Ahad, 13 Februari 2011

Berubah!

Pada tahun ini mesti ada diantara korang yang berazam untuk berubah. Betul tak...?? Tapi korang dah tentukan tak nak berubah kepada perkara positif atau negatif???

Kalau perkara yang positif mungkin guwa boleh bantu korang semua yang beragama Islam.

Bagi korang berubah ini adalah sesuatu yang sukar. Tu semua guwa tahu, tapi pernah ke korang terfikir ke siapa yang akan ubah diri korang selain diri korang sendiri? Tak kan member korang kot...

Okeyh...
Sini guwa boleh bagi tahu bagaimana untuk korang berubah. Tips dia cukup mudah jika korang memang, benar-benar mahu berubah.

Tips nya ialah : 
  • Menginsafi diri sendiri - Kiranya korang menyesal sangat-sangat dengan kesilapan yang korang lakukan... Tapi korang mesti ingat kita hanya manusia biasa yang pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan. (Bak kata kawan guwa ''Orang yang bodoh je yang jatuh tempat yang sama''. Maksud dia, orang yang tak pandai je akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali.
  •  Solat 5 waktu - Solat 5 waktu juga salah satu tiang untuk korang berubah, solat 5 waktu mampu cover korang punya tata susila. Contoh korang akan sentiasa ingat dunia dan akhirat, dan sentiasa akan memikirkan perkara positif. Secara tidak langsung akan melahirkan sifat-sifat mulia seperti bersabar dan belas kasihan. Solat 5 waktu juga akan melahirkan insan yang sentiasa menepati masa. Contoh korang akan solat tak kira dimana jua korang berada jika sudah tiba waktu solat.
  •  Solat taubat dan solat hajat sebelum tidur - Mungin bagi korang ini menyusahkan, tetapi jika korang mahukan perubahan dalam kehidupan korang yang dipenuhi masalah dan dosa. Ini lah jalannya, waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk kita berdoa kerana keadaannya lebih tenang dan sunyi. Dengan cara ini korang akan dapat menyendiri dan berhadapan dengan Allah SWT dengan lebih khusyuk.
  •  Istigfar jika melakukan kesilapan atau kesulitan - Astagfirullah, ini salah satu kalimah yang perlu korang lafazkan jika menghadapi kesulitan atau melakukan kesilapan. Dengan cara ini, minda kita akan merasa tenang dan akan memikirkan perkara yang terbaik untuk diri kita.
  • Berpuasa Sunat - Korang boleh juga berpuasa, untuk menahan nafsu dalam diri dari melakukan dosa. Pernah juga guwa dengar ustaz cakap. Nafsu tak akan berubah dengan apa cara sekalipun, kecuali lapar.. Nafsu sanggup berubah jika kelaparan. Selain itu korang boleh dapat ganjaran pahala kerana berpuasa sunat.
  • Menjauhi diri dari melihat aurat orang lain - Pada zaman sekarang, perkara ini amat sukar untuk dilakukan. Betul tak?? Sebabnya zaman sekarang, kemana sahaja kita pergi, mesti ada sahaja manusia yang sengaja menunjukkan aurat nya secara umum. Salah satunya cara yang korang boleh buat ialah jarang keluar dari rumah.
  • Sentiasa berfikir -  Sekarang guwa tak nak korang fikir perkara yang Negatif, guwa mahu korang fikir perkara positif seperti, bagaimana untuk meningkatkan Iman atau berfikir mengenai ilmu yang berfaedah (seperti Sirah Rasulullah).
  • Melakukan solat sunat Qabliah dan Bakdiah - Solat sunat mampu menambah pahala korang dan disampin itu korang boleh berdoa. Disamping itu mampu memberi contoh kepada orang lain.
  • Jadi diri sendiri - Maksud guwa dekat sini ialah, korang mesti jadi diri korang sendiri. Jangan korang nak mengatal tiru diri orang lain. Korang mesti percaya yang korang boleh jadi lebih baik dari orang lain. Dan itu adalah cabaran untuk diri korang supaya boleh berubah ke perkara positif.

p/s : Perubahan dalam hidup tak susah kalau itu kehendak diri sendiri. Semua boleh berubah dengan kehendak diri sendiri
Tak ada siapa yang boleh ubah diri korang.

    Tiada ulasan: