Selasa, 22 Februari 2011

Saja Nak Jiwang - jiwang

Ingat tak lagi masa kita baru berkenalan?? Kau anggap aku seperti kawan biasa. Setelah dua bulan berkenalan kita menjadi semakin rapat. Tiba-tiba satu hari tu, ada seorang lelaki hadir dalam hidup mu. Setiap hari dia SMS kau. Aku cemburu sangat-sangat, tapi kau cakap yang kau tak akan terpikat dengan dia. Ada satu hari tu dia mintak couple dengan kau, sebelum tu kau tanya pada aku. “Boleh tak aku nak Couple dengan dia?”, kau minta keizinan dari aku. Perasaan aku sangat sedih saat tu. Aku mengizinkan kau bersamanya meskipun perasaan aku sedih. Aku sedar kau kenal dia baru seminggu. “Cinta aku hanya untuk kau seorang sahaja, aku dah cinta mati pada kau”, begitu berani kau ucapkan pada aku. Meskipun aku sedih, terselit juga kegembiraan yang berpunca dari kata-kata mu itu. Setelah kau pergi bersamanya. Kau masih beri harapan pada aku. Aku gembira sangat-sangat. Tapi aku tahu kegembiraan ini hanya seketika sahaja. Kemudian kita kembali rapat semula dan menjadi couple walaupun kau masih bersamanya. Satu hari tu, aku terbaca sepotong nota dari friendster dia “….awk, b cintakan ayg, b jnji akn jge ayg. Muahxx” . tetapi bagi aku semua tu hanya satu kata-kata yang menyedihkan buat aku. Apabila aku terkenang, berbagai-bagai soalan yang keluar dari minda aku, contohnya “…hina sangat ke aku ni….?”. kemudia suatu hari tu aku ingin meluahkan apa yang berlaku antara kita pada kekasihmu. Tetapi kau halang aku. Aku menahan sebak. Aku sabar menerimanya. Aku cuba untuk meminta hubungan kita diputuskan, tetapi kau tidak izinkan aku, aku faham… Selepas beberapa minggu, aku memasang couple bersama rakan kau, tanpa pengetahuan kau dan tanpa keinginan aku. Maafkan aku. Aku terpaksa lukakan hati kau. Aku buat semua ini kerana aku tak mahu kekasih kau melebelkan kau sebagai perempuan murahan, aku tak nak. Seminggu lepas tu, kau dapat tahu dari mulut kawan kau yang aku menduakan cinta kau.  Aku bersyukur, aku terima. Akhirnya kau sedar juga yang aku ni curang. Kemudian panggilan aku tidak pernah kau jawab selepas kejadian tu. Tiba satu hari tu, tanpa kau fikirkan perasaan aku, kau memaki hamun aku sebagai tempat melepaskan geram kau terhadap aku…. Aku faham, kau begitu tertekan. Aku sabar menerima hinaan kau terhadap aku. Kau cakap aku “…..Lelaki S**L , anak sundal, aku tak pernah kenal lelaki yang paling tak berguna macam kau…..!!”. Kau lemparkan tanpa kau fikirkan perasaan aku. Tidak sedikit pun kata-kata kesat yang aku ucapkan masa tu. Aku terkedu. Kecewa sangat-sangat hati aku masa tu.Dalam kesedihan itu, ada terselit perasaan yang gembira, kerana aku dapat putuskan hubungan kita. Jangan salah faham. Aku buat semua ini untuk kebaikan kau. Walaupun bagi kau, aku hanya lelaki yang teruk. Tetapi kenapa sehingga kini kau membenci aku?? Teruk sangat ke aku ni?? Untuk pengetahuan kau, masuk bulan sepuluh ni. Genap setahun kenangan pahit kita berlalu. Kenapa kau marah bila aku SMS kau? Kenapa kau selalu larang aku untuk aku SMS kau? Tolong la jawab. Salah ke aku SMS kau? Salah ke aku nak SMS kau hanya sebagai sahabat yang dulu pernah kita bina..?? Berbagai-bagai alas an yang berikan pada aku. Kau cakap kekasih kau marah bila kau berhubung dengan aku lagi. Kenapa?? Dia dah jadi tuning kau ke?? Betul ke dia sanggup terima kau, sekiranya kau cacat satu hari nanti? Betul ke dia sanggup jada kau saat kau terluka? Betul ke dia sanggup jaga kau walaupun saat kau terlantar atas katil nanti? Benarkah dia akan menjaga kau sebaik-baiknya? Kau tahu tak, menitis air mata aku apabila teringatkan kau. Sedih sangat-sangat. Pernah kau fikirkan tentang aku yang terseksa disini? Apa-apa pun terima kasih sebab bagi aku peluang untuk merasai cinta dari kau walaupun sekejap sahaja.. Terima Kasih!!

1 ulasan: