Rabu, 30 April 2014

Resepi Pizza

Alhamdulillah.. Aku dah mula cuti sem dan sekarang sedang honey moon kat rumah bersama kerja-kerja mengemas rumah.. Bila mengemas rumah, macam-macam pulak makanan yang terbayang.. Macam kebulur sangat da.. Then aku ambil keputusan untuk membuat pizza bersama Puan Kak.. Yang benarnye aku teringin nak makan pizza hut.. Tapi belum rezeki, buat lah pizza sendiri.. Dan rasa pun tak jauh beza sangat.. Memang tak sia-sia buat sendiri.. Puas pun puas.. Nyum.. Nyum...

===== R e S e P i =====
--BAHAN--
Roti doh
- 1 Kilo Tepung Gandum
- 1 Bungkus Mauripan
- 3 Sudu Gula
- 1/2 Cawan Minyak
- Air

Bahan Topping
- Sos cili
- Sos lada hitam
- Mayonis / Keju.. (Nak sedap guna keju)

Bahan Hiasan (Penambah rasa yang sedap)
Lobak Merah
Tomato
 Sosej
Bawang Besar












Sambal
- Bawang Merah Kisar 2 Sudu
- Bawang Putih Kisar 1/2 Sudu
- Cili Kisar 2 Sudu
- Garam 
- Ajinamoto

--CARA--

Roti Doh
1. Tepung, mauripan dan gula digaul bersama sehingga sebati.
2. Tuangkan air dan minyak sedikit demi sedikit. 
3. Uli sehingga lembut.
4. Perap kira-kira 1/2 jam.
p/s : Pastikan tiada tepung melekat ditangan

Sambal
1. Goreng bawang merah , bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan garam dan ajinamoto.
3. Kacau sehingga rata.
4. Tunggu sehingga betul-betul masak.

Pizza
1. Tempelkan tepung roti doh tadi sehingga bulat...
2. Sapukan sambal keatas tepung roti doh sehingga rata.
3. Taburkan lobak merah, bawang dan tomato yang telah dipotong.
4. Susun sosej diatas lobak merah, bawang dan tomato.
5. Letakkan Sos cili, Sos lada hitam dan keju/mayonis di atas susunan tadi..
6. Bakar selama 20 minit..


Sebelum
Selepas










1 ulasan:

Unknown berkata...

lupe kat kite ke yg jauh ni..
ade tinggalkan sikit tak?? T.T