buat taik mata. Nasib kita orang
baik, sebab tak dihambat oleh Abang Guard yang otai.. Haha…
MSG : Ayep, harap chill… Kita orang gurau je… Nak bagi ko
rasa happy.. Tak apa… Lain kali kita kenakan kawan yang lain..
p/s : Jangan tiru aksi kami.. Sebab kesian pulak kawan yang jadi
mangsa.. Haha





Tiada ulasan:
Catat Ulasan