Jumaat, 10 April 2015

Titik Sedih Dalam Hidup

Assalammualaikum...
Semalam, iaitu tanggal 9 April 2015 ialah tarikh keramat yang setiap kali meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku. Sedar tak sedar, arwah ayah dah pun meninggalkan kami 4 tahun yang lepas. Walaupun perkara tersebut telah berlaku 4 tahun yang lepas. Tetapi kesedihan itu terasa seperti baru sahaja semalam ayah meninggalkan kami.


Pada 9 April 2011, aku dan along menunggu di wad kecemasan kerana pada tengahari itu ayah sesak nafas. Pada petang tu jam 4 petang. Aku menemani ayah aku menaiki ambulan. Saat aku melihat ayah dirawat didalam ambulan. Sangat sedih, derita ayah menanggung sakitnya amat tersiksa. Namun, apa kan daya, ayah juga hamba milik Allah. Justeru ayah tidak akan boleh lari dari dugaan dan ujian dari Allah.

Dan pada malam itu, jam 8.20 malam. Ayah menghembuskan nafas yang terakhir dihadapan along dan aku. Sungguh aku tidak berdaya apabila melihat tubuh badan ayah lemah tanpa nyawa. Air mata yang dari mula aku tahan. Akhirnya mengalir ke pipi, sebaknya dada aku mendengar perkataan bahawa ayah sudah pergi.

Namun, walaupun pemergian ayah akan menjadi titik hitam dalam kamus hidup aku. Allah mengutuskan orang baru didalam keluarga kami. Iaitu Adam Haikal. Adam haikal dilahirkan pada jam 12.00 tengahari pada tarikh yang sama ayah kembali disisi Allah..

Tiada ulasan: