Ahad, 13 Februari 2011

Fantasi dan keinginan

Salam Sejahtera,

Siapa yang tak punya fantasi, impian dan keinginan?
Apalah erti hidup bagi mereka yang tak punya semua itu ye?

Banyak fantasi, impian dan keinginan yang terpendam dalam sudut hati saya. Semakin lama semakin membara, namun bukan semua itu yang ingin saya bicarakan untuk post pertama blog baru ini. Biarlah segala impian dan keinginan saya terus tersimpan disudut hati dengan iringan doa agar segalanya akan segera tercapai.

Seperti insan lain, saya juga impikan dan inginkan blog saya terus hidup, namun impian dan keinginan saya terkubur apabila Ardzham Blog yang saya bina selama ini terpaksa saya lupakan kerana masalah teknikal yang tak dapat diselesaikan sejak Disember 2010. Sebagai lagkah seterusnya kini saya mulakan blog baru dengan domain yang sedia ada sejak Jan 2004.

Kepada rakan-rakan yang saya kenali melalui dunia blog, harap masih sudi berkunjung ke familiazam.com walaupun blog telah bertukar wajah dan segala post dan komen lalu telah terkubur. Setinggi-tinggi perghargaan kepada Megat pemilik blog cilihati.com yang banyak mendorong, memotivasi dan membantu dalam membina semula blog ini.

Sekian Wassallam.

Tiada ulasan: