Sabtu, 17 September 2016

Dimana ayah?

Assalammualaikum.

Aku nak cerita sedikit apa yang berlaku pada aku baru-baru ni. Mungkin juga ia adalah disebabkan oleh aku rindu. 

Aku mula kan cerita.

Suasana masa tu gelap. Aku tak tahu aku dekat mana masa tu. Tapi yang pasti aku dengar suara dan bunyi bunyian. Aku punya mata pun tiba-tiba terang. Dan aku nampak semuanya. Aku nampak emak sibuk menjahit langsir dan manakala kakak sedang sibuk menyangkut langsir yang sudah siap ditempah oleh orang.

Aku tak faham situasi tu. Apa yang cuba mereka lakukan. Tetapi apa yang aku faham. Itu lah pekerjaan mak dan kakak aku. Cuma masa itu aku kebingungan. Aku sedih melihat keadaan kami masa tu. Aku menangis. Kemudian aku bantu emak dan kakak aku untuk siapkan tempahan.

Setelah beberapa ketika. Aku tertanya dan bertanya kepada emak. 

"Dimana ayah, mak?"

Emak aku pun menjawab,

"Ayah dekat hospital. Ayah kena tahan wad"

Aku terkejut. Kerana ketika ayah dihospital. Emak dan kakak masih boleh bekerja keras untuk duit. Aku semakin tak faham. Kemana hilangnya kasih dan sayang emak pada ayah. Aku dengan perasaan kecewa. Aku tinggalkan emak dan kakak. Dan melangkah keluar menuju ke hospital untuk melihat sendiri keadaan ayah.

***
"Nurse, Ayah saya dimana ye?"

Aku tanya pada nurse setelah sampai di hospital. 

"Ayah kamu di wad ...."

Lepas aku dapat tahu wad mana. Aku dengan pantas bergegas ke wad tersebut. Sambil keadaan fikiran aku makin bercelaru.

Setibanya aku  di wad ayah. Aku ternampak tubuh yang dulunya gagah dan kini terbaring diatas katil dan semakin kurus. Lalu aku mendapatkan ayah. Aku menangis melihat keadaan ayah. Aku bertanya kepada ayah.

"Ayah, kenapa ayah tidak bangun? Kenapa ayah tak bergerak?"

Ayah pun menjawab dengan nada yang berlahan dan lemah.

"Ayah tak mampu nak bergerak. Doktor kasi minum je. Ayah tak boleh makan.... "

Aku terkejut! Dan tertanya kenapa doktor buat macam tu. Ayah teruskan kata katanya

"...Sebab setiap kali ayah makan. Ayah akan tersedak. Tu doktor tak kasi makan."

Aku bertambah rasa sedih. Dan aku menangis. Tiba tiba doktor datang dengan keadaan yang tergesa gesa. Dan doktor berkata sesuatu pada aku.

"Hasbullah, ayah kamu ni dah tak boleh buat apa apa lagi. Nak makan pun tak boleh. Tetapi ayah awak masih berpeluang untuk selamat dengan membuat pembedahan."

Aku cuma mendengar penerangan doktor. Dan aku bertanya mengenai harga kos pembedahan

"Berapa kos pembedahan tu doktor?"

Doktor  pun jawab.

"Kos untuk pembedahan sebanyak 100 ribu ringgit."

Tertelan air liur aku mendengarnya. Dan doktor pun berlalu. Aku berfikir bagaimana aku boleh mendapatkan wang sebanyak itu. Aku buntu dan aku memaksa ayah untuk cuba makan agar ayah bertenaga seperti sebelum ni. 

"Ayah. Ayah kena cuba makan lagi. Untuk tambah tenaga dalam badan ayah"

Ayah menjawab

"Ayah tak boleh. Ayah tak nak"

Aku memaksa ayah lagi, sambil menangis

"Ayah kena cuba juga ayah. Abul nak ayah sihat. Abul sayangkan ayah. Ayah kena berani cuba"

Ayah terdiam seketika. 

....

Dan ayah balas

"Okay. Ayah cuba."

Seronok dengar jawapan ayah tu. Aku dengan tanpa melengahkan masa. Aku menyiapkan makanan untuk ayah. Dan aku sediakan alat makanan seperti sudu, cawan dan pinggan. Sedang aku mencuci untuk digunakan....

......

"Busu bangun. Tolong hantar abang emi pergi rumah orang kahwin."

Aku membuka mata. Aku terkejut.

"Ya Allah. Aku bermimpi rupanya."

--------------------------------------

Tiada ulasan: