Ahad, 13 Januari 2013

Hari Di Politeknik Part 1

Assalammualaikum

Dah sebulan aku dekat politeknik ni.. Tapi aku tak pernah lagi nak mengambil peluang untuk mencerita kan kisah aku masa mula-mula aku melangkah menjejakkan kaki ke Politeknik ni... Bukan sengaja nak lupakan member blogger... Tetapi gara-gara internet.... Sebab apa? Tu aku tak nak heboh-heboh... Huhu...  Hari ni aku nak cerita kan serba serbi aku dekat sini...

Hari pertama aku masuk masa tu, hari rabu (Hari paling lambat aku daftar, member lain daftar hari ahad lepas)...  Aku siap dah barang-barang nak angkut masuk ke dalam bonet kereta Mr Along... Mak, Abang Ajul, Kak Ijah turut ikut semasa hantar aku daftar di Politeknik... Dalam kereta tuh boleh dikatakan macam ikan sardin la aku.. huhuhu...

Semasa dalam perjalanan, macam-macam benda aku fikir... Aku risau juga kot-kot tak ada nak kawan dengan aku ni kan... ( Dah la Daftar lambat).. Makin jauh perjalanan, makin panjang aku menung masa tu...

Sesat*

Sedang khusyuk dengar GPS membebel sebab bagitahu lokasi perjalanan.. Tiba-tiba... "GPS Low Baterry, Switch Off".. Along aku, punya la gelabah masa tuh, puas keluarkan charge GPS... Last-last tak boleh charge sebab GPS soket peroblem... Along berhentikan kereta disebuah pasar dan abang Ajul keluar dari kereta untuk menanyakan lokasi politeknik di kawasan pasar... 

Abang aku tanya la beriya-iya... Rupa-rupanya orang dekat pasar tuh tak tahu pun Politeknik tu dekat mana... Hamperh... Dan sekali lagi berhenti disuatu lokasi dan kali ini aku pulak yang tanya orang dekat situ... Nasib menyebelahi aku, aku jumpa dengan orang yang betul dan akhirnya kami selamat sampai di Politeknik...

To Be Continue...

1 ulasan:

MUHAMAD MUJIB BIN ALIASAN/MA'ANI berkata...

yang be Continue tu, wat cerite nama aq mest ade au.. hek !!