Rabu, 20 Februari 2013

Class Cancel + Video Project


Pada pagi tu macam biasa aku ada kelas .. Tapi yang berbezanya ialah kelas kami tidak banyak seperti hari yang lain.. Sepatutnya hari itu, aku ada 3 kelas tapi disebabkan seorang lecture MC, kami ada 2 kelas je. Iaitu kelas Softskill dan Bahasa Inggeris. Kusut juga aku masa tu, sebabnya yang kelas tak ada ialah subjek yang agak mencabar dalam kos yang aku ambil iaitu program principle.

Tampa meleteh banyak, masa softskill. Pensyarah kita orang suruh lukis gambar sendiri menggunakan tangan yang tak selalu kita orang gunakan (iaitu tangan kiri kebanyakan orang).. Lukis punya lukis.. Hambek… Muka orang yang aku lukis tu macam Selenga.. Dari pada nak melukis garis lurus. Terus jadi bengkang bengkok… Haha… Main lukis-lukis macam ni. Teringat pulak aku masa duduk dekat PLKN dulu… Rindu giler weyh…

Lebih kurang macam ni la lukisan aku masa tuh.. hahaha.. (Sumpah Buruk)

Selain dari melukis tu, aku kena buat video lagi dalam group macam sebelum ni yang aku pernah buat macam “Cinta 4 Segi” dan “Abortion”.. Macam la kena buat dalam politeknik ni.. Tapi tak apa, seronok wo buat… Ni dalam perjalanan buat video “News”… Tambah pulak video softskill yang baru je dapat iaitu “Zaman Dewasa”… Ohh My.. Tajuk macam bosan.. Haha… Tapi aku and the geng akan cuba buat tajuk tu menarik… Oyeah…

Cameraman : Dayang , Aku 

Pelakon Utama : Zulhaizam
Lepas aku keluar politeknik nanti.. Boleh la jadi pelakon utama dalam sesuatu cerita. Sebab kemahiran berlakon dah ada… (Bangga Sekejap) Hahaha… Aku target nak berlakon dalam filem MIG.. HAHAHA… Sumpah tak pernah terfikir nak jadi pelakon ni.. Tapi dalam banyak part tuh.. Bukan semua yang aku serius... Aku tak boleh serius la.. Sebab bila nak serius sikit.. Member aku si Zul tuh gelakkan.. Macam hawau jer.. Haha

Tiada ulasan: