Sabtu, 17 September 2016

Dimana ayah?

Assalammualaikum.

Aku nak cerita sedikit apa yang berlaku pada aku baru-baru ni. Mungkin juga ia adalah disebabkan oleh aku rindu. 

Aku mula kan cerita.

Suasana masa tu gelap. Aku tak tahu aku dekat mana masa tu. Tapi yang pasti aku dengar suara dan bunyi bunyian. Aku punya mata pun tiba-tiba terang. Dan aku nampak semuanya. Aku nampak emak sibuk menjahit langsir dan manakala kakak sedang sibuk menyangkut langsir yang sudah siap ditempah oleh orang.

Aku tak faham situasi tu. Apa yang cuba mereka lakukan. Tetapi apa yang aku faham. Itu lah pekerjaan mak dan kakak aku. Cuma masa itu aku kebingungan. Aku sedih melihat keadaan kami masa tu. Aku menangis. Kemudian aku bantu emak dan kakak aku untuk siapkan tempahan.

Setelah beberapa ketika. Aku tertanya dan bertanya kepada emak. 

"Dimana ayah, mak?"

Emak aku pun menjawab,

"Ayah dekat hospital. Ayah kena tahan wad"

Aku terkejut. Kerana ketika ayah dihospital. Emak dan kakak masih boleh bekerja keras untuk duit. Aku semakin tak faham. Kemana hilangnya kasih dan sayang emak pada ayah. Aku dengan perasaan kecewa. Aku tinggalkan emak dan kakak. Dan melangkah keluar menuju ke hospital untuk melihat sendiri keadaan ayah.

***
"Nurse, Ayah saya dimana ye?"

Aku tanya pada nurse setelah sampai di hospital. 

"Ayah kamu di wad ...."

Lepas aku dapat tahu wad mana. Aku dengan pantas bergegas ke wad tersebut. Sambil keadaan fikiran aku makin bercelaru.

Setibanya aku  di wad ayah. Aku ternampak tubuh yang dulunya gagah dan kini terbaring diatas katil dan semakin kurus. Lalu aku mendapatkan ayah. Aku menangis melihat keadaan ayah. Aku bertanya kepada ayah.

"Ayah, kenapa ayah tidak bangun? Kenapa ayah tak bergerak?"

Ayah pun menjawab dengan nada yang berlahan dan lemah.

"Ayah tak mampu nak bergerak. Doktor kasi minum je. Ayah tak boleh makan.... "

Aku terkejut! Dan tertanya kenapa doktor buat macam tu. Ayah teruskan kata katanya

"...Sebab setiap kali ayah makan. Ayah akan tersedak. Tu doktor tak kasi makan."

Aku bertambah rasa sedih. Dan aku menangis. Tiba tiba doktor datang dengan keadaan yang tergesa gesa. Dan doktor berkata sesuatu pada aku.

"Hasbullah, ayah kamu ni dah tak boleh buat apa apa lagi. Nak makan pun tak boleh. Tetapi ayah awak masih berpeluang untuk selamat dengan membuat pembedahan."

Aku cuma mendengar penerangan doktor. Dan aku bertanya mengenai harga kos pembedahan

"Berapa kos pembedahan tu doktor?"

Doktor  pun jawab.

"Kos untuk pembedahan sebanyak 100 ribu ringgit."

Tertelan air liur aku mendengarnya. Dan doktor pun berlalu. Aku berfikir bagaimana aku boleh mendapatkan wang sebanyak itu. Aku buntu dan aku memaksa ayah untuk cuba makan agar ayah bertenaga seperti sebelum ni. 

"Ayah. Ayah kena cuba makan lagi. Untuk tambah tenaga dalam badan ayah"

Ayah menjawab

"Ayah tak boleh. Ayah tak nak"

Aku memaksa ayah lagi, sambil menangis

"Ayah kena cuba juga ayah. Abul nak ayah sihat. Abul sayangkan ayah. Ayah kena berani cuba"

Ayah terdiam seketika. 

....

Dan ayah balas

"Okay. Ayah cuba."

Seronok dengar jawapan ayah tu. Aku dengan tanpa melengahkan masa. Aku menyiapkan makanan untuk ayah. Dan aku sediakan alat makanan seperti sudu, cawan dan pinggan. Sedang aku mencuci untuk digunakan....

......

"Busu bangun. Tolong hantar abang emi pergi rumah orang kahwin."

Aku membuka mata. Aku terkejut.

"Ya Allah. Aku bermimpi rupanya."

--------------------------------------

Khamis, 4 Ogos 2016

Kisah Aku Bas Dan GF Orang.

Assalammualaikum..

Pagi tu aku bergerak dari Melaka ke Politeknik Muadzam Shah. Sementara aku tunggu bas Mara Liner parking dekat kotak die. Aku lepak dulu dengan member perempuan sekelas dengan aku. Sampai je aku dekat dengan mereka. Baru aku perasan. Ada bapa salah seorang member aku ni. Aku pun keraskan hati. Pergi salam bapa dia tanda hormat. Al maklum lah bapa dia baik. Banyak tolong aku dan geng masa praktikal dekat maktab perguruan dulu.

*
Aku pun masukkan beg dalam perut bas tu. Aku sumbat-sumbat je. Lantak lah. Dulik ape aku. Yang penting beg aku lepas masuk. Haha.. Aku pun lepas tu menonong je masuk bas. Sebab tiket bas aku. Member aku dah hulurkan ke driver bas. So aku berlenggang je. Macam seorang bos nak masuk dalam bas milik sendiri. Haha. Besar cita-cita beb.

Aku pun jalan nak ke tempat duduk betul aku. Ade pulak makwe dekat depan ni. Nak suwit nampak nau kurang ajar. Apekan daya. Aku hanya mampu buat tak reti je. Dan anggap bahawa mereka tak pernah hadir dalam hidup aku. :D . Aku sampai je tempat duduk aku. Nah kau. Sebelah member perempuan aku pulak. Macam hawau. Dah la gf orang. Parah. Kemain kepit lagi kaki aku. Sebab tak nak bersentuh bagai. Al maklum la. Dosa weh kalau sentuh. Tapi bukan tu yang aku kuatkan. Tetapi aku kuatkan bahawasanya dia gf orang. HAHA

**
Baik punya aku layan wsap fon. Tibe-tibe member sebelah buat emosi terkejut dan mengeluarkan perkataan ni "Alamak, Dia mintak gambar dengan orang sebelah pulak". Aku pun dengan selambe dah dapat tangkap da maknanya tu. Bila pasangan mintak bende macam ni. Boleh jadi point untuk putus. HAHA.. Maknanya, pakwa dia tu nak tahu la sebelah dia siapa. Lelaki ke perempuan. Sebab bende ni biasa da aku buat. Zaman cinta monyet. Perkara paling merepek beb. Aku pun hasut la member sebelah. 

"Kau cakap je , sebelah kau kosong."

Then dia bagitahu la pakwe die. Lepas tu pakwe die tak puas hati. Mintak gambar. Hambekk kau hasbullah. Malang la nasib kau. Orang belakang dengan depan dah berdengkor. Aku pulak kena berlakon pulak dah. Macam hawau. Aku kena bangun dari tempat duduk dan berdiri masa bas tengah jalan. Sebab nak member nak snap gambar dengan sit kosong. Sumpah merah beb muka. Orang belakang dah pandang pelik. Nak atau tak. Aku gagahkan juga. Macam nak menangis rasa. 

Aku dah rasa macam orang bodoh time tu. Sebab diri tak tentu pasal. Nak acah acah masukkan beg kat dashboard atas tak boleh. Sebab dashboard atas tu memang tak boleh letak beg. Aku buat tak tau je la. Lebih kurang 1 minit terus aku duduk. Sebab dah tak leh diri lama. Boleh pulak bas amek lajak kat corner. Nasib la aku tak terpeluk makwe kat depan aku ni. Nauzubillahminzalik. 

**
Sejak dari tu. Aku rasa dah trauma kot nak duduk sebelah makwe orang. HAHAHA.. Pengalaman beb. 

------- End ------

Rabu, 27 April 2016

Kisah 4 orang Makwe dan juga Aku

Assalammualaikum. Hari ni hari rabu. Jam pukul 2. Cuaca panas. Bahang lahabau. Aku sarankan yang mana tunggang binatang 2 roda tu. Lebih baik korang pakai lengan panjang. Bro, bro mane kerja dispatch pakai lengan panjang. Kalau macam posman tu. Korang pakai la stokin tangan. Beli kat supermarket banyak. Kalau segan nak beli. Pinjam la makwe korang punya ke. Mak korang punya ke. Yang penting pakai. Bahaya wo. Kulit kejap je rentung. Aku minggu lepas tak pakai sarung tangan. Habis terbakar bulu roma aku. Alhamdulillah minggu ni tumbuh balik.

Aku bukan nak sembang panjang la kan. Aku duduk sorang-sorang ni. Macam macam memori cinta luka aku terbayang. Almaklum la. Sejak sejak menduda ni. Haha.. Duda jadahnye. Tak kahwin lagi. Mintak dijauhkan je la.. 

Teringat masa tingkatan 3 dulu. Aku ada la follow kengkawan aku. Pergi cari bahan sejarah untuk folio sejarah. Tajuk folio kita orang masa tu "Bangunan Memorial Kebangsaan". Lebih kurang macam tu la. Aku pun tak berapa ingat. Bukan apa. 3 jam lepas punya cerita. Ko tanya aku makan apa pun aku tak ingat. Ni kan pulak kalau nak tanya kisah yang lama tu. Mimpi je la aku nak ingat semuanya. 

Aku singkatkan la eh. Petang tu aku dengan geng pergi la bangunan memorial tu. Cari bahan. Aku jalan-jalan la dalam tu. Aku pun berhenti la. Tengok gambar-gambar kat dinding tu. Ala ala orang seni menikmati hasil karya seni. Aku pun baca la sikit-sikit. Lepas tu aku hembus kat muka geng sebelah aku. Biar subjek sejarah dia boleh score. Haha..

Selesai aku dan geng aku jalan-jalan dalam memorial tu. Kami pun plan la nak balik. Sedang asyik berjalan. Bertembung pulak dengan empat orang makwe. Dah die sengih-sengih. Kantoi ambil gambar depan kiteorang. Kiteorang perhati je la. Si Minah ambil gambar 3 orang ni. Tengok-tengok gambar. Si Minah tak ada dalam gambar. Konon dulu bajet la. Tak ada gambar dalam tu. Makna dia tak pergi. Lepas ni Si Minah ni mintak la tolong aku. "Bang.. Tolong ambilkan gambar kami berempat boleh?". Aku pun kate la okay.

Hawau betul geng aku 2 orang lagi. Dia bahan aku belakang-belakang. Nak je aku tampar muka sorang-sorang. Dieorang ingat aku nak mengatal agaknya. Aku pun tak buang masa. Aku snap la 2 3 gambar. Lepas tu aku kasi balik kamera tu. Cepat2 aku blah. Kang panjang pulak cerita dia. 

Kita orang pun gerak la pergi dataran pahlawan selepas satel semua cari bahan. Masa on the way kita orang turun tangga. Jumpa lagi dengan empat orang makwa tu. Usha baik je. Aku pun tak paham. Dari jauh die sengih2 dekat aku. Aku pun buat bodoh je la. Dah tak kenal. Tiba-tiba nak sengih2.. Tak reti lah aku. Dan dan geng aku boleh sedar lak budak tu pandang aku. Geng aku pun cakap "tu bukan budak tadi ke? yang suruh ambil gambar.". Aku balas "Entah la.. Tak cam lak aku". Lepas tu, part die nak membahan. Die cakap la "Budak tu sengih2 dekat engkau la. Nak kenal kot.". Aku buat derk je la muka. Aku cakap "Tak ada maknanya. Segan je aku". Lepas tu aku blah. Haha.. 

Tengok. Part macam ni pun boleh jadi modal nak cerita kan. Haha. Simpanan untuk kenangan dihari kelak.

Rabu, 9 Mac 2016

Gerhana Matahari

Adsalammualaikum. Hari ni aku nak update pasal pagi tadi. Tepat jam kul 8 aku bukak mate disebabkan alarm laptop yang terjerit2 8 minit lepas. Ikut kan memang mengantok citer die. Ape boleh buat, aku kuatkan semangat je. Aku pun direct la pergi toilet. Buang ape yabg tak terbuang malam tadi. Lama jugak la aku membuang. Haha..

Satel je aku membuang, aku pun kleuar dari tandas. "uikk.. gelap weh.. dah nak malam ke ni".. aku pun fikir2.. at last aku baru teringat yang pagi tu fenomena gerhana matahari. fuh. debor rase. ingat nak kiamat pun ade. Naudzubillah. Hebat kekuasaan Allah. Nah.. ade la sikit gambar aku amek hah.



Ahad, 31 Januari 2016

Muslim Sempurna

1. Solat 5 Waktu Sehari Semalam
2. Solat Sunat Sebelum Solat Fardhu
3. Solat Sunat Selepas Solat Fardhu
4. Solat Sunat Taubat Sebelum Tidur
5. Solat Sunat Hajat Sebelum Tidur
6. Solat Sunat Taubat Selepas Tidur
7. Solat Sunat Hajat Selepas Tidur
8. Solat Sunat Dhuha
9. Puasa Sunat
10. Baca Yaasin Sebelum Tidur

Temuduga dan Bahasa Inggeris Tidak Akan Terpisah

Assalammualaikum.. Lama sudah aku tak update blog ni.. Makan tahun jugak la.. Blog aku ni pun dah lama dahagakan penulisan cikai aku ni.. Apa-apa pun aku tak nak la sembang panjang.

