Jumaat, 14 Oktober 2011

Cara Yang Baik Untuk Mufliskan Negara

Hari ini aku nak kongsi cara-cara nak mufliskan negara korang.... Haha.... Yow~! Don't think negative ... Ini cara yang mengarut.. Tapi sebenarnya bagus untuk prestasi korang dalam kehidupan korang sebagai seorang manusia...

Masa Peperiksaan
O Masa dalam waktu peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM... Pastikan korang tulis karangan berjela-jela karangan ( Yang Bagus la, kalau tak tahu tu tak apa.. Buat jer ).. Kalau dah karangan berjela-jela.. Dah tentu kertas kajang or test pad korang tak cukup.. Then masa tu la korang mintak dekat pengawas peperiksaan tu, kertas pun free... Kalau korang boleh.. Buat 1 karangan dalam 30 helai kertas...Hohohoho....

O Masa ni la korang lepaskan geram korang pada cikgu korang yang selalu perli korang sebab markah korang rendah pada setiap peperiksaan dari mula korang masuk sekolah tu. Hingga akhir peperiksaan korang dekat sekolah tuh... Tunjukkan pada cikgu korang yang korang tak suka bila dia perli.. Dengan buat karangan yang panjang berjela-jela (Tapi bukan yang mengarut2 la).. Dan korang boleh dapatkan kertas jawapan lagi dari pengawas peperiksaan.. Untuk mufliskan negara korang..


Kalau korang boleh buat, buat la... Tips ni sebenarnya menguntungkan korang jugak... Sebab korang yang akan dapat markah tu...Negara korang bagi free je kot kertas-kertas tu... Kalau korang punya markah bagus.. Then korang sambung belajar.. Korang akan jadi pandai & korang akan membantu negara korang ...

p/s : Aku bagi nasihat yang baik je tau... Bukan nasihat yang tak baik.. ^_^

Selasa, 4 Oktober 2011

Rokok! OH! Rokok!


Sebagai seorang pelajar, maka seharusnya mengikut peraturan yang telah beroperasi sejak seorang pelajar berdaftar di sesebuah sekolah.  Pelajar yang bermasalah akan melanggar peraturan untuk memuaskan hatinya dari dibelengu masalah. Salah satunya masalah yang  dihadapi oleh seorang pelajar ialah merokok. Biasanya seorang pelajar akan ketagihan merokok hingga menyebabkan mereka terpaksa melanggar peraturan sekolah serta merokok dikawasan sekolah pada waktu sekolah.
Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit cara-cara untuk seorang pelajar berhenti dari merokok.  Sebelum itu saya ingin member sedikit sebab, mengapa berhenti merokok itu adalah baik bagi seorang pelajar  :

O Pernafasan Bertambah Baik
O Stamina Meningkat
O Menjimatkan Wang
O Lebih sihat
O Dapat memelihara persekitaran dari pencemaran

Ini adalah kebaikan berhenti merokok bagi seorang pelajar sekolah. Ianya amat baik untuk kesihatan tubuh badan. Bagi seorang perokok, agak sukar untuk berhenti dari merokok. Sebab-sebabnya ialah Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan kepada seseorang perokok. Selain itu perokok akan rasa letih dan murung apabila tidak merokok.
Terasa rugi sebagai seorang pelajar yang merokok. Kerana wang saku yang diberi oleh ibu bapa, mereka terpaksa menggunakannya untuk tujuan yang sia-sia. Bagaimana cara berhenti merokok?


O Tanamkan niat untuk berhenti dari merokok dan sedar bahawa merokok adalah salah satu perkara yang tidak mendatangkan faedah.
O Menetapkan tarikh untuk berhenti merokok.
O Minta bantuan dari rakan anda untuk menegur anda jika anda terlupa bahawa anda mahu berhenti merokok.
O Melakukan senaman setiap hari
O Mencari aktiviti yang berfaedah
O Sibukkan diri anda dengan kerja harian
O Mendapatkan khidmat nasihat dari doktor
O Minum air berlebihan
O Menarik nafas panjang

Sabtu, 1 Oktober 2011

Fakta Menarik Mengenai Cacing...

What? Cacing? Ewww... Gelinya... Pasti korang yang tak biasa duduk kampung akan cakap macam tu... Huhu... Betul tak? Jijik sangat ke?

Hari ni bukan aku nak persoalkan mengenai geli... Tetapi fakta yang menarik mengenai cacing... Nak tahu mengapa?? Aku ada sedikit je fakta yang pernah aku tahu selama hidup aku nih.. Maklum la aku ni mana suka baca buku... Aku bukan ulat buku... Tetapi ulat bulu... Hahaha... (Just Kidding)

Fakta menarik mengenai cacing ialah :

O Cacing memiliki 5 jantung didalam badannya...

O Kulit yang lembap membantu cacing bernafas ketika didalam tanah..

O Cacing hidup didalam tanah yang lembap.. Dan akan mati didalam tanah yang kering...

O Cacing hanya makan akar pokok yang telah mati...

O Cacing membantu mengemburkan tanah...

O Cacing juga salah satu sumber yang mampu membuatkan tanah menjadi subur...

O Cacing boleh membiak walaupun cacing hanya seekor sahaja... Pelik tak?

O Tahi cacing salah satu baja yang terbaik untuk tanah...

O* Cacing boleh dijadikan umpan untuk memancing... Hahaha....

Hebat kan? Cacing memiliki keistimewaannya walaupun dari pandangan manusia cacing hanya seekor haiwan yang menjijikkan... Sebenarnya, cacing berguna kepada kita untuk kehidupan kita untuk tumbuhan...


p/s : Berani-berani la pegang cacing ehh... Walaupun ia nampak menggelikan... ( ^_^ )

Selasa, 27 September 2011

Amerika Pertama ke Bulan?

Salam kepada para pembaca.... Aku nak tanya ni... Tadi ada tajuk yang kawan aku buka, macam best je... Tajuk : Betul ke ada manusia yang pernah menjejakkan kaki ke bulan?? Ehem~ Ehem~ Jawab-jawab... huhu... Aku mungkin ada jawapannya... Tapi tak tahu la sejauh mana kesahihannya... Aku bagi tahu ni, korang fikir logik la ehh??

Betul ke ada orang yang dah pergi bulan? Neil Armstrong?? Mereka  pergi bulan pada tahun 1972... Pelik je bunyi... Hah! Ikut pemikiran aku la an.. Tiada seorang pun yang pernah pergi ke bulan sebab??

O Kalau depa cakap teknologi dulu canggih sehinggakan mereka boleh pergi ke bulan... Kenapa sekarang mereka tak pergi lagi?? Zaman sekarang punya teknologi canggih jugak hape... Lagi pun aku teringin juga nak ikut... huhu...

O Macam mana mereka boleh ambil gambar Neil Armstrong?? Pakai satelit ke??  Dia orang ambil gambar tu guna kamera apa eh?? Zaman tu dah ada kamera digital ke?? Yang aku tahu masa tu kamera masih menggunakan kamera yang menggunakan film... Persoalannya.. Boleh ke kamera menggunakan film bertahan di angkasa lepas..

O Lagi satu, macam mana dia ambil gambar eh?? Macam ada tarikan graviti la pulak... Cantik jegambar ni.. Tegak je.. Kalau dekat angkasa lepas mesti la tak ada tarikan graviti.. Then mesti diaorang terbang-terbang n tak duduk setempat.. Nak belajar la juga cara-cara nak ambil gambar dekat angkasa lepas..
Means : Ada orang lain la, kalau berlajar sains pun bukan gambar neil Armstrong sorang je.. But ada 3 or 4 orang

O Macam mana pulak dia orang mendarat ke bulan? Bayangkan eh... Russia menggunakan kapal angkasa untuk mendarat sebelah ISS yang terapung sahaja... Bagaimana mereka boleh mendarat diatas bulan?? Sedangkan bulan tak ada graviti...

O Seterusnya, bagaimana dia orang melancarkan kapal angkasa mereka dari bulan, untuk balik ke bumi? Untuk melancarkan kapal angkasa memerlukan bantuan dari sistem lain untuk melancarkannya ke udara...

