Dunia
Hari ini aku tidak boleh dari dosa maksiat lagi
Diluar sana,
Mereka berlumba-lumba untuk mengejar keduniaan
Tanpa mereka sedar bahawa mereka bakal menemu ajal suatu hari nanti
Dunia,
Benar la apa yang aku dengar selama ini
Bahawa engkau hina disisi Allah
Kenapa begitu hina?
Adakah masalah kami sebagai manusia yang menumpang ini?
Dunia
Diri yang lemah ini,
Tidak berdaya lagi untuk lari dari dosa yang bermula dari manusia
DI SINI
Dunia,
Hari ini aku kenal kau
Hanya dunia yang begitu kejam
Gara-gara manusia yang mudah terusik dengan bisikan syaitan
Dunia,
Aku tahu engkau tidak pernah pinta semua ini berlaku
Kerana ini semua tidak pernah juga kami ingin lakukan
Kami lemah,
Kami lupa bahawa kami perlukan Allah
Untuk memohon pertologan
Dunia,
Gara-gara kami semua,
Engkau hanya mampu menahan kesakitan dan keperitan
Kerana kami semua tidak pernah ambil peduli terhadap kesengsaraan engkau..
Manusia,
Kita perlu bantu dunia
Bersihkan ia dari kehinaan
Dengan Amal ibadah
Sifat kemanusiaan perlu ada
Demi menjaga nama baik dunia
Kita tidak boleh leka dengan bisikan syaitan
1 ulasan:
menarik...=)
Catat Ulasan