Ahad, 10 April 2011

Sejarah Perit Dalam Hidup Aku ( Part 1 )

Hari ni adalah hari yang paling menyedihkan buat aku... Samalam pada tanggal 9 April 2011... Ayah telah melelapkan mata buat selama-lamanya pada pukul 8.20 malam... Dengan perasaan sabar aku dan ahli keluarga menerima dugaan ini... Kami terpaksa redha.. Aku menangis teresak-esak apabila melihat bibir ayah pucat.. Ayah telah dibawa ke unit kecemasan (Kawasan Merah) pada jam 4 petang kerana nafas ayah pendek-pendek dan tekanan darah ayah terlalu rendah...



Kemudian ayah dibawa ke wad 3-2 pada jam 7.30malam.. Setelah ayah tiba.. Jururawat mula tergesa-gesa menyediakan peralatan... Ketika itu, tiba-tiba nafas ayah mula panjang dan terus berhenti buat selama-lamanya.. Kemudian doktor dan jururawat cuba berikan bantuan pernafasan... Tetapi gagal... Sewaktu doktor mengesahkan bahawa ayah aku telah meninggal dunia.. Aku seakan-akan tidak percaya.. Air mata aku dan along mula mengalir...

Aku dan along mencium pipi ayah buat kali terakhirnya... Muka ayah sejuk.. Pucat... Aku rasa macam mimpi... Pada mulanya aku tak boleh menerima semua ini... Tetapi setelah aku fikirkan semula.. Ini semua adalah takdir yang telah tertulis....

***
Malam itu setelah jenazah ayah tiba.. Kelihatan mak menangis teresak-esak di ruang tamu... Along mendapatkan mak, dan along cuba menenangkan mak.. Ketika itu aku seperti tidak percaya bahawa ini semua sedang berlaku...

Dalam 30minit kemudian, ahli dari tahfiz datang dibawa oleh Busu Jafar.. Malam itu jenazah ayah dijaga bergilir-gilir oleh mereka... Jenazah ayah tidak henti-henti dibacakan dengan ayat suci al-quran.. Adakah ini semua balasan kerana ayah banyak melakukan kebaikan...

***

To Be Continue...

6 ulasan:

Khairiyah berkata...

adakah ianya kisah benar???knp bila sy bc trasa seolah2 mmmg tu kisah benar n btl2 terjadi

Khairiyah berkata...

maaf..baru saya perasan,,,Al Fatihah...smoga ayah awak tenang d sana

Anisa Liyana berkata...

Al fatihah, takziah bul, kuat kan diri k.

yanz berkata...

sabar menghadapi dugaan . .
stiap yg hidup . . psti akan mati . .
takziah ..

Zanans berkata...

sabar la hasbullah, sedekahkan al-fatihah selalu kepada arwah ayah tu dn jadilah anak yg baik...

sy doakan semoga rohnya ditempatkan dlm golongan org2 yg soleh.

Zanans berkata...

oh ya... sy ucapkan berbanyak2 terima kasih banyak2 atas kerjasama awak dn kawan2 yg lain kerana berjaya siapkan laman web tu... semua atas idea awak semua sy cuma edit sikit2...

kalah menang adat pertandingan yang penting kerjasama dan komitmen awak semua