O Kenapa pada zaman manusia mencipta piramid.. Tak ada manusia pergi ke bulan?? Kenapa tak ada tanda-tanda? Sedangkan masa piramid dibina, teknologi mereka lagi canggih dari sekarang kot... Sebab mereka boleh angkut batu dari sungai Nil hingga ke padang pasir untuk dibina piramid...Malah, ukuran susunan piramid tu tersusun rapi, jarak antara batu lain disusun sama jarak...

Cukup la tu kot sebab dan persoalannya..... Korang fikirkan la kesahihannya ya... Aku tak ada bukti yang mencukupi untuk menyebarkan perkara yang agak mustahil dilakukan oleh kita sebagai manusia dan sebagai hamba Allah dimuka bumi ini...

Maklumat yang lain boleh korang cari dekat sini ~> http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-135800.html

p/s : Kalau nak percaya sesuatu tu... Fikir logik la ehh? Huhu


UPDATE

Ahad, 25 September 2011

Facebook! Oh! Facebook!

Malam yang sepi tanpa bunyi yang membingitkan telinga memberi aku ilham untuk menulis entry yang agak HOT dan trend zaman serba moden sekarang... Cewah... Facebook! Kehadirannya mengubah mahkluk dimuka bumi ini dan memberikan kemudahan kepada manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain dengan mudah walaupun jarak mereka jauh 1 juta kilometer sekalipun... Hebat bukan?



Apa yang kita tahu facebook banyak perkara yang baik dan bagus... Salah satunya mampu mencari rakan yang telah lama hilang.... Sedarkah kita bahawa Facebook juga memiliki keburukannya? Aku juga menggunakan facebook untuk kegunaan seharian.... Facebook memang banyak perkara baik... Ia jadi tidak baik kerana manusia yang tidak bertanggungjawab dan telah salah menggunakannya untuk mengancam orang lain dan menjadi punca pergaduhan...

Contoh perkara yang telah salah digunakan dalam ruang sosial facebook ini ialah :

O Remaja yang menggunakan status bertunang/berkahwin, wahal mereka sendiri tidak pernah mengalami status tersebut... Malahan ada yang in relationship with sejenis mereka

O Mengancam agama lain dengan mencipta fan page seperti anti-Islam . Aku tak bermaksud fan page tak berguna kepada pengguna... Tetapi ia jadi tidak berguna kerana disalah guna...


O Mencipta group dan hanya merosakkan akidah seseorang...  Seperti mencipta group untuk menggunakan kata-kata lucah dan menyiarkan perkara yang merosakkan akidah seseorang...


O Penggunaan bahasa yang kesat serta mengancam pengguna facebook yang lain...


Itu serba sedikit penyalahgunaan facebook... Aku tak bermaksud facebook tidak bermanfaat untuk korang serta diri aku juga... Facebook berguna juga untuk peluang perniagaan, populariti seseorang, mencari kawan lama dan macam-macam lagi perkara yang menarik...


Jika korang tu ada salah gunakan facebook... Lebih baik korang betulkan balik apa yang salah... Dan korang jangan ulangi lagi... Sesungguhnya perkara yang buruk itu berpunca dari nafsu dan pemikiran yang tidak baik... 


p/s : Tak baik buat orang marah atau sakit hati tau....

Mimpi dan Fantasi....

Hari ini, aku mahu duk story-story about my dream.. Pada satu malam yang dingin, aku lepak-lepak dalam ruang facebook dan ruang youtube... Macam-macam aku buat.. Huhu... Dekat facebook aku duk play-play games . Hihi... Maklum la malam tu aku bosan tahap cipan... Hinggakan diri ini rasa macam mahu gila disebabkan Terr-lampau bosan...

Aku main game empires and allies dekat facebook.. Maklum la.. Game tu top dekat kelas EE1 nih... Mejoriti member kelas aku semua main game tuh... 

Giler ahh!! 

Game tu melibatkan member online Fesbuk tuh... Tu yang syok.. Ada fight.... Huhu... Mujurlah aku salah seorang insan yang lemah dalam games tu... Mana taknya.. Level aku kemain low lagi... Tapi aku kuat la jugak an.. Sebab dapat tewakan musuh yang jajah tempat kawan aku... Huhuhu.... ( Hebat la sangat an )

Then aku tidur la selepas penat bermain games.. 

Intro ~>

Dalam istana yang agak besar.. Tetapi keadaannya seperti tak aman.... Berdentam dentum.. Macam bunyi bunga api masa malam raya... Huhu... Tup-tup... Seorang raja Omputih berkata : "General Hasbullah... Kami memerlukan bantuan kamu untuk menewaskan musuh kita",(dalam loghat Omputih)... Masa tu aku pun terkejut jugak la.. Bila masa tah aku jadi general... Yang aku tahu masa tu aku hanya seorang pelajar sekolah yang agak muda dan macho... (ehem... Terlebih perasan la pulak.. Hihihi...) <~ Korang jangan risau dalam mimpi je nih...

Aku pun terima arahan raja tersebut... Then aku berlari ke pangkalan tentera untuk menyediakan tentera dan strategi demi menyelamatkan negara... Cewahh.... 

"Tentera-tentera ku sekalian... Aku memerlukan khidmat kamu semua untuk menewaskan balaci yang telah memusnahkan tempat tinggal penduduk di negara ini... Ehh! Sial la! Puih!", lalu aku meludahkan ditepi batu bata... Hahaha...

*****

Akhirnya perperangan taman... Dan aku ditabalkan sebagai pahlawan negara dihadapan musuh-musuh yang telah berjaya yang aku tangkap... Then aku datang dan capai kepala ketua angkatan musuh A.K.A lanun yang menganas tuh... 

"Oi ! Kau ikut aku... Aku nak kau mintak maaf pada penduduk seorang demi seorang.. Kalau tak.. Aku sekehh kepala hang sat gi.. Mau??", aku cakap dengan tegas....

Dia pun duk follow je apa yang aku cakap... Haha.. Maklum la... Aku kang hero dalam mimpi nih... Cehh!.. Aku tengok muka ketua diaorang macam mintak penapak jer... Sedey giler beb.. Haha... 

***
Aku pun tersedar dari tidur... Aku teringat balik... Ni semua kesan dari main game empires and allies tuh la... Sampai terbawak-bawak dalam tidur... Hm...  Gelak jugak aku seyh... Mana tak nya musuh yang punya ganas boleh dengar cakap orang macam aku.. Haha.... 

~The End~

p/s : Mimpi tu mainan tidur je beb.. Toksah percaya ape yang korang lalui... Syaitan semua tuh... 


Khamis, 22 September 2011

Bini Bini Ku Gangster ( Pawagam )

Yow! Kalian semua sihat?? Kalau korang sihat alhamdulillah la... Yang tak sihat tuh boleh blah... Haha... Sorry... Gurau je...
Ha! ^_^  <~ Gembira la jugak ni...

Apa?? Korang tanya kenapa??
>Tak kan la korang tak faham-faham lagi... Tengok tajuk catatan aku mesti korang dah tahu punya... Betul tak kalian semua...

Hari ni 22 September Tahun 2011... Raya ke 23 kot....[ aku mana amek kesah fasal haribulan ni ].. Hari ni hari cerita 'Bini Bini Ku Gangster' beroperasi dipawagam diseluruh Malaysia... Cewah! Macam gempak je...


Lu Langsi, Guwa Kawen lagi....

Terbaik ah moto cerita tu... Nanti moto tu aku nak guna kalau aku dah ada bini nanti... Haha... Baru gempak seyh... Syok apa kawen banyak-banyak.... [ Giler ah aku ni.... Fikir kawen lak ]

Cerita ni dah lama da aku tunggu, dua bulan yang lepas tak silap aku.. Masa tu aku duk gode-gode Youtube. Terperasan lak fasal trailer cerita ni... Aku tengok macam best je... Tu yang duk tunggu dua bulan tuh... Pape hal hari ni cerita tu keluar... Esok lusa kalau dah boleh download dari internet... Aku download je la... Apa susah... Tak payah nak buang masa nak beratur beli tiket wayang, buang duit dan buang angin.. Haha tak ada la.. Gurau je tuh..  Apa apa pun korang punya duit.. Tu korang punya fasal la... Haha....