Bende ni dah lama lepas, tapi aku nak jugak cerita hari ni. Sebab aku rasa benda ni menarik bagi aku, untuk aku kongsikan dengan pembaca. Okay. Cerita dia macam ni. Masa tu aku join kursus membangunkan apps android. Aku memang dah lama nak bangunkan android guna java programming. Btw alhamdulillah aku dapat belajar dengan jayanya. 

Lagi beberapa hari nak tamat kursus tu. Ada beberapa buah syarikat buat temuduga kepada fresh graduate kepada kami semua. Perghh.. Punya la gabra. Aku tanya kawan kawan aku. Ramai gak la tak nak pergi temuduga. Mula-mula partner aku Hasan tak nak jugak pergi temuduga tu. Aku cuba pujuk dia. At last die pergi juga temuduga tu. Great. Aku tak sorang-sorang masa tu. 

Aku and the geng pun siapkan Curiculum Vitea. Kononnya bajet profesional la guna curiculum vitea tu. Dah siap curiculum vitea tu. Aku mintak tolong member Politeknik Seberang Perai. Dia ada printer. Aku mintak die printkan Curiculum Vitea tu. Malam tu aku emailkan fail pdf pada die. 

Keesokkan harinya aku tengok. Nah kauu.. Selekeh giler alignment text tu. Rongak tepi la. Aku pun datang kat budak tu. Pangg!! aku bagi sebijik.. haha.. tak ade la gurau je.. Aku buat tak reti je. Aku mintak tolong member tu printkan balik. Alhamdulillah la die nak tolong. Senang hati aku dengar.

***

Selesai je solat jumaat. Aku dengan yang lain. Stand by kelengkapan semua. Macam macam ragam semua. Ada yang tengah busy susun dokumen diri la. Ada yang tengah berzikir. Ada yang buat tak reti la. hahaha. Adat la tu. Darah gemuruh memang wujud pada setiap orang. 

Tiba turn aku, syarikat tu bagi masuk 5 orang sekali gus.  Sebab nak habiskan temuduga. Katanya nak jimatkan masa. Sebab masa tak cukup da. Aku pun macam nak sujud syukur da time tu. Senang sikit hati aku. Selesai duduk semua. Ada sorang tu kutip la resume bagai. Die tengok2.. 

Okay, dia bukak mulut je. Pergh.. Punya la suwit bahasa. Nah kau. Bahasa Inggeris. Senyum je aku mampu bagi. Member sebelah aku start dulu ceritakan pasal die belajar kat mana bagai. Lebat beb die cakap inggeris. Terngagah aku nak fahamkan. Aku dengar huruf "S" je hujung2. Memang mengeletar la aku. Dah la bahasa inggeris aku E. Haha. Dia orang KL. Memang kaw kaw la dia cakap. Nak katekan. Aku kira. Die punya cakap je, Ada la makan 10minit. Maut tu..

Tiba turn aku je... 

"My Name is Hasbullah Bin Md Som. I in major programming... emmmm.."

Kata kata aku mati kat situ. Blur beb otak. Pada aku ada benda nak cakap. Terus Zero. Haha.. Penangan apa kah ini. Aku sambung lagi

"I can do system with php..........."

Mati lagi ayat aku.. Ni memang besar masalah ni. Aku pun kuatkan semangat. Teruskan cakap

"........"

Oh. Nampaknya zero sangat da tu. Aku pun ambil keputusan terakhir. Aku pun cakap la macam ni


"Sorry. Can I Speak Malay?"

Lepas tu amoi sebelah CEO dia cakap macam ni.

"Sorry. Can't. "

Aku pun gelabah habis da. Aku nak cakap da macam ni. "If cant speak malay, please skip my turn". Maksud aku kat situ aku nak suh skip giliran aku. Aku taknak temu duga. Apa lagi aku boleh buat. Kelu beb lidah. Lepas tu CEO dia cakap boleh cakap melayu. Sebab CEO dia orang india. Faham bahasa melayu sikit sikit. Tetapi tak pandai cakap melayu. Memang baik beb CEO dia. Aku pun terangkan la dalam bahasa melayu. Alhamdulillah lancar juga la. Sampai turn member aku. Die pun mintak cakap melayu. Haha. Nasib aku dan dia sama. Haha.


Selesai je temuduga. Dia jelaskan la apa syarikat dia buat. Dan dia perlukan orang macam mana. Dia cakap kalau dia berminat dia akan hubungi kami. Keluar je. Aku pun angguk je la.  Fuhh! Menghela nafas panjang wehh.. Lega rasa. Dan sampai sekarang aku tunggu dia panggil.. Masih tiada panggilan sepenting seruan Ilahi. hahahahaha

p/s : Zaman sekarang ni bahasa Inggeris tu penting juga. Jangan ambil mudah.