Sabtu, 3 November 2012

Ekspedisi : Air Terjun Gunung Ledang

Hari tu macam biasa aku dekat rumah, tapi hari tu tak sama dengan hari yang biasa.. Kerana kepulangan member rapat aku sejak sekolah rendah pulang kerumah setelah sekian lama beradu di MATRIKULASI, ikut waktu kira-kira beliau, beliau sudah tidak pulang ke perantauan semenjak tamat raya pada bulan 8 kelmarin katanya.. Dah macam pemberita surat khabar Berita Harian la pulak...

Sekarang aku tak nak cerita panjang menjalar, kisah bermula pada 25 Oktober 2012.. Aku punya la bosan duduk rumah tahap gaban... Terus, aku cadang nak daki gunung ledang tu nak mandi kolam/jeram dan berjumpa dengan tuan puteri disana... Maklum la, aku dah lama tak jumpa tuan puteri tu semenjak akak aku Zulaika telah dimiliki orang yang beliau sayang... Tetttt!!

Aku pun mula la babak perancangan ... via SMS NOKIA 3310

Aku : Asslmkm, .... hang ada perancangan tak petang ni.. 

Member : W'slm..Tak ada lg.. Kenape??

Aku : Aku ingat mau ajak hang pi mandi kolam kt gunung ledang sana.. Aku dah lama tak pi sana..

Member : Okay je.. Lepas Zohor aku dtg rumah ko, kite grak.. 

Aku : Okays.. (Cunn)

Lebih kurang la babak die cenggini.. Aku bukan ingat sangat :-p

***
Tetttt
***
Aku pun sampai la dekat gunung ledang... Mula la aku melakukan aksi merbahaya pegang Nokia 3310 aku sambil snap.. snap.. Nokia 3310 aku dah modify, tebuk lubang dibelakangnya tu... Acah Je

Xnampak pulak.. Dalam ni ada KEM PLKN Asahan


Masa tengah rider, aku sempat ambik gambar sendiri.. Expert la katekan.. :p
Ni tempat air dikawasan asahan diproses

Arwah Ayah aku pernah kerja dan tinggal bersama Mrs Mak disini.

Member aku dah tak sabar-sabar...



Sini baru buat macam waterworld... dlm 3, 4 tahun yang lepas tapi masih belum buka... -,-'


Datang dengan harapan pulang dengan kehampaan, itu la pepatah yang sesuai untuk aku masa tu... Sampai-sampai je aku tengok air cetek... Ini macam kalau aku nak berenang, berenang dengan pasir jela nampaknya.. 

Situasi keadaan disitu, air kelihatan cetek... 

Aku tak puas hati dan naik atas sikit... Mujur lah ada air penuh sikit.... Boleh la dari tak leh berenang... Aku dah lama gila tak jadi anak angkat ikan duyung....

Kelihatan air yang tenang mengalir...


Ewah... Posing.. Putih kan muka aku ?? Suci je... BTW tu effect kamera cikai aku yang terlalu  kuat contrasnya..  Kalau boleh semua nak putis smpai xnampak pape




Mau gerak balik rumah


Location : Masjid Al Ghaffar, Jasin



Asar pun berkumandang 1jam lepas... Gara-gara atas motor terpaksa la lambat sikit... 

BTW, aku hampir mati gara-gara pemandu lori yang bawak lori macam cilake, ketengah ketepi... Masa aku potong lori, lori tu dekat dengan aku dah... Agak-agak hulur tangan kanan aku dekat lori tu mau jejak kot...


Tiada ulasan: