Ahad, 28 Julai 2013

Iftar Bersama DIP2A dan PA

Assalammualaikum...
Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 19 Ramadhan. Sedar tak sedar rupa-rupanya Ramadhan tak lama lagi pergi. Apa yang diharapkan agar ramadhan ni adalah yang Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Tahun hadapan belum tentu jumpa lagi bulan Ramadhan (Bak kata Lecture aku)..

Bulan Ramadhan ni aku rasa mesti ramai yang banyak menghabiskan duit kan? Sebabnya beli makanan dekat bazar Ramadhan sampai penuh tangan kiri dan kanan. Ingat ni ye, "pembaziran adalah amalan syaitan" dan ni lagi satu, bila makan tu "berhenti makan sebelum kenyang". Ingat, pada bulan ramadhan ni pun kita boleh dibenci Allah... Sebabnya tamak...

Tapi tu bukan topik aku kali ni.. Kali ni aku nak cerita sedikit la babak aku iftar dekat rumah PA(Penasihat Akademik) aku dekat IPT.. Alhamdulillah iftar tu berjaya dilaksanakan... Iftar?? Apa tu iftar?? Iftar tu bermaksud berbuka puasa pada bulan ramadhan.. :)

Balik pada topik aku tadi, mula-mula aku macam nak dengan tak nak je buat iftar bersama classmate aku dan juga PA aku.. Sebabnya aku ada la makan hati sikit... Sikit je la dengan kawan-kawan... Sebab apa tu lu jangan tanya la.. Ada makan pelempang aku ni karang.. Huhu.. Gurau...

Tapi alhamdulillah, berkat kerjasama classmate aku.. Kami bersama dapat iftar dirumah PA aku.. Aku dan classmate aku perambat rumah PA kitaorang yang jarak dia agak-agak dalam 1km dari kamsis kita orang (Kencing lebih ni, jangan percaya pulak.) Aku bukan nak pedajjal classmate aku sehinggakan suruh diaorang menapak sebegitu jauh. Tapi sebabkan dengki yang teramat.. Aku laksanakan iftar tu. HAHAHA... Padan muka korang.. Tapi tak apa.. Balik perut korang kenyang kan.. HAHAHA...

Aku malas nak bebel panjang, korang layan je la gambar yang aku dan member aku snap guna camera jenama KODAK aku tuh...

Ni la classmate aku yang lelaki....


Ni aku.. Hamperh betol member aku Mujib, snap gambar aku time aku tengah bergayut dengan si dot dot...

Azri(roomate aku), Aku, Acan




Ni la PA(Penasihat Akademik) aku... Beliau dah banyak bantu kami...

At last.. Gambar ni ialah gambar yang si dot dot cemburu.. Sebab aku snap gambar dengan wanita dibelakang.. auchh!
Apa-apa pun.. Aku ucapkan terima kasih kepada member aku yang sanggup bagi kerjasama untuk menjayakan iftar ni. Dan tidak lupa kepada PA aku Mami Siti Norhidayah Bte Saad yang sudi mengizinkan kami DIP2A BERRR"IFTAR" rumah beliau... Ribuan yang tak terhingga kepada Mami... Heee... Raya nanti boleh la buat sekali lagi... Heee... :-D

p/s : Maaf susahkan classmate dan PA.. Sebab saya cuma nak jadikan DIP2A adalah yang ceria dan yang terbaik. Dan dapat menjadi contoh kepada kelas lain... Insha Allah.... Thanks To All yang terlibat dalam menjayakan..  (Tak terlupa pada yang 4 orang tuh.. Yang jadi posmen makanan kiteorang... HAHAHA) Yang tak join tu it's ok... Lain hari kita buat lagi okay?? :-D Biar semua gembira.... Senyum sikit yang tak dapat hadir tu... :-D

2 ulasan:

Unknown berkata...

nice abul

Tanpa Nama berkata...

saya baik . saya telah pun komen yang baik-ii . :) Nice story . . Btw ,thanks for visit my blog . :)