Aku main game empires and allies dekat facebook.. Maklum la.. Game tu top dekat kelas EE1 nih... Mejoriti member kelas aku semua main game tuh...
Game tu melibatkan member online Fesbuk tuh... Tu yang syok.. Ada fight.... Huhu... Mujurlah aku salah seorang insan yang lemah dalam games tu... Mana taknya.. Level aku kemain low lagi... Tapi aku kuat la jugak an.. Sebab dapat tewakan musuh yang jajah tempat kawan aku... Huhuhu.... ( Hebat la sangat an )
Then aku tidur la selepas penat bermain games..
Intro ~>
Dalam istana yang agak besar.. Tetapi keadaannya seperti tak aman.... Berdentam dentum.. Macam bunyi bunga api masa malam raya... Huhu... Tup-tup... Seorang raja Omputih berkata : "General Hasbullah... Kami memerlukan bantuan kamu untuk menewaskan musuh kita",(dalam loghat Omputih)... Masa tu aku pun terkejut jugak la.. Bila masa tah aku jadi general... Yang aku tahu masa tu aku hanya seorang pelajar sekolah yang agak muda dan macho... (ehem... Terlebih perasan la pulak.. Hihihi...) <~ Korang jangan risau dalam mimpi je nih...Aku pun terima arahan raja tersebut... Then aku berlari ke pangkalan tentera untuk menyediakan tentera dan strategi demi menyelamatkan negara... Cewahh....
"Tentera-tentera ku sekalian... Aku memerlukan khidmat kamu semua untuk menewaskan balaci yang telah memusnahkan tempat tinggal penduduk di negara ini... Ehh! Sial la! Puih!", lalu aku meludahkan ditepi batu bata... Hahaha...
*****
Akhirnya perperangan taman... Dan aku ditabalkan sebagai pahlawan negara dihadapan musuh-musuh yang telah berjaya yang aku tangkap... Then aku datang dan capai kepala ketua angkatan musuh A.K.A lanun yang menganas tuh... "Oi ! Kau ikut aku... Aku nak kau mintak maaf pada penduduk seorang demi seorang.. Kalau tak.. Aku sekehh kepala hang sat gi.. Mau??", aku cakap dengan tegas....
Dia pun duk follow je apa yang aku cakap... Haha.. Maklum la... Aku kang hero dalam mimpi nih... Cehh!.. Aku tengok muka ketua diaorang macam mintak penapak jer... Sedey giler beb.. Haha...
***
Aku pun tersedar dari tidur... Aku teringat balik... Ni semua kesan dari main game empires and allies tuh la... Sampai terbawak-bawak dalam tidur... Hm... Gelak jugak aku seyh... Mana tak nya musuh yang punya ganas boleh dengar cakap orang macam aku.. Haha....
~The End~
p/s : Mimpi tu mainan tidur je beb.. Toksah percaya ape yang korang lalui... Syaitan semua tuh...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan