Selasa, 22 Februari 2011

Maaf?? Kenapa mesti memaafkan??

Hari ini aku nak cerita... sikit tentang "maaf".. Ada di antara manusia suka berdendam kerana sesuatu sebab. Tetapi adakah korang pernah terfikir bahawa memaafkan seseorang adalah amalan yang mulia? Tentu korang tidak pernah terfikir. Ini disebabkan hasutan dari syaitan agar anak Adam sering membenci diantara satu sama lain dan melakukan dosa.

Pernah tak korang terbaca dalam sesebuah hadith Rasulullah yang berbunyi :

"Umat yang paling Rasulullah sayang, ialah umatnya yang suka meminta maaf kepada saudaranya"


Pernah tak korang tahu? Berapa untung nya kita kalau kita seorang yang pemaaf. Kalau kita suka memaafkan orang, mesti ada ganjaran pahala untuk kita tau...



Maksud aku memaafkan tak semestinya berjabat tangan.. Bagi lelaki dan lelaki bagus kalau berjabat tangan, mengerat silaturrahim diantara saudara. Kalau lelaki dan wanita jangan sesekali korang berjabat tangan kalau bukan murim korang, Haram.. Boleh masuk neraka. Dari korang dapat pahala terus dapat dosa. Huhu... 

Dah berjabat tangan tu, hati pun mesti ikhlas la. Jangan yang dilakukan lain, tapi niat lain pulak. Berdosa tu..
Kalau korang nak mintak maaf hanya tiga kali je. Kalau orang tu tak nak maafkan korang sabar je. Dosa korang dengan dia kira burn je. Sebab korang dah minta maaf. So, tinggal dosa dia dengan Allah je, sebab tak nak memaafkan saudara seislam.

p/s : Jadi la manusia yang mudah dan suka memaafkan orang lain.
       Jangan la jadi manusia yang berkeras hati untuk memaafkan orang lain. Kerana ia salah satu sifat syaitan.

Tiada ulasan: