Ahad, 13 Mac 2011

Solat itu tiang agama! Nafsu itu pemusnah agama!

Mesti ada diantara korang beranggapan solat itu adalah suatu perkara yang ringan.. Jadi fikiran korang akan memikirkan perkara ini tidak penting dalam hidup.... Itu semua salah! Kalau korang nak dapatkan kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup, korang mesti/WAJIB melakukan solat.. Kalau korang rasa tak bahagia lagi, korang boleh la melakukan ibadah sunat.. Seperti berpuasa dan bangun Qiaimullail [ Bangun Tengah Malam bertujuan melakukan solat ]...

Orang yang bangun Qiaimullail, segala dosa-dosanya akan terhapus. Selain itu orang yang bangun Qiaimullail jiwanya akan merasa tenangan dan segala doa-doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.Solat itu adalah tiang agama bagi umat Islam.. Walau bagaimanapun keadaan kita sekali pun.. Kita hendaklah melaksanakannya..

Pernah zaman khulafah Ar Rashidin orang Islam berperang untuk mendapatkan semula tanah Islam yang telah dijajah oleh orang kafir.. Apabila tiba waktu zohor.. Ribuan tentera Islam solat berjemaah ditengah-tengah padang pasir.. Kemudian orang Islam yang yang sering melakukan ibadah sunat, akan menduduki barisan yang paling hadapan... Kerana mereka akan memiliki keyakinan yang tinggi di dalam diri mereka, dan mereka yakin bahawa Islam itu agama Allah SWT.

Selain itu dengan solat kita dapat melemahkan nafsu dan Iman kita akan lebih kukuh.. Nafsu?? Nafsu itu jahat... Suka menghasut agar melakukan perkara yang melanggar hukum hakam dalam agama Islam.. Bak kata ustaz aku, nafsu ini telah dicampak kedalam api neraka dan dipanggang 5 ribu tahun dahulu.. Wallahualam...

Bagaimana nafsu boleh tewas?? Okeyh!! Aku nak story sikit.. Aku pernah terdengar dari ustaz... Pernah suatu ketika dahulu nafsu ini di arahkan untuk berubah agar beribadah kepada Allah dan agar tidak melakukan dosa... Tetapi nafsu ini degil... Bagaimanapun, nafsu ini dicampak ke dalam api Neraka.. Namun ia tetap degil... Kemudian dicampak kedalam sejuk... Jawapanya tetap sama.. Berbagai-bagai tempat dicampakkan.. Tetapi nafsu tetap berkeras hati.. Dan akhirnya nafsu dicampak ke dalam dunia kelaparan... Baru kali ini nafsu berubah kerana terlalu lapar.. Kesimpulannya Nafsu boleh berubah kerana kelaparan sahaja...

Tiada ulasan: