Jumaat, 4 Julai 2014

Supervisor dan Projek Akhir

Assalammualaikum..

Semalam, guwa ada perjumpaan dengan supervisor atau dalam erti kata lainya ialah pensyarah yang dilantik. Setiap supervisor memegang 3 kumpulan yang bakal membangunkan final projek untuk semester hadapan.  Untuk pertama kalinya guwa dan 2 orang lagi partner guwa berjumpa dengan supervisor. 


Lepas supervisor guwa selesai terangkan satu-satu. Supervisor mintak group by group jumpa beliau untuk explain projek yang bakal dibangunkan. Guwa duk usha je dari belakang, tengok cara group sebelum aku tu explain. Berpeluh jugak la tunggu. Nasib tak basah kelengkang guwa sebab terlalu lama berdiri. Kalau basah, malu guwa beb.




Part group guwa kena explain. Payah jugak guwa nak menjawab dengan supervisor guwa. Nasib guwa pandai menjawab apa yang supervisor tanya. Masak jugak guwa nak menjawab. Sampai satu tahap tu guwa sendiri blur tak tahu nak jawab apa. Banyak benda yang guwa kena improve supaya projek yang bakal guwa bangunkan ni sempurna. 


Guwa harap projek guwa ni dapat dibangunkan dengan sempurna pada sem depan. Guwa ingat nak plan awal-awal untuk projek ni. Guwa nak built sebelum naiknya sem 5. Tapi guwa tak tahu la jadi ke tak plan guwa ni. Sebab cuti sem nanti guwa dah ada plan lain. 


#HariNiSunyiTanpaTemanDiSisi

Tiada ulasan: