Assalammualaikum.. Sebelum start apa-apa aku nak minta maaf sangat-sangat kerana aku sekarang dah malas sangat nak update blog.. Sampai berlumut header aku.. Lepas ni aku akan sental header aku bagi bertukar gupe... Ni semua gara-gara tenet yang macam cilake sikit... Al maklum la.. Kehidupan aku dekat sini bukan macam kehidupan aku yang dahulu...
Kalau aku ni jenis mesra alam.. Boleh je aku bela sekor gajah yang ditangkap dibelakang ipt tempat aku belajar sekarang.. Memang samun belakang ipt ni.. Biji kelapa sawit, biji getah dan pelbagai lagi jenis biji lagi yang ada dekat belakang ni.. Tu la punca line tenet dekat kawasan ipt ni selow macam siput... Aku malas nak cerita panjang pasal ni.. Aku terus skip..
Alhamdulillah hari ni 18 Februari 2014... Dan hari ni adalah hari yang tak ada apa-apa special untuk aku... Dan aku saje sebut tarikh tu dalam entry aku ni... Supaya aku tak lupa tarikh entry ni aku update.. :D.. Aku nak habak sikit.. Yang aku rasa lapang sikit lepas assignment-assignment aku dah satel. Alhamdulillah... Minggu lepas pada 13 Februari 2014 aku ada satu presentation bahasa inggeris.. Fuhh!! Memang debar tahap cipan la masa tu..
Presentation tu, aku and the geng buat masak-masak ala ala cheff wan yang dekat tv selalu tu.. Aku jadi host rancangan, kononnye... Macam haram... Tapi halal... Memang kelu habis lidah aku sebut... Memang melayu habis aku punya sebutan.. Nasib baik aku dapat cakap dengan baik dan tak gugup... Sejak-sejak ni aku selalu berdebar dalam presentation.. Dan menjadikan aku susah nak buatkan orang faham.. Tapi alhamdulillah sekarang aku dah mula beranikan diri balik berbanding dulu....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan