Jumaat, 19 Disember 2014

PMS Wataniah 505 : Part 1

Pada subuh yang tenang, dalam cuaca yang sejuk. Aku terbaring tanpa berselimut diatas katil yang empuk dan berbantalkan lengan. Oleh kerana sejuk yang teramat sangat, aku membuka mata. Oh dimanakah aku? 
***
Aku pun bangun dari tempat tidur. Tutup kipas, lantak la roomate aku kepanasan ke atau tak. Tapi aku rasa dalam keadaan yang sebegitu rupa, tak mungkin la roomate aku yang sorang ni boleh kepanasan. Oleh kerana bulan november, negeri di pantai timur memang sangat kerap dengan hujan. That's why la aku kesejukan pagi tu. 

Sebelum aku bangkit dan terus maju untuk ke tandas untuk persiapan diri. Aku lepak dulu, golek-golek atas katil. Main COC.. Boleh tahan juga la aku kena serang malam tu. Mentang-mentang aku new player. Teruk kena bantai malam tu. BTW aku tak ade hal. Sesuatu yang bakal membangkitkan aku untuk ke hadapan. Cewah..

Dah bosan aku ngadap hp aku. Aku pun bingkas bangun dan terus maju. Haha.. Ayat aku yang mahal ni. Tanpa buang masa, aku terus ambil towel dan bakul mandi aku. Fuhh sejuk beb pagi tu.. Sampai je bilik mandi, pegang je kepala paip. syittt! Mengeletar kaki kesejukan. Nak atau tak, apa boleh buat. Bedal je la. Basahkan kepala, badan dan gosok gigi sikit. Lepas satel semua ambil wudhu. Senang. Masuk bilik pakai baju dan seluar dah boleh solat terus. Malas nak pergi tandas lagi. Kang tak pasal-pasal kena beratur pandang bersama si jejaka-jejaka yang lewat bangun pagi. :p

to be continue


                                                                            

Tiada ulasan: