Ahad, 25 September 2011

Facebook! Oh! Facebook!

Malam yang sepi tanpa bunyi yang membingitkan telinga memberi aku ilham untuk menulis entry yang agak HOT dan trend zaman serba moden sekarang... Cewah... Facebook! Kehadirannya mengubah mahkluk dimuka bumi ini dan memberikan kemudahan kepada manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain dengan mudah walaupun jarak mereka jauh 1 juta kilometer sekalipun... Hebat bukan?



Apa yang kita tahu facebook banyak perkara yang baik dan bagus... Salah satunya mampu mencari rakan yang telah lama hilang.... Sedarkah kita bahawa Facebook juga memiliki keburukannya? Aku juga menggunakan facebook untuk kegunaan seharian.... Facebook memang banyak perkara baik... Ia jadi tidak baik kerana manusia yang tidak bertanggungjawab dan telah salah menggunakannya untuk mengancam orang lain dan menjadi punca pergaduhan...

Contoh perkara yang telah salah digunakan dalam ruang sosial facebook ini ialah :

O Remaja yang menggunakan status bertunang/berkahwin, wahal mereka sendiri tidak pernah mengalami status tersebut... Malahan ada yang in relationship with sejenis mereka

O Mengancam agama lain dengan mencipta fan page seperti anti-Islam . Aku tak bermaksud fan page tak berguna kepada pengguna... Tetapi ia jadi tidak berguna kerana disalah guna...


O Mencipta group dan hanya merosakkan akidah seseorang...  Seperti mencipta group untuk menggunakan kata-kata lucah dan menyiarkan perkara yang merosakkan akidah seseorang...


O Penggunaan bahasa yang kesat serta mengancam pengguna facebook yang lain...


Itu serba sedikit penyalahgunaan facebook... Aku tak bermaksud facebook tidak bermanfaat untuk korang serta diri aku juga... Facebook berguna juga untuk peluang perniagaan, populariti seseorang, mencari kawan lama dan macam-macam lagi perkara yang menarik...


Jika korang tu ada salah gunakan facebook... Lebih baik korang betulkan balik apa yang salah... Dan korang jangan ulangi lagi... Sesungguhnya perkara yang buruk itu berpunca dari nafsu dan pemikiran yang tidak baik... 


p/s : Tak baik buat orang marah atau sakit hati tau....

2 ulasan:

Unknown berkata...

btul2..aku sokong apa yg ko ckp:)..

Khairiyah berkata...

stuju!!!