Jumaat, 9 Disember 2011

5 Cacing-cacing yang Seram dan Berbahaya

1. Hookworm


Hookworm adalah cacing nematod perasit yang tinggal di dalam usus kecil perumahnya yang terdiri dari mamalia seperti kucing, anjing dan manusia. Risiko paling ketara bagi jangkitan cacing ini ialah anemia dan kehilangan mineral besi serta protein di dalam perut

     Akibatnya kaki yang terkena larva Hookworm
2. Ascaris


Ascaris adalah genus bagi cacing nematod perasit yang biasanya dikenali sebagai cacing bulat usu gergasi. Ia boleh menjangkiti manusia dan haiwan ternakan terutamanya babi di kawasan sub-tropika dan tropika yang tidak mempunyai sistem sanitasi baik. Jangkitannya boleh menyebabkan kesihatan yang sentiasa terganggu, kadang kala boleh membawa maut, di sebabkan cacing tersebut akan mengurangkan nilai-nilai pemakanan makanan yang diambil, menganggu proses kognitif dan menimbulkan kekangan pada usus dan dubur.

Akibatnya, beginilah keadaan cacing di dalam usus, menjijikan sungguh..

3. Guinea Worm


Nama penyakitnya ialah penyakit Cacing Guinea, nama asalnya ialah dracunculiasis, juga dipanggil Medina Worm. Ia adalah jangkitan parasit disebabkan oleh cacing nematod Dracunculus medinesis. Cacing Guinea adalah satu parasit manusia yang paling banyak di dokumentasikan, dari abad kedua sebelum Masihi dalam catatan ahli sejarah Greek. Penyakit Cacing Guinea hanya dijangkiti apabila manusia meminum air bertakung yang sudah mempunyai telur cacing ataupun melalui kawasan berair yang dijangkiti tanpa sebarang perlindungan. Cacing ini tidak mempunyai takungan semula jadi apapun melalui binatang.

Inilah akibat kaki-kaki yang terkena infeksi cacing Guinea. Naudzubillah



4. Tapeworm



Tapeworm adalah cacing rata yang bersifat parasit yang menetap di dalam saluran pencernaan Vetebrata yang dewasa dan di dalam tubuh bagi yang kecil. Ada sesetengah jenis tapeworm boleh membiak sehingga 100kaki(30 meter) panjang.

     Telur tapeworm biasanya dicernakan bersama makanan ataupun melalui tanah yang dicemari dengan najis manusia atau haiwan. Tapeworm juga boleh diterima dengan memakan makanan mentah berupa daging dan ikan sekiranya mengandungi larva tapeworm. Setelah masuk ke dalam tubuh, tapeworm membesar menjadi dewasa di dalam usus dan boleh bertahan sehingga 20 tahun lamanya. Tapeworm juga boleh berjangkit semula sekiranya kita tidak membasuh tangan dengan sempurna setelah selesai membuang najis.

     Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna setelah membuang najis. Jangan sehinggakan tapeworm memasuki tubuh anda.

5. Filarial Worm

Penyakit filariasis adalah penyakit berjangkit dan parasit di kawasan tropika, disebabkan oleh cacing filarial yang berbentuk seperti benang. Cacing ini mempunyai variasi yang menetap di dalam sistem limfa, lapisan lemak tumbuh dan ruangan di dalam abdimen. Cacing ini juga boleh disebarkan melalui nyamuk.

     Penyakit yang paling terkemuka bagi cacing ini ialah kaki gajah atau elephantiasia, satu penyakit yang akan menebalkan kulit dan lapisan tisu di bawahnya dan disebarkan melalui nyamuk. Kaki gajah adalah hasil apabila cacing filarial memenuhi sistem limfa.



1 ulasan:

HAMBA ALLAH berkata...

bul blog ko lawalh...
bgus...

terbaikkkkkkkk