Assalammualaikum
Hari ini aku mahu tamatkan cerita mengenai Sejarah perit dalam hidup aku.... Walaupun berat hati ini untuk menyambung cerita ini.. Namun aku kuatkan semangat untuk terus menyambung tutur kata aku pada catatan aku yang lama dan masih tergantung....
Last Part--->
Aku dengan perasaan sedih mengangkat jenazah ayah untuk dinaikkan ke atas papan jenazah untuk diusung ke masjid... Abang Zul menyuruh aku pergi ke masjid menaiki motor supaya aku dapat membantu sekiranya terdapat kekurangan barang... Ketika abang aku dan jiran sekampung mengangkat jenazah ayah ke masjid, dari masjid aku terlihat cahaya matahari memancar di atas sejadah yang menyelimuti jenazah ayah..
Aku dengan segera pulang ke rumah untuk mecari payung, agar dapat aku redupkan jenazah ayah ketika dibawah cahaya matahari... AKu pun mencari dan terus mencari payung.... Tiba-tiba aku terlihat dari jauh payung yang terletak didapur.. Lalu kucapai dan terus menuggang motosikal... Setibanya aku masjid, alangkah sedihnya apabila aku sendiri tidak dapat menyembahyangkan untuk arwah ayah... Tetapi tak apa, Alhamdulillah ramai juga yang sudi menyembahyangkan arwah ayah... Kebetulan ketika itu dimasjid ada berlangsungnya kursus haji... Fikiran ku begitu rancak memikirkan semua ini...
"Mungkin ini semua adalah balasan yang diberikan kepada ayah yang dulu tidak pernah rasa berat hati untuk mengeluarkan duit untuk mak, dan adik beradikku...."
Selesai sahaja solat jenazah, jenazah ayah diangkat dan dibawa ke tanah perkuburan Islam yang jarakya dari masjid dalam 400 meter... Aku menyuruh abang membawa motosikal yang aku bawa kerana aku mahu ikut jenazah ayah dengan berjalan kaki....
***
Jenazah ayah dibawa masuk ke liang lahat... Aku, abang Zul dan angah menyambut jenazah dengan penuh berhati-hati untuk diletakkan ke dalam liang lahat.. Aku dengan perasaan sedih meletakkan badan ayah ke dalam liang lahat... Alangkah sedihnya aku melihat ketika itu....
Perlahan-lahan aku menolak badan ayah agar pandangannya beralih ke arah kiblat... Secara tidak sengaja, angah telah menolah bahu ayah dengan lutut dengan kuat lalu ditegur oleh orang-orang tua yang memahami keadaan jenazah yang terseksa ketika itu... Kemudian aku dan abang-abang ku, menyendal kepala, badan dan kaki ayah agar terus memangdang kiblat ketika kami menutup semuanya dengan papan dan tanah...
Sebelum ditutup, kami membuka tali pada kain jenazah ayah dan mukanya dibuka agar memandang ke dalam tanah.... Kemudian dengan lafas basmalah aku menutup jenazah ayah dengan papan kemudian ditanam sambil dibantu Along dan abang iparku... Sebak aku melihat ayah ditanam... Semuanya sudah berakhir... Ternyata yang dahulunya aku terfikir bahawa satu hari nanti aku pasti akan kehilangan ayah buat selamanya telah terjadi..... Kelihatan banyak tanah yang diberlebihan ketika menanam jenazah ayah... Sungguh tinggi kubur ayah apabila tanah-tanah tersebut dihimpunkan diatas kubur ayah....
Walaupun ayah dah pergi, aku tetap sentiasa mendoakan ayah agar tenang di Sana.... Only ayah yang faham perasaan aku... Sejak aku kecil... Kini aku telah hilang satu semangat yang dulu sering menjadikan aku tabah dalam apa jua keadaan... kini aku kehilangan tempat mengadu, kehilangan tempat bercerita mengenai hari-hari ku... Dan sekarang, hanya blog dengan blog ini sahaja aku dapat bercerita segala-galanya sebagai penganti arwah ayah... Tetapi bagi ku, ayah tetap tak dapat diganti dengan apa-apa pun... Walaupun dengan segunung harta yang berbillion-billion harganya... Tak akan dapat jadi penganti ayah.... Tidak akan!!! Selamanya ayah tetap satu dan tak ada penganti dalam hidup aku.................................Mood : Aku terima takdir yang Allah berikan kepada aku....
p/s : Korang hargailah ayah dan mak korang.... Sesungguhnya satu hari nanti apabila korang kehilangannya... Pasti korang akan menyesal seumur hidupp....
p/s : Korang hargailah ayah dan mak korang.... Sesungguhnya satu hari nanti apabila korang kehilangannya... Pasti korang akan menyesal seumur hidupp....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan